BAB 20

473 18 0
                                    

ELINA sudah siap mandi, sekarang dia sedang merapikan rambutnya. Baju kemeja Mikael yang tersarung ditubuhnya dilihat kejap, bukan sengaja dia hendak memakai kemeja lelaki itu tapi dia tiada pilihan kerana dia sudah tidak memiliki baju lagi.

Dia menyarungkan seluar yang tadi dia pakai. Lagipun seluar itu baru saja dia pakai, lagipun tak mungkin dia keluar tanpa memakai seluar dan mengharapkan baju kemeja Mikael yang hanya labuh paras bawah punggungnya sahaja.

Elina yang tidak melihat sosok tubuh Mikael segera keluar dari bilik. Dia mencari-cari lelaki itu malah bertembung dengan ibu mertuanya yang hendak ke dapur.

"Cari siapa, Elina?" Tanya Puan Suraya sambil menghampiri menantunya.

"Eh mama, ini Elina cari Mikael. Mama ada nampak dia tak?" Jawan Elina menggaru kepalanya.

"Tak pulak, mungkin dia dekat bilik kerja. Biasanya kalau dia tak ke pejabat, dia tetap akan bekerja di rumah," Jawab Puan Suraya menebak dan memberitahu Elina.

"Oh macam tu ya? Patutlah dia selalu nampak penat. Bilik kerja dia kat mana?" Sahut Elina sambil tersenyum.

"Tingkat tiga, pintu kaca. Sudah, mama nak masuk dapur dulu siapkan dinner," Jawab Puan Suraya lantas segera pergi dari situ.

Elina hanya mengangguk lalu dia juga segera melangkah ke tangga untuk naik ke tingkat tiga rumah itu.

TIBANYA Elina disitu dia melihat ada ruang kerja yang sangat luas serta ada sebuah lagi bilik seperti perpustakaan mini di rumah itu.

Elina hanya melihat Mikael yang sedang mengotak-katikkan laptopnya di sebalik pintu kaca itu. Elina segera menghampiri ruang itu dan mengetuk perlahan. Mikael yang terlalu fokus dengan laptopnya sampai tidak menyedari kehadiran Elina disitu.

Elina hanya menggeleng melihat Mikael yang sangat serius bahkan hingga lelaki itu langsung tidak menyedarinya. Elina mengambil keputusan untuk berjalan ke belakang Mikael dan memeluk lelaki itu dari belakang membuatkan Mikael terkejut kerana pelukan itu.

"Eh, sejak bila Elina kat sini?" Tanya Mikael sambil memegang tangan Elina yang melingkar dilehernya dan menghentikan aktivitinya dari menekan papan kekunci di laptop.

"Ini bukan Elina, ini hantu Elina!" Elina mengusik sambil cuba untuk mencekik leher Mikael namun Mikael lebih pantas menahan tangan Elina dari mencekik lehernya.

"Jangan nak bergurau waktu macam ni lah!" Elina tergelak kecil melihat telatah Mikael yang sedikit cuak namun ditahannya itu.

"Tak adalah lama sangat, abang fokus sangat sampai Elina datang sini pun tak perasan," Jawab Elina sambil melihat ke arah laptop Mikael.

"Ada apa ni? Kenapa datang sini?" Tanya Mikael.

"Nothing, Elina nak cakap something dekat abang," Jawab Elina.

Mikael diam tidak menjawab, dia membiarkan Elina untuk menyudahi kata-katanya. Elina menghela nafas membuatkan Mikael bingung. Sebenarnya Elina tidak mahu terlalu memaksa Mikael namun kerana ini juga sudah keputusan mereka, jadi mahu tak mahu kena mahu juga lah!

"Elina nak, kalau abang kat rumah tak payah lah buat kerja ni, gunakan masa ini untuk berehat. Dan pasal jadual abang tu, sini Elina bagitahu abang eh." Jelas Elina lalu melepaskan pelukannya.

Mikael segera menarik Elina untuk duduk dipangkuannya. Elina yang awalnya terkejut dan merasa malu untuk bertindak begitu namun dia membiarkan saja kerana ada hal yang lagi penting untuk dibincangkan.

