"MIKAEL!"
Mikael yang merasa terpanggil lantas menoleh mengalihkan perhatiannya dan menatap Elina yang berdiri di belakangnya. Mikael mati kata saat melihat gadis itu.
Gadis yang sangat cantik, dengan mekap yang tipis dan gaun yang sangat padan di tubuhnya yang ramping. Mikael menelan liurnya saat menatap Elina yang hanya tersenyum nipis.
Elina yang melihat Mikael hanya diam membatukan diri. Gadis itu menepuk perlahan bahu Mikael membuatkan lelaki itu tersedar dan berdehem agar menghilangkan rasa canggung dalam hatinya.
"Awak okay ke?" Soal Elina setelah Mikael kembali sedar.
"Okay, kalau dah siap jom gerak sekarang." Jawab Mikael cuba untuk tetap tenang.
Elina hanya mengangguk saja lalu membontoti Mikael yang sudah berjalan. Mikael berdecak kesal kerana Elina berjalan di belakangnya bukan disisinya.
Elina isterinya bukan orang kanan yang perlu berjalan di belakangnya. Mikael berhenti melangkah membuat Elina yang masih berjalan menunduk lantas merempuh belakang Mikael membuatnya mengaduh kesakitan.
"Aduh! Ish janganlah berhenti suka hati je! Sakit tahu tak?!" Kesal Elina sambil memukul manja belakang Mikael dan mengusap keningnya yang mula memerah.
Mikael hanya tersenyum saat Elina memukulnya, lalu dia berpusing tubuhnya dan menatap Elina yang masih memegang keningnya. Mikael ikut memegang kening Elina dan mengusapnya perlahan membuat Elina membeku.
"Sakit lagi ke? Keras sangat ke belakang aku?" Tanya Mikael dan menatap wajah Elina yang memerah.
"Tak sakit dah, belakang awak keras lah jugak." Jawab Elina tanpa melihat Mikael.
Mikael menarik wajah Elina untuk menatapnya, lalu dia tersenyum melihat wajah kemerahan gadis itu. Elina yang ditatap seperti itu semakin cengang dan mencuba untuk mengalihkan pandangannya.
"Hey, tengoklah sini! Kau isteri aku bukan PA aku! So, jalan la kat sebelah aku." Tegas Mikael menahan Elina yang masih mencuba mengalihkan tatapannya dengan memegang kedua belah pipi mulus gadis itu.
"Ya, tapi boleh tak awak lepaskan tangan awak tu?" Jawab Elina dan mencuba melepaskan tangan Mikael yang masih melekap dipipinya.
Mikael langsung melepaskan tangannya, lalu dia kembali membalikkan badan dan kembali melangkah. Elina yang melihat Mikael sudah kembali melangkah lantas menyusul suaminya dan berjalan di samping lelaki itu.
Tibanya di luar pintu utama rumah, mereka sudah ditunggu oleh pemandu peribadi Mikael tepat di depan rumahnya. Mikael membukakan pintu untuk Elina.
Elina yang melihat itu terpegun lalu dia masuk ke dalam kereta selepas dia berterima kasih pada Mikael. Mikael hanya mengangguk lalu dia masuk ke dalam kereta.
Setelah majikannya itu sudah masuk ke dalam kereta dan pintu juga sudah ditutup. Sang pemandu mula menjalankan kereta menuju ke restoran yang sudah ditempah khas oleh Mikael.
Dalam perjalanan menuju restoran tiada di antara mereka yang berbicara. Mikael fokus pada benda nipis yang bercahaya di tangannya sedangkan Elina terus memperhatikan jalan yang masih padat dengan kereta.
Sesekali Mikael curi pandang ke arah Elina yang terlihat sangat anggun. Pada awalnya Elina memang sudah sangat cantik hanya ditambah sedikit olesan mekap nipis membuatnya semakin cantik.
Elina menoleh ke arah Mikael, sejak tadi dia merasa diperhatikan. Saat dia menoleh Mikael segera berdehem untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
"Hey, saya tahu lah saya cantik... jangan tengok saya macam tu, nanti awak jatuh cinta makin susah saya nanti." Ujar Elina sambil mengekek melihat wajah Mikael yang memerah.
Mikael membuang wajahnya ke arah jendela kereta agar Elina tidak melihatnya lalu dia beralasan kerana tidak mahu mengakui bahawa dia benar terpesona dengan gadis yang duduk disampingnya sekarang.
