BAB 3

498 23 0
                                    

MIKAEL memilih untuk kembali ke biliknya, tibanya di bilik Mikael hanya menatap Elina yang sudah tertidur dan tidak melihat kehadiran Aira disitu.

Mikael mendekati Elina yang terbuai mimpi, dia menatap wajah Elina yang pucat. Entah kenapa ada rasa yang berbeza saat dia menatap wajah itu saat ini.

Ada perasaan yang berbeza saat melihat Elina, tapi dia lebih memilih untuk mementingkan egonya dengan menganggap Elina dan Elisha sama sahaja cuma mahukan hartanya. Saat sedang asyik dia menatap wajah Elina, tiba-tiba Elina mengigau.

"Mama, jangan pukul Elina lagi. Elina merayu ma,"

Mikael kaget, apakah selama ini Elina hidup penuh dengan kesakitan sampaikan gadis ini menangis teresak-esak dalam tidurnya? Mikael bahkan tidak melakukan apa-apa namun dia tetap mendengarkan Elina yang masih mengigau.

"Mama, kenapa? Kenapa mama dengan papa tak boleh sayangkan Elina? Kenapa selalu Elisha yang mama sayang? Kenapa?"

"Apa yang sebenarnya kau tengah lalui sebelum ni, Elina?" Tanya Mikael perlahan.

Tidur Elina semakin lama semakin tidak nyenyak dan gelisah, bahkan sekarang tubuhnya sudah dibanjiri dengan keringat, entah dari mana Mikael lantas memeluk Elina membuatkan gadis itu diam dan lebih tenang saat di dalam pelukkannya.

"Aku kena cari tahu, aku nak tahu sama ada kau dengan kakak kau tu sama atau tak!" Gumam Mikael masih memeluk Elina. Tanpa mereka sedari, Puan Suraya mendengar ucapan Mikael membuat wanita separuh baya itu tersenyum nipis, setidaknya apa yang dia rancangkan kali ini membuahkan hasil sikit demi sedikit.

Cukup lama Mikael memeluk Elina, saat di rasa Elina seperti sudah mula gelisah dalam tidurnya, dia melepaskan pelukan itu. Telefon di atas meja segera dicapainya.

"Hello," Sapanya setelah sambungan telefon tersambung.

"Ada apa pengantin baru? Hahaha.."

"Ceh, jangan merepek! Aku nak mintak tolong sikit boleh?"

"Okay, apa? Aku ni selagi boleh tolong, aku akan tolong kau."

"Tolong aku cari info pasal bini aku! Aku rasa macam ada yang tak kena lah dengan perempuan ni,"

"Tak kena maksud kau? Bagi aku bini kau tu baik and berbeza jauh dengan kakak dia tu,"

"Ah, dah lah! Kau tak payah tahu pasal tu, kau just tolong aku cari info pasal dia je, malam ni aku nak semua tu sampai dekat aku."

"Yelah, nanti aku pergi jumpa kau."

Tut.

Panggilan dimatikan secara sepihak oleh orang yang ditelefon oleh Mikael. Dia kembali meletakkan telefonnya dan menatap ke arah Elina yang masih lelap di katil king bilik itu.

"Jangan harap aku nak sentuh kau! Kau dengan Elisha sama je!" Tegas Mikael dan pergi meninggalkan bilik itu.


PETANG sudah mula menyapa hari itu, dan Elina pula baru terjaga dari tidur nyenyaknya. Keadaannya sudah sedikit membaik dan demamnya juga sudah sedikit kebah. Dia melihat ke arah jam yang sudah menunjukkan waktu 4:40 petang.

Elina langsung bergegas bangun dari tidurnya dan segera melakukan rutin mandi petangnya, saat Elina mandi Mikael masuk ke dalam bilik saat dia tahu bahawa Elina sudah bangun namun dia lebih memilih untuk menunggu hingga gadis itu selesai mandi.

Tidak memerlukan waktu yang lama untuk Elina membersihkan dirinya, dia keluar dari bilik air dengan pakaian yang sudah melekat di tubuh, saat itu juga dia melihat Mikael yang leka bermain dengan telefonnya.

"Awak nak mandi ke?" Soal Elina namun tiada jawapan dari Mikael sebaliknya dia segera mematikan telefonnya dan bergegas masuk ke bilik air.

Mikael melewati Elina tanpa menoleh ke arahnya, Elina juga tidak terlalu peduli lalu dia memilih untuk menyiapkan pakaian untuk Mikael layaknya isteri pada umumnya.

