MEREKA tiba di perkarangan rumah megah keluarga Mikael. Mikael tidak membangunkan Elina yang masih nyenyak dibuai mimpi. Dia memilih untuk menggendong tubuh kecil gadis itu masuk ke dalam rumah.
Puan Suraya yang melihat kepulangan mereka hanya menggeleng. Sudah menjadi hal biasa bagi mereka melihat Elina yang pulang selalu digendong oleh Mikael.
Puan Suraya menghampiri Mikael yang tengah melangkah membuatkan langkahnya itu terhenti kerana dihalang. Puan Suraya sekali lagi menggeleng.
"Macam mana tadi? Okay tak?" Tanya Puan Suraya sambil melirih pada wajah Elina.
"Okay je, and more better dari bulan lepas. Kejap tau mama, Mika nak bawak Elina naik atas." Jawab Mikael lalu segera pergi dari ruang tamu dengan membawa Elina yang masih tertidur di dalam gendongannya.
Tibanya dia di bilik, Mikael segera meletakkan tubuh Elina di atas katil dengan perlahan berharap gadis itu tidak tersedar. Setelah dia memastikan keadaan Elina, dia segera keluar semula dari biliknya dan turun ke bawah.
Dia tahu bahawa ibunya itu mempunyai hal yang hendak diberitahu. Namun dia hanya berpura-pura bertanyakan tentang pemeriksaan kesuburan tadi.
Mikael mencari sosok si ibu. Setelah dia tiba di ruang santai, dia menemukan ibunya sedang berbual dengan ayahnya. Perkara yang hendak mereka beritahunya adalah berkaitan dengan Elina.
Mikael langsung tidak mengetahui tentang hal itu, kedua orang tuanya merahsiakan hal itu kerana takut Elina akan diugut oleh Elisha. Dan, sudah tentu kejadian yang dirahsiakan itu berlaku semasa dia dan Elina belum bersama lagi.
"Apa yang Mama dengan Papa nak bagitahu? Ini bukan pasal proses tu, kan?" Tanya Mikael.
Puan Suraya menghembuskan nafas. Dia menatap suaminya berharap lelaki itu saja yang memberikan penjelasan. Kerana dia, tidak berani untuk mengatakan yang sesungguhnya.
"Dengarkan Papa, Mika. Ini pasal Elina... ada benda yang Mika tak tahu, dan mungkin Elina juga tak pernah begitahu kamu pasal ni." Ujar Si Ayah memulakan perbicaraan.
"Pasal apa tu? Pasal Elina pernah selamatkan Papa? Mika sebenarnya tak faham apa yang Mama dengan Papa sorokkan dari Mika!" Tanya Mikael mula tidak sabar.
"Tenangkan diri kamu dulu, Mikael. Dengar sini baik-baik... Ya, memang dulu Elina pernah selamatkan Papa, dan kami dah kenal dia sebelum Mika ada hubungan dengan Elisha lagi. Waktu tu, kami ingat Elisha tu adalah Elina, kalau dia tak keluarkan sifat sebenar dia mungkin kami sudah terima dia sebagai menantu dalam rumah ni."
"Masa tu Papa mengidap kerosakkan buah pinggang dan Papa kena operate pindahkan buah pinggang masa tu juga... Dan, waktu itu Elina sukarela nak dermakan buah pinggang dia dekat Papa, dan kebetulan buah pinggang dia sesuai dengan Papa... Bukan sebab tu saja kenapa kami sangat setuju kalau Mika nak kahwin dengan Elina,"
"Elina tu budak yang baik, dan kami dah tahu latar belakang bahkan kehidupan dia. Mungkin ini terlalu mendadak dan terpaksa rahsiakan ini dari kamu, Papa cuma nak kamu jaga Elina baik-baik sebab dia tak ada keluarga yang sudi menjaga dia,"
"Dia ada satu buah pinggang sekaranag, Papa harap Mika tak akan sakitkan dia lagi apatah lagi meninggalkan dia demi perempuan itu," Ujar Dato' Affande panjang lebar.
Mikael yang mendengar itu sudah pasti sangat terkejut. Hanya dia yang tidak mengetahui kebenaran ini, kedua orang tuanya merahsiakannya sampai ke tahap ini bahkan isterinya sendiri juga begitu.