"Bila masa aku tengok kau, sampai bila-bila pun aku takkan jatuh hati dekat kau sebab yang ada dalam hati aku cuma Elisha!" Tekan Mikael tanpa melihat Elina.
Elina yang mendengar itu cuma tersenyum sambil mengangguk. Dia juga tidak mungkin jatuh hati pada lelaki itu. Selama kakaknya masih terus menelefonnya untuk menjaga jarak dengan Mikael dan tidak membuat perkara yang melebihi batas bersama Mikael.
Mungkin jika Elisha benar-benar tidak menginginkan perkahwinan ini dia tidak akan menahan perasaannya lagi dan mungkin dia sudah jatuh hati pada Mikael.
TIDAK terasa perjalanan mereka cukup cepat, sekarang mereka sudah tiba di restoran yang sudah ditempah. Elina turun dari kereta dan melihat ke arah pintu masuk restoran yang sangat sunyi.
Di parkiran kereta juga hanya ada beberapa buah kereta di mana itu semua adalah kereta dari keluarga Dato Affendi, semua bodyguard sudah berjaga di setiap sudut restoran seakan-akan mengamankan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapapun.
Mikael yang baru turun dan menghampiri Elina yang masih bingung lalu mencuit pipi Elina yang mulus. Elina yang sedar diperlakukan begitu terus tersedar dan merasa kesal.
"Apa?" Tanya Elina sambil menatap Mikael dengan tajam.
"Haha, kenapa kau tercegat macam orang bodoh ni?" Tanya Mikael tidak dapat menahan tawanya lagi melihat Elina yang menurutnya sangat comel saat gadis itu bengang.
Hal seperti itu saja menarik perhatian bodyguard yang menjaga mereka. Selama ini Mikael jarang terlihat gembira, jangankan ketawa tersenyum pun susah nak dapat! Ini adalah hal yang sangat langka bagi mereka.
Mereka yang melihat tuan mereka bahagia bersama gadis yang hanya berstatus "pengganti" merasa sangat senang, bahkan berharap mereka tidak berpura-pura lagi dalam hubungan mereka dan menjalani kehidupan yang sungguh seperti suami isteri.
Elina mengecilkan matanya menatap Mikael. Dia geram kerana diketawakan Mikael, dia segera berjalan meninggalkan Mikael yang sudah mengubah wajahnya menjadi serius menuju ke pintu masuk restoran.
Mikael menatap tajam ke arah bodyguard yang menatapnya sambil tersenyum. Lalu segera menyusul Elina masuk ke dalam restoran.
"Jaga mata korang, kalau rasa taknak buta!" Tekan Mikael sebelum berjalan.
Tibanya di dalam restoran, Elina disambut dengan sangat megah. Gadis itu kagum sambil melihat dekorasi restoran yang sangat mewah dan dihiasi dengan warna emas.
"Wah, cantiknya! Tapi berhak ke aku untuk merasa semua ni?" Soal Elina dengan melemahkan nada ucapan akhirnya.
Mikael yang baru masuk dan mendengar ucapan Elina terasa sakit. Seperti ada jarum tajam yang menusuk ke hatinya ketika Elina berkata dia berhak atau tidak untuk menikmati makan malam yang mewah itu.
"Hey, mestilah kau berhak! Kau isteri aku, ingat tu!" Tegas Mikael membuat Elina terkejut dan menatap lelaki itu yang tiba-tiba muncul di belakangnya.
"Hah! Se-sejak bila awak kat sini?" Soal Elina masih dengan nada terkejut lalu dia menjarakkan dirinya dari Mikael.
Mikael yang melihat itu hanya tersenyum tanpa ada niat mahu membalas pertanyaan Elina. Mikael menghulurkan tangannya berharap Elina menyambutnya.
Elina yang melihat Mikael menghulurkan tangannya mengerti, dia melingkarkan tangannya di lengan Mikael. Lalu mereka berdua masuk ke dalam restoran betul-betul seperti sepasang suami isteri yang romantik.
"This night is yours, my dear!" Bisik Mikael perlahan di telinga Elina. Para pelayan menyambut mereka dengan senang. Elina terus menampilkan senyuman manisnya kepada mereka semua namun berbeza dengan Mikael yang berlagak tenang dengan wajah yang serius.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...