BAB 25

483 21 2
                                    

MIKAEL melangkah keluar dari bangunan tinggi itu dengan wajah yang masam. Kejadian tadi benar-benar membuatnya marah dan kesal yang bercampur aduk. Dia sudah hampir bahagia bersama Elina tapi kenapa perlu Elisah kembali semula?

Dia sudah tidak mahukan Elisha, dia tahu dengan tindakan tadi tu nampak agak kejam pada Elisha. Tapi kalau dibahaskan soal kejam, Elisha yang jauh lebih kejam kerana sanggup meninggalkan dirinya di hari pernikahan mereka.

Elisha juga selalu menganggap dia seperti anak kecil yang bodoh hingga dia selalu membuat tindakan yang cukup kejam, bahkan dia hampir bankrap semata-mata menurut telunjuk gadis itu sahaja.

Ya, cinta itu buta. Dia juga pernah mengalaminya bukan saja cinta yang buta tapi cinta yang bodoh kerana terlalu memanjakan gadis itu hingga dia hampir hilang kehormatannya sebagai seorang lelaki.

"Huh, buat mood aku hilang aje lah!" Gumam Mikael sambil memandu keretanya dengan laju.

Tak lama kemudian, dia tiba di rumah besar keluarganya itu. Oleh kerana dia memandu dengan agak laju jadi dia boleh menyingkat masa untuk tiba ke rumah walaupun nyawanya dalam bahaya.

Mikael turun dari kereta dan membanting pintu dengan kuat. Bodyguard yang menjaga didepan pintu terkejut saat Mikael tiba-tiba melempar kunci ke arahnya.

Mikael melangkah masuk ke dalam rumah sambil menarik tali lehernya supaya kendur. Elina yang baru saja selesai memasak berniat untuk pergi menghantar makanan buat suaminya terkejut saat lelaki itu tiba-tiba muncul di rumah.

Elina tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba pulang ke rumah padahal dia baru saja hendak menghantar makanan untuk dia. Yang membuatkan Elina semakin pelik adalah wajah Mikael yang sangat berang.

Elina menghampiri Mikael dan membantu lelaki itu membuka kot dan melepaskan tali leher yang terlihat membuat Mikael merasa tidak selesa dengan tali leher di lehernya. Elina menangkup kedua pipi Mikael dan menatap tepat pada wajah lelaki itu.

"Kenapa ni? Masam semacam je." Soal Elina.

Mikael tidak melihat pada wajah Elina, dia fokus pada bibir merah milik Elina yang terus bergerak menanyakan soalan.

Tanpa apa-apa bunyi, Mikael terus menerkam mulut Elina dengan mulutnya. Elina yang terkejut dengan tindakan itu segera meronta minta untuk dilepaskan namun Mikael lebih kuat darinya dan pada akhirnya dia hanya membiarkan saja Mikael mencium bibirnya.

Tanpa mereka sedari, Aira yang hendak ke ruang makan terlihat adegan romantik pasangan itu. Aira tersenyum lalu mengambil gambar mereka berdua secara diam-diam.

Dan setelah itu, Aira berdehem membuatkan Mikael dan Elina tersedar dan segera melepaskan pautan bibir mereka dengan wajah yang memerah. Dan dia juga turut pergi ke ruang makan dimana Puan Suraya dan Dato Affendi sudah menunggu.

"Ehemm!! Kalau nak macam tu pun, tunggulah malam. Siang lagi ni abang oi!" Ujar Aira di akhiri dengan ketawa mengekek. Puan Suraya hanya tersenyum melihat gelagat anak lelakinya itu sudah menahan malu.

"Diam lah kau!" Jawab Mikael sambil menjeling ke arah adiknya itu.

"Abang lah ni! Buat malu aje lah." Ujar Elina menyembunyikan wajahnya di dada Mikael.

Mikael tersengih melihat Elina yang malu kerana diusik oleh adiknya itu. Mikael menggeleng lalu mengusap kepala Elina dengan perlahan, setelah melihat wajah tenang Elina, hatinya kembali tenang daripada tadi.

"Tak payahlah malu, siapa suruh ada bibir yang seksi? Kan abang dah tak tahan." Ujar Mikael di tepi telinga Elina.

Wajah Elina semakin kemerahan, dia menolak Mikael sedikit menjauh dan terus melangkah meuju ke meja dan lalu tersenyum pada semua yang ada dimeja makan itu. Mikael hanya tersenyum melihat Elina yang tersipu-sipu saat tiba di meja makan lalu dia menyusul gadis itu.