"Untuk jadual masa abang, setiap pagi abang kan terbiasa pergi office awal pagi. But now, Elina nak abang pergi office pukul lapan pagi dan pukul lima petang abang wajib ada dekat rumah dah, boleh tak?" Jelas Elina lalu bertanya.

"Emm, abang not sure lah sayang, sebab akhir-akhir ni ada banyak kerja yang tak settle lagi, tapi abang cuba settlekan," Jawab Mikael.

Dia sudah terbiasa seawal pukul enam setengah pagi sampai di pejabat dan pulang ke rumah hampir pukul sebelas malam bahkan pernah dia langsung tidak pulang ke rumah hanya kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.

"Okay Elina percaya dekat abang, next Elina nak tanya pasal exercise. Abang biasanya exercise berapa kali dalam seminggu? Dan berapa jam biasanya abang gunakan untuk exercise?" Tanya Elina lagi.

"Depends, tapi biasanya dalam tiga kali. Kadang tu tak sempat nak exercise sebab kerja, abang biasanya paling cepat sejam dan paling lama mungkin dalam tiga jam," Jawab Mikael dengan santai.

"Pasal exercise abang, Elina nak abang exercise everyday. Tak kiralah before abang pergi office atau after abang balik office. Tapi, Elina nak abang exercise setengah jam je setiap hari. Tapi Elina lebih suka kalau abang exercise after abang balik office, at least abang boleh terus tidur lepas exercise," Jelas Elina pada Mikael yang hanya memperhatikan sambil mempertimbangkan dia setuju atau tidak.

"Elina tak ada masalah kalau abang nak smoking, jangan kerap sudah lah. Dan Elina tak nak abang tidur lambat, kalau boleh pukul sepuluh atau sebelas tu abang dah tidur. Setuju tak? Kalau tak, kita ubah lagi." Lanjut Elina.

Mikael terdiam. Dia tahu Elina tidak mahu dirinya terlalu kejam pada diri sendiri dan di satu sisi dia juga sudah merosakkan dirinya sendiri. Mikael tersenyum menatap Elina membuatkan Elina tidak mengerti kenapa dia tersenyum ke arahnya.

"Macam mana?" Tanya Elina lagi meminta kepastian.

"Okay, abang ikut je," Jawab Mikael dengan yakin.

"Betul ni?" Tanya Elina lagi.

Mikael hanya mengangguk. Kerana Elina sangat senang melihat Mikael yang rela diatur olehnya, dia memeluk lelaki itu tanpa sedar, Mikael yang dipeluk secara tiba-tiba terkejut namun dia juga memeluk tubuh Elina.

"Tapi, sampai bila nak peluk abang? Tak nak pergi pasar malam ke?" Ujar Mikael sambil terkekek kecil.

Elina segera melepaskan pelukannya dan langsung berdiri dengan wajah yang sudah memerah. Mikael hanya menggeleng saja, saat Elina berdiri dia baru sedar bahawa gadis itu memakai kemejanya.

Dia sampai lupa membelikan pakaian untuk Elina pakai. Sudahlah itu biarkan hal kerjanya disitu dan esok saja dia fikirkan, sekarang waktu untuk mereka menikmati malam bersama.

MIKAEL dan Elina berpegangan tangan keluar dari ruang kerja Mikael. Mereka berniat mahu meminta izin dulu pada mama Mikael sebelum keluar ke pasar malam.

"Mama, Mika nak keluar kejap dengan Elina." Ujar Mikael meminta izin.

"Eh no! Dinner dulu baru boleh keluar," Ucap Puan Suraya melarang.

"Tapi ma..."

"Tak ada tapi-tapi, mama dah penat masak korang taknak makan ya?" Potong Puan Suraya kesal kerana Mikael yang berdegil ingin pergi tanpa makan dulu.

Mereka berdua saling memandang. Elina tersenyum menatap Mikael dan mengangguk. Mikael mahu tak magu menurut dan segera duduk di meja makan.

Mereka berkumpul untuk makan malam. Kerana sudah lengkap di meja makan, mereka mula menikmati makanan itu. Tiada diantara mereka yang berbicara, hanya fokus pada makanan masing-masing.

Usai makan, Elina dan Mikael segera pergi kerana mereka tidak mahu pulang terlalu larut malam kerana Mikael akan pergi ke pejabat pada esoknya.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now