SETELAH kejadian itu, perubahan Mikael terlihat jelas. Dia kini lebih prihatin terhadap Elina walaupun dingin itu masih ada di dalam diri Mikael. Malam ini Mikael juga pulang lebih awal untuk makan malam bersama isterinya.
"Mikael, saya nak pergi minimarket kejap. Awak duk rumah je eh?"
"Tak nak aku hantarkan?"
"No, its okay. Saya boleh pergi sendiri je."
"Okay, take care!"
Elina mengangguk lalu dia berjalan keluar rumah untuk pergi menuju ke minimarket yang ada di depan kompleks mewah suaminya itu, Elina berjalan sendirian menuju minimarket walaupun suasanan sepi tapi dia tidak menghiraukan sekitar dan memilih untuk tetap ke tujuannya.
Selama perjalanan menuju ke minimarket Elina bernyanyi perlahan agar tidak terlalu terlihat seram, setelah keluar dari kompleks Elina langsung menyeberang dan masuk ke dalam minimarket yang buka 24 jam itu.
Elina mengambil troli dan mengelilingi minimarket itu untuk mencari barang yang sudah habis di rumah, pertama yang dia kunjungi adalah rak di mana terletakknya keperluan wanita dan setelah itu dia menuju ke tempat ais krim dan coklat lalu menuju ke tempat terakhir, ramyeon kesukaannya.
Setelah seselai memilih barang, Elina langsung menuju ke kaunter dan membayar semua barangnya tadi. Namun saat sedang ingin ke hujung barisan dia tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang tiba-tiba lalu dihadapannya.
Brukk!
"Ah, maaf. Saya tak sengaja."
"Its okay, miss."
"Sini saya tolong,"
Elina membantu mengambilkan barang yang berterabur di atas lantai. Saat sudah selesai meletakkan semula barangan itu ke dalam bakul milik lelaki itu, dia mengangkat wajahnya dan melihat wajah lelaki yang sangat dia kenali.
"Fariz, Fariz Aiman kan?"
"Err.. Elina? Lah, aku ingatkan siapa lah tadi,"
"Ya Allah, kau apa khabar? Lama tak jumpa, kan?"
"Ah, yah. Good! Kau pulak apa khabar? Aku dengar yang kau dah kahwin,"
"Baik. Ya, aku memang dah kahwin tapi boleh tak jangan cakap pasal tu kat sini?"
"Oh ya, jom kita pergi kafe depan tu. Aku tunggu kau kat sana,"
"Okay,"
Lalu Fariz pergi meninggalkan Elina untuk menunggu gadis itu selesai membuat pembayaran, sedangkan Elina lantas kembali beratur untuk membayar di kaunter itu tadi. Mujur barisan tidak terlalu panjang tika itu.
Usai membuat pembayaran, Elina keluar dengan membimbit beberapa plastik di tangannya lalu menghampiri Fariz yang tengah duduk menunggu sambil makan ais krim yang dia beli.
"Hey, dah. Jom!"
"Oh, okay jom!"
Mereke berdua berjalan beriringan menuju ke kafe tepat berada di sisi minimarket, Fariz adalah sahabat lama Elina atau lebih tepatnya lagi sahabat satu-satunya yang dia punya kerana pengaruh Elisha yang memburukkan dirinya kepada teman barunya membuat dia kembali di jauhi dan hanya Fariz sahaja yang masih setia mahu berkawan dengannya.
Tibanya di kafe, mereka mencari tempat duduk dekat pintu agar nanti saat sudah selesai lebih mudah untuk keluar, lalu mereka memesan cappuccino dan menyambung semula cerita yang tertunda.
"Lama tak jumpa kau kan? Then now kau dah jadi isteri orang, tapi bukan ke kau kahwin sebab terpaksa?"
"Ah, gossip dah tersebar rupanya,"
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...