BAB 4

493 24 1
                                    

MIKAEL dan Elina berjalan menuju ke ruang makan yang sudah ditunggu oleh para ahli keluarga besar mereka, mereka berdua berjalan dengan anggun dan gagah, membuat Aira sedikit iri kerana sampai sekarang dia masih tidak mempunyai pasangan hidup.

"Ehem, boleh tak jangan nak menabur kemesraan tu depan orang-orang single macam kami ni?" Celah Aira mengusik.

"Eleh, tak boleh... baik kau cari pasangan cepat sikit dik sebab aku kesian tengok kau single lama sangat." Balas Mikael membuat adiknya bertambah kesal.

"Ceh, kalau dulu tu dia tak curang aku pun takkan single sampai hari ni lah!"

"Nasib kau lah, jom sayang orang lain dah tunggu kita," ujar Mikael sambil mengucup perlahan kening Elina dan mengajak Elina langsung ke ruang makan, sedangkan Elina terlihat jelas gugup dengan lakonan Mikael yang terlalu baik hingga membuat jantungnya berdetak laju.

"Ya Allah, jantung aku ni dah kenapa?" Batin Elina berbicara sendiri.

Tibanya mereka di ruang makan, sudah ramai yang menunggu mereka, kedatangan mereka pun di sambut dengan usikan dan gurauan orang tua, namun tidak dengan Amira yang menatap benci ke arah Elina.

"Maaf buat semua tunggu lama," ungkap Mikael mendudukkan diri setelah mempersilakan Elina duduk disampingnya.

"Its okay, kami faham aje,"

"Ha, mari jemput makan semua," pelawa Dato Affendi mesra, makan malam yang dihiaasi dengan canda dan tawa serta kemesraan yang di berikan Mikael dan Elina yang saling suap-suapan saat makan malam itu menambahkan lagi kemeriahan suasana disitu.

"Hm, romantiknya. Semoga Elina berbeza dengan Elisha," Ucap Puan Suraya.

"Ya, kami semua berharap yang Elina berbeza dengan perempuan itu!"

Mikael yang mendengar itu ingin marah, dia memang masih sangat mencintai Elisha namun, dia tidak akan sudi membela perempuan itu sekarang, malah dia akan membalas semua perbuatan Elisha di saat perempuan itu kembali mungkin dengan adanya Elina di sisinya boleh membantunya membalas dendam.

"Haha, mungkin dari segi sifat kami berbeza, tapi kadang-kadang ada juga tersama," ujar Elina jujur.

"Tak apa, setidaknya kamu tak berlagak seperti dia,"

Elina hanya tersenyum mendengar kenyataan jika kakaknya itu benar-benar dibenci oleh keluarga kekasihnya sendiri, eh bekas kekasih maksudnya. Elina menatap Mikael yang sudah mengepal tangan, dia faham jika lelaki itu tidak terima saat orang yang dicintai di hina.







MAKAN malam berjalan dengan lancar tidak ada yang membuat onar, membuat Elina lebih lega. Dan sekarang Elina dan Mikael berada di dalam bilik.

"Kalau rasa nak marah, marah aje lah tak ada siapa yang nak halang awak sekarang ni,"

"Kau apa tahu? Kau dengan dia sama aje!"

"Saya tak pernah sama dengan Elisha! Saya pun tak suka dia! Kalau awak nak benci dia silakan tapi jangan benci saya atas sebab yang sama! Sebab dia dengan saya dua orang yang berbeza, Mikael!"

"Huh, apa bezanya kau dengan dia? Kalau kau berbeza, kau dah tolak masa mama suruh kau kahwin dengan aku!"

"Awak tak tahu! Macam mana keadaan saya masa tu, awak tak tahu, Mikael! Jadi jangan pernah anggap yang saya terima awak sebab nak harta awak! Saya kahwin dengan awak pun sebab terpaksa dan pembelajaran saya terbuang macam tu aje hanya sebab kena kahwin dengan awak! Cita-cita saya hancur sebab awak!"

"Kau!"

Mikael tak mampu berkata-kata lagi setelah mendengar ucapan Elina yang benar-benar dihasut dengan emosi dan kekesalan, dia memilih untuk pergi ke balkoni dan membawa sekotak rokok dan sebotol arak bersamanya, itulah cara dia melepaskan segala kekusutan di fikirannya.

