BAB 34

242 18 1
                                    

"Ma-maafkan Elina, abang, Elina minta maaf..." Rayu Elina kesenggukkan di dalam pelukan Mikael.

Mikael diam, lelaki itu langsung tidak berniat untuk berbicara. Saat ini dia hanya ingin menenangkan gadis yang ada di hadapannya sekarang. Mikael tidak henti-hentinya mengusap lembut kepala Elina.

Elina yang masih menangis terus menerus meminta maaf. Memang tidak mudah untuknya melupakan Fariz, lebih lagi lelaki itu dulu selalu ada dengannya. Setelah menangis cukup lama di dalam pelukan Mikael, Elina sudah tidak bersuara lagi.

Mikael yang tidak mendengar lagi suara dari Elina, segera melihat ke arah gadis itu. Saat melihat wajah lelap Elina, Mikael tersenyum nipis. Rupanya gadis itu tertidur setelah menangis di dalam pelukannya.

Dengan perlahan, Mikael melepaskan pelukannya dan meletakkan tubuh Elina di atas ranjang dengan betul. Setelah itu dia menarik selimut, menyelimuti tubuh Elina hingga ke paras dada.

Mikael langsung tidak berniat untuk pergi dari sisi Elina sekarang. Dia memang mahu terus berada disamping gadis itu selamanya.

Lelaki itu mengelus lembut kepala Elina yang berada dihadapannya, sesekali dia mencium kening gadis itu. "Elina tak perlu minta maaf, abang pun buat hal yang sama macam Elina, Cuma sekarang abang dah berjanji dengan diri abang sendiri untuk berusaha cintakan Elina... Dan, abang harap Elina pun akan buat benda yang sama macam abang," Ujar Mikael tepat di telinga Elina.

Dia juga lelah tanpa sedar dia mula memejamkan matanya di sisi Elina, dengan posisi tangannya sebagai bantal kepala Elina. Mereka tertidur dengan lenanya.








WAKTU terus berjalan, mereka berdua terlelap hingga waktu hampir malam. Mikael bangun lebih dulu dan melihat Elina masih tertidur sambil memeluknya. Posisi tidur gadis itu berubah, yang pada awalnya tidur menghadap syiling kamar sekarang sedang memeluk dan bersembunyi di dada bidang Mikael.

Mikael tersenyum lalu menguncup lembut gadis itu. Dia melihat ke arah jam dinding yang tergantung sudah menunjukkan malam dan sebentar lagi waktunya untuk makan malam. Mikael dengan perlahan melepaskan diri dari Elina.

Dengan memastikan Si Isteri masih terlelap pulas, dia segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dengan air hangat agar boleh mengembalikan semula tenaganya.

Elina dengan perlahan membuka matanya kala mendengar gemercik dari air yang mengalir. Elina melihat ke sekeliling bilik dan tidak kelihatan sosok Si Suami. Dia mengira mungkin Mikael sedang mandi.

Elina bangun dari tidurnya dan duduk. Dia mengingat kembali kejadian tadi, esak tangis kembali menerjah perasaannya semula, namun dia sudah lelah menangis. Namun pada akhirnya, Elina tetap menitiskan air mata kala mengimbas semula Mikael memeluknya hingga tertidur. Dia memang tidak mengatakan sepatah apa pun, namun dengan jelas kalau Mikael tidak menginginkan dirinya menangis seperti itu.

Mikael menghela nafas kasar. Dia segera menghampiri gadis itu dan langsung memeluk gadis itu dari belakang dan berbisik membuatkan Elina yang menangis terkejut dan berusaha untuk menyeka air matanya dengan cepat.

"Hey, Tuan Puteri, please stop crying. Abang tak suka Tuan Puteri abang ni menangis," Bisik Mikael tepat di telinga Elina.

"Elina mintak maaf, Abang." Mohon Elina.