Nampaknya Mikael sudah tidak akan pulang ke pejabatnya semula, dia ingin melanjutkan kemesraan yang tertunda itu lagi selepas makan siang. Saat dia mencium bibir Elina tadi, dia langsung tidak sedar dimana mereka berada saat itu hinggakan dia tak menyangka bahawa adik perempuannya itu juga berada di rumah.

"Dah puas bermesra?" Soal Puan Suraya tanpa melihat ke arah Elina yang sedang mengambil tempat di kerusi.

"Hehe, mana ada lah mama." Jawab Elina malu.

Mikael yang baru tiba segera mengambil tempat di samping Elina. Elina segera menghulurkan makanan yang sudah dia sediakan untuk Mikael lalu baru dia ambil makanan untuk dirinya sendiri.

MIKAEL sedang merokok setelah selesai melangsaikan kerja yang tertangguh tadi dengan Elina. Elina yang masih terkulai lemah di atas katil melemparkan bantal ke arah Mikael yang duduk di sampingnya sambil menghembuskan asap rokok seperti tidak berlaku apa-apapun tadi.

"Aduh! Kenapa sayang?" Soal Mikael setelah bantal itu selamat mendarat di atas dadanya.

"Abang ni dah kenapa? Tak boleh buat slow sikit ke, hah?" Soal Elina kesal kerana merasa perih di tempat peribadinya.

"Maafkan abang, abang janji takkan buat macam tu lagi. Siapa suruh Elina seksi sangat, janganlah salahkan abang sebab kasar," Jawab Mikael tersenyum lalu mengucup lembut kening isterinya.

Elina yang mendengar itu hanya mampu menghela nafas. Mikael mematikan rokoknya kerana tidak mahu terlalu lama membiarkan Elina terdedah pada asap rokok itu. Elina yang melihat Mikael sudah mematikan rokok itu segera bangun dan duduk di pangkuan Mikael.

Mereka berdua sama-sama tidak mengenakan pakaian. Mikael membiarkan Elina duduk di pangkuannya. Elina melingkarkan tangannya di leher Mikael sedangkang Mikael memegang pinggang Elina dengan tangan kiri sedangkan tangan kanannya bermain telefon.

"Abang!" Panggil Elina dengan sedikit kuat kerana geram Mikael hanya fokus pada telefonnya saja.

Mikael yang dipanggil segera mendongak dan menatap wajah Elina. Dia mengucup bibir Elina yang sudah memuncung kerana didiami olehnya tadi.

"Apa dia sayang?" Soal Mikael dengan lembut dan mengalihkan perhatiannya kepada Elina.

Elina menghela nafas dengan respon dari Mikael tadi. Dia tahu Mikael belum betul-betul mencintainya. Oleh itu, dia mengunci semula niatnya untuk bertanya, dia segera bangun dari atas pangkuan Mikael dan hendak ke bilik air dengan perlahan seperti menahan sakit.

Namun Mikael dengan cepat menghentikan Elina dengan menarik tangan gadis itu. Mikael tahu dia sedikit memaksa diri dengan perkara itu pada Elina, kalau untuk melakukan hubungan badan Mikael tidak berat hati namun panggilan itu Mikael masih berkira-kira.

"Elina, nak pergi mana? Elina nak tanya apa tadi?" Soal Mikael.

"Abang, Elina harap abang jangan panggil Elina dengan panggilan tu lagi," Ujar Elina tiba-tiba.

Lagi-lagi dia pikir dirinya hanyalah pengganti. Dan hal itu juga membuatkan Elina merasa tidak yakin untuk membuat Mikael jatuh hati padanya. Mikae yang mendengar itu langsung menarik tubuh Elina dan memeluknya dengan erat.

"Kenapa?" Soal Mikael dengan lembut.

"Elina tak suka," jawab Elina dengan perlahan.

"Abang tahu abang macam paksa Elina, tapi bagi abang peluang untuk cintakan Elina," ucap Mikael membuatkan Elina terdiam.

"Ya, Elina memang bagi abang peluang. Tapi kalau abang rasa tak boleh, tak perlu nak paksa diri. Dia dah balik kan? Kalau abang nak kembali dekat dia, abang boleh pergi dekat dia dan kita boleh lupakan semua yang sudah kita lalui ni," ujar Elina dengan menahan tangis membuatkan Mikael terpancing emosi.

Mikael tidak habis fikir dengan apa yang diucapkan Elina. Lalu kerana sudah terhasut dengan emosi, Mikael merebahkan Elina dan menindih Elina sekali lagi. Mikael melakukan itu dengan jauh lebih kasar dari permainan tadi.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now