BAB 10

489 20 1
                                    

MIKAEL yang berada di gym berasa kesal, dia memang berniat mahu mendekati Elina namun bukan seperti ini caranya. Jika dia menghamili gadis itu, nanti akan berlaku perpisahan kerana belum ada apa-apa rasa di antara mereka atau mungkin pada Elina.

Mikael terus memukul beg gusti yang tergantung di hadapannya terus menerus bahkan hingga terlihat ada yang terkoyak dari sarung beg itu, pukulan demi pukulan yang kuat hingga ke pukulan yang terakhir membuatkan beg yang tergantung itu terjatuh ke lantai.

"Arghh, tak mungkin aku terus hamilkan dia, tapi aku tak tahu macam mana nak dekat dengan dia!" Teriak Mikael.

Mikael menjambak rambutnya sendiri sambil berfikir agar Elina tidak semakin jauh kerana pilihannya bersetuju dengan permintaan mama, dan juga belum tentu Elina akan cepat hamil.

Mikael mundar mandir didalam gym, tubuhnya sudah berkeringat kerana terus menerus memukul beg itu selama dua jam tanpa berhenti. Dan sekarang tangannya sudah mula kemerahan.

"Perlu ke aku guna je cara ni? Tapi dia orang yang berbeza, dia akan setuju? Selama ni dia tak pernah minta apa-apa barang mahal pun dari aku, arghh aku nak buat apa ni? Honeymoon?" Soal Mikael entah pada siapa.

Mikael duduk dan berdiri lalu mundar mandir seperti orang tertekan hanya kerana dia memikirkan cara untuk mendekati Elina tanpa harus menghamili gadis itu, kerana dia yakin bahawa Elina belum bersedia untuk memiliki anak kerana dia masih mahu sambung belajar setelah mereka bercerai.

Yang pasti membuat Elina sangat membencinya, walaupun tidak terlihat Elina membencinya tapi di hatinya sudah tentu ada rasa itu kerana dia perlu menjadi pengganti kakaknya yang langsung tidak pernah menganggap dirinya sebagai adik.

"Huh, sudahlah esok je aku pikir macam mana nak bincang ni dengan Elina," gumam Mikael dan mula meninggalkan ruang gym yang cukup berselerakkan itu.


MIKAEL berjalan menuju ke biliknya, dia juga mahu memastikan keadaan Elina yang sudah tidur atau belum. Jantungnya berdetak laju, entah kenapa padahal dia hanya mahu menemui isterinya yang sudah selalu ada didepan matanya.

Perasaan itu timbul perlahan-lahan membuatkan Mikael tidak boleh mengabaikan perasaan itu dan orang itu masih ada disisinya mungkin dia masih ada peluang untuk menjalin kasih yang sebenar.

Elina yang berada di dalam bilik masih berguling diatas katil hingga bergulung di dalam selimut tebal itu, dan keadaannya pun sudah berantakan.

"Aish, aku memang tak boleh tidur, eh bunyi apa tu? Dia dah balik ke?" Gumam Elina dan terkejut mendengar seperti ada yang menghampiri pintu biliknya.

Elina langsung bergegas merapikan keadaan katil dan dia langsung berpura-pura tidur, tidak lama kemudian Mikael masuk ke dalam bilik dalam keadaan baju yang basah dengan peluh.

Elina mengintai Mikael dari celah-celah mata yang dibuka sedikit dia sempat terpesona dengan tubuh Mikael namun saat lelaki itu memandang ke arahnya dia langsung memejamkan matanya rapat semula.

"Dah tidur rupanya, okaylah nak mandi." Ujar Mikael lalu masuk ke dalam bilik air.

Elina melihat Mikael sudah hilang dari pandangan matanya langsung duduk dengan tegak dan mengambil nafas dalam-dalam kerana sudah melihat tubuh tegap suaminya yang sangat seksi.

"Ya Allah, seksinya... eh, kau dah kenapa Elina Dhara? Cepat tidur sebelum dia keluar dari bilik air," Ucap Elina sambil memegang pipinya yang sudah merah.

Sebelum Mikael usai mandi, Elina terlebih dahulu sudah melelapkan matanya yang sebetulnya. Elina tertidur dengan keadaan tersenyum entah apa yang sedang bermain dalam tidurnya tika itu hingga membuatkan pipinya menjadi merah seakan ketam yang direbus.

Mikael melangkah keluar dari bilik air dan hanya mengenakan tuala yang melilit di pinggangnya, dia melihat ke arah Elina dan terlihat bahawa gadis itu sedang tersenyum bahkan pipinya sampai merah padam, Mikael hanya menggeleng dan tersenyum memikirkan apa yang sedang Elina mimpikan.

"Lah mimpi apa tu sampai blushing teruk? Ini kalau tak mimpi aku memang aku hempuk dengan tuala aku ni!" Gumam Mikael sendiri.

Usai makan tadi, Mikael menyuruhnya masuk ke dalam bilik terlebih dahulu dan membuatnya sedikit risau, dia sempat terkedu saat Mikael dengan mudah bersetuju dengan permintaan mamanya hanya dengan sedikit perdebatan.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now