Selesai meletakkan pakaian di atas katil, Elina memilih untuk turun ke bawah. Saat bertemu dengan Aira yang sedang leka duduk di taman rumah agam itu.

"Aira!"

"Eh, Kau dah okay ke?"

"Dah okay la sikit, dah kebah dah pun."

"Baguslah, duduk la sini dengan aku,"

"Kau tengah buat apa dengan bunga ni semua?"

"Saje, nak letak dalam pasu dekat ruang tamu tu. Sebab dalam rumah tu dah layu."

"Oh, nak aku tolong tak?"

Tanpa mereka sedar, ada dua orang yang sedang memperhatikan mereka, yang satu dari balkoni bilik dan yang satu tidak jauh dari mereka namun tidak akan terlihat oleh Elina dan Aira.

Elina tertawa lepas bersama Aira, entah sudah berapa lama dia tidak ketawa seperti itu. Selama ini di rumah keluarganya dia selalu di kecilkan oleh sepupu dan kakaknya sendiri bahkan orang tuanya juga tidak pernah menganggapnya ada di situ.

Sungguh dia rasakan beruntung menemukan teman yang baru disini, di dalam keluarga Dato Affendi adik perempuan Mikael, selesai dengan bunga di atas meja Elina memilih untuk bangun dan berkeliaran disekita taman melihat bunga-bunga segar yang berkembang di situ.

Sambil Aira memberi tahu apa jenis bunga yang memang tidak dia ketahui, saat Elina tertawa Mikael yang terus memperhatikan gadis itu dari atas balkoni bilik turut tersenyum tanpa dia sedari.

"Hah, ini namanya bunga lili, kau pernah tengok tak sebelum ni?"

"Oh, tak hehe.. aku kurang sikit bab bunga ni,"

"Patutlah,"

"Oh ya, aku nak tanya sikit boleh tak?"

"Tak payahlah nak mintak izin bagai, kita kan dan macam adik beradik dah sekarang. Kau tanya aje lah."

"Okay, aku nak tanya pasal Amira. Kenapa dia obses sangat dengan Mikael?"

"Hm, kalau pasal tu aku pun sebenarnya kurang tahu, tapi dia memang paling dekat dengan Abang Mika dari kecil. Tapi sejak Amira tu confess dekat Abang Mika, Abang Mika mula jauhkan diri sebab dia tak nak ada perasaan antara diorang,"

"Macam tu, maaf tau sebab aku nak tahu,"

"No problem, kau pun kena tahu sebab kau kan isteri Abang Mika,"

Elina tidak menjawab lagi, dia hanya tersenyum. Lalu kegiatan mereka terus berlangsung hingga hampir waktu maghrib.



ELINA segera ke bilik untuk mengganti baju kerana terasa gatal terkena daun-daun dari bunga di taman tadi, di dalam bilik Mikael sudah menunggu Elina entah kenapa dia malah menunggu Elina sejak tadi.

"Eish awak ni, terkejut saya!" Elina mengomel saat dia membuka pintu biliknya terlihat Mikael yang merenung ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

"Dari mana kau tadi?"

"Dari taman, kenapa?"

"Okay, dah cepat tukar baju kau. Kita turun makan."

"Ye, kejap."

Elina langsung masuk ke dalam bilik air, dia memilih dress yang akan dia kenakan, kerana tadi saat berjalan-jalan dia hanya mengenakan pakaian yang santai dan sangat tidak manis jika bertemu dengan keluarga besar Dato Affendi malam ini.

Elina mengenakan dress paras lutut berwarna hitam pekat, setelah selesai dia keluar dari bilik air dan melihat Mikael yang masih menunggunya.

Mikael melihat ke arah Elina dan memperhatikan tubuh gadis itu dari atas sampai bawah, Elina sedikit resah bila diperhatikan seperti itu, Mikael terpaku dengan keayuan Elina yang tanpa makeup itu, namun dengan cepat dia menyedarkan diri dan mengajak Elina untuk menurutnya turun ke bawah.

"Dah, jom!"

"Ye sabarlah sikit."

Mereka berdua turun dari atas dengan bergandingan tangan, membuat para sepupu yang masih single menjadi iri hati, sudah tentu mereka melakukan itu hanya untuk berlakon sahaja namun di mata yang lain mereka terlihat sangat serasi.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now