BAB 19

434 19 1
                                    

TIBANYA di bilik, dia tidak melihat kelibat lelaki itu. Elina meletakkan begnya di atas katil lalu mencari dimana Mikael.

Dia mencari-cari lelaki itu yang ternyata berada di balkoni bilik sambil merokok. Elina menghampiri dengan perlahan membuat Mikael terus mematikan rokoknya.

"Kenapa?" Tanya Mikael setelah dia menghembuskan asap terakhir.

"Tak ada apa, eloknya abang kurangkan hisap rokok. Tak baik untuk kesihatan." Jawab Elina sambil memandang ke arah puntung rokok yang sudah mati.

Mikael hanya diam. Dia memang sudah berniat untuk kurang merokok kerana sekarang dia lebih banyak bersama Elina, tidak mungkin untuknya merokok seperti di zaman bujangnya dulu.

Mereka berdua sama-sama berdiam sambil melihat ke arah taman. Hari masih cerah namun cuaca sudah terlihat agak mendung. Elina melihat ke atas namun langit tidak menunjukkan tanda-tanda hendak hujan.

"Macam tak jadi hujan je," Gumam Elina sambil menjulurkan tangannya ke depan.

Mikael yang melihat itu mengambil kesempatan dan menggenggam tangan Elina. Elina sebenarnya bukan hanya berbicara tentang rokok sahaja, dia juga mahu bertanya sesuatu pada Mikael, adakah lelaki itu melihat hal yang sama atau tidak.

"Mikael,"

"Elina,"

Panggil mereka secara serentak membuatkan mereka saling memandang. Mikael memandang ke arah Elina dan menyuruh Elina untuk berbicara dahulu, namun Elina menolak dan membiarkan Mikael yang bicara dahulu.

"Kenapa? Cakap lah dulu," ucap Mikael.

"Tak, abanglah dulu. Elina punya tak ada lah penting sangat." Ucap Elina membuatkan Mikael mengangguk dan mula bercerita.

"Tadi dekat hospital, abang ternampak dia. Jadi betullah dia dah kembali? Bukan ke ini terlalu cepat? Tak sampai sebulan pun lagi." Luah Mikael bingung sendiri.

Elina terkejut dengan apa yang diucapkan Mikael. Jadi betullah, dia sudah pulang namun yang diucapkan Mikael itu ada benarnya juga, belum sebulan pun lagi takkan dah balik?

Yang mereka lihat adalah sosok yang sama, Elisha Dayana. Kakak kembarnya sendiri. Elina terdiam sebelum berucap, dia melihat ke arah Mikael yang terlihat gugup dan ragu.

"Jadi, kita nampak orang yang sama. That's mean dia memang sudah balik." Ujar Elina membuatkan Mikael menoleh ke arahnya.

"Perjanjian kita selesai, Mikael."

"Jangan tinggalkan abang, Elina."

Ucap mereka bersama, namun ucapan mereka membuatkan mereka terkedu. Yang lebih terkejut adalah Elina yang mendengar Mikael tidak mahu ditinggal olehnya. Sedangkan dirinya masih saja memperingati tentang perjanjian itu.

"Jangan tinggalkan abang, abang dah mula nyaman dengan Elina. Abang dah lupakan dia!"

Elina hanya diam tidak menjawab, dia hanya tersenyum kelat sebelum menundukkan wajahnya.

"Jadi, abang merayu tolong tetap ada dengan abang dekat sini dan kita lupakan pasal perjanjian bodoh tu!" Ujar Mikael di depan Elina tanpa rasa ragu.

Elina juga mula merasa nyaman dengan Mikael. Dia juga tidak mungkin menggugat Mikael dalam keadaan yang bahkan boleh dikatakan tidak ada masalah sama sekali.

Elina merenung wajah Mikael yang murung. Dia tersenyum dengan yakin lalu memeluk Mikael dengan erat.

"Ya, Elina akan tetap ada dengan abang. Kita mulakan semuanya semula dan lupakan dia," Tubuh lelaki itu dileraikan dan dia kembali memegang pipi Mikael.

"Kalau Elisha cuba nak pisahkan kita, kita ikut saja permainan dia, okay?" Ujar Elina sambil merenung mata Mikael dengan tajam.

Mikael tersenyum. Sudah pasti dia bersetuju dan sangat senang kerana Elina benar-benar mahu mulakan hidup baru bersamanya, dia lantas memeluk gadis itu dengan kemas.

Setelah puas berpelukan, Elina melepaskan pelukan mereka. Dia sudah cukup mengantuk, agar nanti malam dapat menikmati pasar malam sebaiknya dia tidur dan merehatkan diri.