Mikael tergamam bahkan dia juga mati kata hendak berkata apapun, dia terdiam membatu. Sejak saat Papanya didermakan buah pinggang, Miakel terus mencari orang itu namun tidak menyangka kalau orang itu adalah isterinya sekarang.
"Kenapa Mama dengan Papa tak bagitahu Mikael dari awal? Kenapa kena rahsiakan dari Mika? Kalau Mika tahu yang Elina tu orangnya Mika takkan buat Elina macam tu dulu!" Soal Mikael emosi sambil meramas rambutnya.
Puan Suraya dan Dato' Affande sudah dapat mengagak respon anaknya akan seperti itu. Namun, mereka tidak menyangka kalau Mikael akan merasa sangat kesal kerana sikapya pada Elina dulu.
Puan Suraya memegang bahu Mikael yang tengah menunduk, lelaki itu menahan tangisnya. Dia mendongak menatap wajah Si Ibu yang tersenyum padanya.
Puan Suraya mengelus lembut wajah Mikael. Mikael adalah anak kesayangannya, mereka tidak mahu kalau Mikael mendapat pasangan yang salah. Meski dengan cara mereka juga salah namun tidak ada cara lain agar Elina dan Mikael bersatu.
"Maafkan mama, kami buat macam ni sebab masa tu kamu bawa Elisha datang memperkenalkan pada kami, jadi, mama dengan papa batalkan niat untuk memberitahu kamu soal ini. Dan, ada satu hal lagi... sejak kamu bersama dia, kamu sudah berheti menyebutkan niat kamu itu lagi," Ujar Puan Suraya membuatkan Mikael terdiam.
Ya, memang semenjak dia bersama Elisha dia tidak pernah menuruti kata orang tuanya dan lebih memilih untuk menurut segala telunjuk Elisha yang bahkan belum menjadi sesiapa baginya.
"Ma, maafkan Mikael." Hanya itu yang dapat diucapkan Mikael sekarang. Setelah mengatakan hal itu dia langsung memeluk tubuh ibunya dengan erat sambil menlepaskan tangisan.
Sandainya waktu bisa diputar kembali, dia tidak akan memperkenalkan perempuan yang sanggup meninggalkannya itu pada orang tuanya dan menurut kata kedua orang tuanya.
Dato' Affande yang melihat Mikael menangis hanya mampu tersenyum. Setidaknya sekarang anak lelakinya itu sudah mengakui kesalahannya yang dulu dan berharap tidak akan mengulanginya lagi.
"Ingat Mikael, jangan pernah sakitkan Elina lagi, okay? Kalau mama tahu, jangan salahkan mama kalau mama bencikan kamu," Ucap Puan Suraya membuatkan Mikael mengangguk dengan cepat.
Jika hal itu terjadi, itu adalah mimpi terburuknya. Kerana sudah puas menangis, Mikael menyeka air matanya yang tersisa di pipinya lalu meminta izin untuk kembali ke biliknya.
Mama dan Papanya saling menatap. Mereka berharap jika Mikael dapat memilih keputusan yang tepat. Meskipun di dalam hati ibunya, Arsyad Mikael tetaplah anak kecil yang masih memerlukan bantuan dan nasihat dari mereka.
"Tenangkan diri kamu, sayang, Abang percaya anak kita boleh berfikir dengan waras dan matang." Ucap Dato' Affande menenangkan isterinya.
Puan Suraya hanya mengangguk saja dan berharap jika itu akan benar-benar terjadi. Sedangkan Mikael masih tidak menyangka kalau Elina lah orang yang dia cari selama ini. Mikael tersenyum sambil melangkah masuk kedalam bilik. Dia menatap isteri kecilnya yang sedap dibuai lena di atas ranjang. Mikael menghampiri Elina dan merebahkan tubuhnya di samping Elina sambil menatap wajah mulus milik gadis itu.
"Abang tak sangka, orang yang selama ini abang cari tu adalah isteri abang sendiri, rupanya dia ada di depan mata abang. Maafkan abang, sayang. Abang janji abang akan jaga Elina dan tak akan layan Elina macam tu lagi," Gumam Mikael sambil menguncup lembut kening Elina lalu dia menutup matanya perlahan.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...