Mikael yang mendengar kata maaf dari Elina segera menggeleng. Tak, Elina isteriku tidak bersalah, di sini bukan hanya Elina yang salah tapi aku juga salah.

"No, dalam hal ni, bukan Elina je yang salah... abang pun salah, tapi abang tetap usaha untuk cintakan Elina selamanya," Ujar Mikael tidak suka dengan permintaan maaf Elina.

Elina terdiam. Dia juga menyedari usaha Mikael, namun dia tidak melakukan apapun untuk Mikael. Dia merasa bersalah sendiri, namun dia bertekad untuk juga mencintai lelaki itu.

"Elina janji, Elina akan cuba cintakan abang lepasni," Ucap Elina setelah lama tidak berkutik.

Mikael yang mendengar itu tersenyum lantas tertawa. Akhirnya, gadis yang ada dihadapannya itu mahu mengatakan itu kepadanya, akhirnya usahanya tidak sia-sia untuk dirinya mencintai gadis yang sudah diakadnya suatu ketika dulu.

Elina yang mendengar tawa Mikael hanya mampu tersenyum sambil memegang tangan lelaki itu yang sedang memeluknya. Dia berdoa agar mereka tetap bersama meski di hati mereka masing-masing ada orang lain.

Lama mereka berpelukan, Mikael tidak merasakan dingin sama sekali padahal dia hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Elina yang baru sedar segera menyuruh lelaki itu untuk memakai pakaiannya segera.

"Abang, cepatlah pakai baju, ambikkan makanan untuk Elina boleh? Lapar..." Ucap Elina manja dan mendorong tubuh lelaki itu lembut.

Mikael hanya menurut saja kala di dorong oleh Elina. Setelah memastikan Mikael masuk ke ruang pakaian, Elina segera menutup pintu dan membiarkan lelaki itu memakai pakaiannya manakala dia pula bersiap untuk mandi.

Mikael yang sudah selesai memakai pakaiannya, segera keluar. Telinganya menangkap bunyi gemercik air yang sudah pastinya di dalam kamar mandi itu ada Elina. Kerana teringat mereka berdua belum makan, Mikael menghubungi salah seorang pembantu rumah dan menyuruh untuk membawakan makanan untuk mereka berdua ke bilik.

Dia menunggu pesanan dan Elina sambil bermain telefon. Tidak lama kemudian, bunyi gemercik air berhenti namun Elina tetap tidak memunculkan diri, Mikael masih mengira mungkin saja gadis itu masih belum selesai.

Mendengar ketukan pintu, Mikael bangun dan melangkah menuju ke pintu dan memastikan jika itu adalah pembantu rumah yang membawakan makan malam. Dan benar, setelah pembantu rumah itu memberikan dulang makanan pada tuannya, dia segera berlalu dari situ.

Mikael mendulang makanan itu dan meletakkan di atas meja depan televisyen lalu melihat semula ke arah bilik mandi kerana Elina masih belum keluar. Mikael tidak mahu berfikir negatif, dia segera melabuhkan punggung di atas sofa.

Elina yang berada di dalam kamar mandi kebingungan sendiri. Dia lupa tanggal datang bulannya, jadi saat dia tahu jika dirinya sekarang sedang datang bulan dia bingung harus bagaimana.

Lagipun, stok tuala wanitanya sudah habis. Elina dengan takut memunculkan sedikit kepalanya keluar dari bilik mandi. Dia melihat Mikael yang leka bermain telefon.

"Err... Abang," Panggil Elina segan.

"Ya, sayang? Kenapa lama sangat mandi tu? Are you okay?" Tanya Mikael lembut.

"Okay, err... boleh tak kalau Elina nak mintak tolong?" Jawab Elina tersengih.

"Tolong apa, sayang?" Ucap Mikael siap menuruti permintaan Si Isteri.

"Emm... tolong belikan pads untuk Elina, Elina lupalah yang sekarang ni awal bulan, tolong eh,"

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now