Elina hanya duduk di katil, entahlah perasaannya lebih lega setelah sudah melepaskan segala yang tersimpan di dalam hatinya, apakah dia tersalah cakap? Tidak bukan.

Dia belum bersedia untuk memegang status sebagai isteri, tapi dia dipaksa oleh kedua orang tuanya. Cita-citanya sejak kecil yang belum tercapai perlu dikuburkan sekelip mata kerana perkahwinan ini, entah dia masih boleh bertahan atau tidak nantinya hanya Tuhan yang tahu.

Mikael tiba-tiba rasa bersalah melihat wajah Elina yang sedih saat dia mengungkapkan segala sakit yang dipendamnya, entahlah ada perasaan yang ganjil di hatinya sejak Elina hadir di dalam hidupnya.

Hatinya kuat mengatakan Elina berbeza dengan Elisha namun logiknya berkata kalau mereka sama sahaja kerana mereka adik beradik, hanya mahukan hartanya.

Ting!

Sedang asyik dia termenung, telefon Mikael berbunyi tanda ada pesanan yang masuk. Dia membuka telefonnya dan melihat siapa yang mengirim pesan malam-malam seperti ini, saat di lihat ternyata sahabatnya.

Tanpa berpikir panjang, Mikael segera membuka emel itu dan terdapat satu fail yang lengkap dengan maklumat tentang Elina selama gadis itu hidup.

Mikael membuka fail itu dan membaca kata demi kata yang ada di dalamnya, sungguh dia terkejut saat mengetahui isi dari maklumat itu bahkan di dalamnya juga ada beberapa keping gambar yang membuktikan kalau Elina benar-benar tidak pernah dianggap manusia oleh keluarganya sendiri.

"Biar betul ni? Jadi selama ni dia hidup sengsara?" Gumam Mikael perlahan tanpa ingin didengar oleh Elina.

Mikael terus membaca informasi itu, hingga ke muka terakhir di mana dia pernah diugut jika Elina menolak untuk berkahwin dengannya, Mikael menutup mulutnya tidak percaya entah kenapa tiba-tiba air matanya menitis tanpa dia sedar seakan dapat merasakan penderitaan yang dialami oleh Elina.

Mikael masih berada di balkoni sambil memikirkan kehidupan Elina jika dia tidak berkahwin dengannya sedangkan Elina sudah berganti pakaian dan bersiap untuk tidur.

Sebelum dia tidur, dia memilih untuk bermain telefonnya terlebih dahulu, melayari di media sosialnya dan sesekali dia mencari pekerjaan kerana tidak mungkin juga dia mahu duduk diam di rumah agam ini, satu saat nanti dia akan diceraikan jadi sebelum itu terjadi dia harus sudah ada simpanan yang cukup.

"Ish, tak ada kerja kosong, esoklah cari lagi." Gumam Elina.

Saat Elina mahu memejamkan matanya, Mikael dengan tepat masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang sudah mabuk namun masih sedikit sedar, Mikael langsung mendekati Elina, Elina hanya diam dan membiarkan Mikael mendekatinya.

"Kalaulah kau tak kahwin dengan aku, kau akan bahagia tak?" Tanya Mikael secara tiba-tiba.

Elina hanya diam tidak menjawab, dia hanya berpura-pura tidur untuk mengetahui apa maksud dari ucapan Mikael, dia menganggap kalau Mikael sudah terlalu mabuk namun dia lihat Mikael berjalan seperti orang normal yang masih dengan kesedaran yang penuh.

"Tak tahu kenapa hati aku ni kata yang kau lain dengan perempuan tu, tapi aku tak percaya dengan hati aku sendiri,hahaha... Sweet Dream Elina,"

Setelah mengatakan itu, Mikael kembali berdiri dan membuka semua pakaiannya hanya meninggalkan seluar pendek sahaja, lalu dia mengelilingi katil untuk ke sisi yang lain dan dia merebahkan diri di sisi Elina dan menyusul Elina ke alam tanpa sedar.

Elina yang masih belum tidur membuka semula matanya melihat ke arah Mikael yang sudah tertidur dengan lena.

"Kau cari tahu pasal aku Mikael? Tapi kenapa ?"

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now