TIBANYA di bilik, Elina segera menggantikan pakaiannya tidak lupa dia membasuh sekali rambutnya kerana tidak mahu rambutnya itu menjadi keras akibat air klorin.
Mikael yang mengikuti Elina dari belakang merasa sedikit bersalah. Setelah Elina mengganti pakaiannya dan membilas rambut, giliran Mikael pula mandi.
Usai mandi, Mikael menghampiri Elina yang sedang berdiri di balkoni sambil bermain telefon. Mikael memeluk Elina dari belakang membuat Elina terkejut dan hendak memutar tubuhnya namun di tahan oleh Mikael yang memeluknya dengan erat.
"Jangan bergerak, biar abang peluk lama lagi." Ucap Mikael menahan tubuh Elina dengan pelukannya semakin erat.
"Abang, ada apa?" Tanya Elina setelah lama berdiam.
Mikael tidak menjawab, lelaki itu menaruh dagunya di bahu Elina sambil melihat taman belakang yang terlihat jelas dari balkoni biliknya.
Dia kembali teringat kenangannya bersama Elisha. Mereka sering melakukan hal itu, tapi Elisha selalu protes dan tidak suka dipeluk terlalu lama oleh Mikael, sangat berbeza dengan Elina yang langsung tidak protes saat dia memeluknya.
"Elina, kenapa langsung tak protes saat kena peluk macam ni?" Tanya Mikael ingin tahu.
"Protes atas alasan apa?" Elina bertanya semula.
"Mungkin tak selesa di peluk? Elisha selalu menolak kalau aku buat macam ni." Jawab Mikael dengan suara yang sedikit serak.
Sudah Elina duga, Mikael senang mengimbau kembali kenangan indah dia bersama Elisha. Namun dia tidak boleh disamakan dengan Elisha, Elina adalah Elina dan Elisha adalah Elisha. Ya, dia dan Elisha sangat jauh berbeza!
"Kami berbeza Mikael, Elisha adalah Elisha. Dan saya adalah saya, kalau saya tak protes itu bermakna saya tengah berikan kenyamanan untuk orang lain. Kalau dia protes, mana lah saya tahu." Jelas Elina, memperjelaskan perbezaan antara mereka berdua.
Mikael terdiam saat mendengar apa yang dikatakan Elina. Ya, dia sangat merasa yang mereka berdua sangat berbeza walaupun mereka adalah sepasang kembar. Keperibadian mereka berbeza dan Mikael lebih suka sifat Elina yang lembut dan penyayang berbeza dengan Elisha yang sebaliknya dari Elina.
Setelah percakapan itu, mereka memilih untuk tidak membahasnya lagi. Mereka diam dengan keadaan Mikael yang masih mendakap tubuh Elina sedangkan Elina sudah kembali fokus dengan telefonnya.
Elina sepatutnya hari ini berjumpa dengan Fariz untuk membincangkan tentang hal kerja. Namun kerana Mikael mengajaknya untuk ke hospital, dia memberitahu Fariz bahawa dia tidak bisa mengisi jawatan itu sekarang.
Dan hal itu terus diperhatikan oleh Mikael. Mikael membaca semua chat mereka tanpa Elina sedari itu.
"Tak payahlah kerja, duit bulanan abang tambah lagi." Ujar Mikael tiba-tiba sambil menatap wajah Elina.
Elina terkejut, awalnya Mikael sudah mengizinkan dia untuk bekerja namun sekarang Mikael malah melarangnya pula.
"Kenapa?" Tanya Elina singkat.
"Abang kan suami Elina, semua keperluan Elina biar abang yang penuhi. Sebab itu kan memang tanggungjawab abang, dan satu lagi abang tak suka dengan lelaki tu." Jelas Mikael dengan kesal kerana Elina masih berhubung dengan lelaki yang malam itu dia melihat menghantar isterinya pulang.
"Abang yakin ke?" Tanya Elina lagi.
"Of course! Kenapa mesti ragu?" Jawab Mikael dan kembali bertanya.
"Mana lah tahu lepas 'dia' balik nanti abang berubah fikiran lepastu ceraikan Elina, masa tu Elina tak ada duit. Kan dan menyusahkan abang tahu?" Jelas Elina tanpa memandang wajah Mikael.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...