"Elina ngantuk, Elina nak tidur kejap. Kalau abang rasa nak merokok, boleh tapi jangan melampau tau." Ucap Elina yang hanya mendapat anggukkan dari Mikael.

Elina masuk ke dalam bilik dan langsung merebahkan diri di atas katil. Dia tidak mahu berfikir negatif tentang kakaknya yang sudah kembali, namun tidak akan secepat itu mungkin saja kakaknya akan pergi semula.

Oleh kerana mahu menjadi model yang terkenal sangat memerlukan waktu yang lama. Jadi mungkin dia kembali hanya untuk menggertak mereka saja agar tidak melakukan hal yang membatasi.

Elina tidak mahu memikirkan itu lagi, dia mula memejamkan matanya. Dan hanya memerlukan beberapa detik saja gadis itu sudah masuk masuk ke alam mimpi.

Mikael masuk dan melihat Elina yang sudah terbuai lena. Dia tersenyum tidak menyangka dia mendapatkan berlian yang sangat berharga di hari malangnya itu.

Seandainya dia tidak menikah dengan Elina, mungkin dia hanya akan mendapat perempuan yang hanya memandang hartanya sahaja dan dia membuang berlian yang sangat berharga seperti Elina.

Mikael memilih untuk tidur juga, dia memutuskan untuk mengurangi rokoknya jadi mungkin mulai esok dia lebih memilih untuk mengambil gula-gula daripada merokok, dia merebahkan diri disisi Elina dan mulai memejamkan matanya setelah dia menarik tubuh gadis itu ke pangkuannya.

HARI sudah mula petang, Mikael sudah bangun dahulu. Lelaki itu lantas melakukan rutin hariannya iaitu mandi petang. Dia belum mahu membangunkan Elina yang masih sangat lena dibuai mimpi di dalam selimut.

Setelah selesai mandi, dia segera keluar dari bilik air dan menyedari bahawa Elina sudah bangun namun terlihat masih dalam sisa mengantuk.

Lelaki itu tersenyum lalu menghampiri Elina. Dengan sepantas kilat dia menguncup bibir Elina membuatkan Elina yang baru saja terbangun terkejut dengan tindakan Mikael.

"Abang, ish!" Teriak Elina kesal, untung saja bilik Mikael itu kedap suara jadi tak mungkin suaranya akan terdengar hingga ke tingkat bawah.

"Hahaha, sorry sayang. Abang tak tahan sebab sayang comel sangat!" Ucap Mikael dan langsung menyarungkan baju tshirt ke tubuh tegapnya.

Elina menatap Mikael dengan mata kecil. Sifatnya benar-benar sudah berubah dan sangat berbeza dari mereka awal menikah dulu. Kini Mikael lebih sering membulinya.

Namun Elina merasa sangat senang dan tenang. Setidaknya dia adalah pemenang, siapa suruh kakaknya itu memberikan calon suaminya pada dia secara percuma.

Padahal kalau nak jadi model tu, mudah sangat kalau lepas mereka menikah. Lebih-lebih lagi dengan kuasa yang dimiliki oleh Mikael, dia boleh jadikan Elisha model yang terkenal dengan cara yang sangat mudah.

Tidak lama kemudian, Mikael kembali menyedarkan Elina dari lamunannya. Dia menghampiri Elina yang masih duduk di atas katil dengan rambut yang sedikit serabai.

"Hey, sini abang betulkan sikit rambut tu. Dah macam singa dah abang tengok!" Ucap Mikael sambil merapikan rambut Elina.

Elina hanya diam dan menurut sahaja. Sebenarnya dia masih malas untuk bangun dari katil, apalagi untuk mandi. Dia merasa sangat malas, biasanya dia akan menunda untuk mandi dan memilih untuk keluar terlebih dahulu dan selepas pulang baru dia akan mandi.

Namun situasinya sekarang sudah lain. Tidak mungkin dia akan membuat hal itu lagi. Lebih-lebih lagi suaminya adalah orang kaya, orang terhormat takkan lah dia memiliki isteri yang malas mandi seperti dia. Nama Arsyad Mikael Dato Affendi akan tercemar kerana alasan itu.

"Pukul berapa sekarang ni?" Tanya Elina.

"Pukul enam setengah, kenapa?" Jawab Mikael.

"Oh, okay Elina mandi dulu," sahut Elina dengan tidak bersemangat membuat Mikael bingung dengan sifat Elina yang tiba-tiba berubah.

Dia hanya menggeleng melihat Elina berjalan malas menuju ke bilik air. Mikael memilih untuk keluar dari bilik dan menuju ke bilik kerjanya.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now