BAB 27

392 20 1
                                    

ELINA sudah siap mandi, kakinya sudah tidak terlalu sakit seperti sebelumnya, mungkin kerana dia berendam lama di dalam air hangat tadi.

Elina menyarungkan jubah mandi ke tubuhnya lalu keluar dari bilik air dengan perlahan-lahan. Dia takut tergelincir kerana cengkaman kakinya masih belum cukup kuat seperti biasa.

Setelah keluar dari bilik air, Elina melihat keadaan bilik yang tadinya agak berantakan kini sudah kembali kemas dan bersih. Dia malah tidak melihat susuk tubuh Mikael disitu. Dia masih malas mahu fikirkan dimana lelaki itu, dia memilih untuk segera memakai pakaiannya.

Elina hanya mengenakan pijama satin, oleh kerana perutnya sudah kenyang dan rasa mengantuknya juga masih tersisa, dia memilih untuk tidur semula.

Elina merebahkan diri di atas katil dan tidak lama kemudian gadis itu sudah terlelap dengan lenanya.

MIKAEL berlegar-legar di dalam supermarket itu sambil mencari makanan kegemaran Elina untuk memujuk gadis itu agar tidak lagi marah padanya. Bonet kereta mewahnya itu sudah penuh dengan cemilan ringan bahkan sehingga ada sepuluh bekas kek coklat dibelinya.

Mikael segera menuju ke keretanya setelah selesai membuat bayaran di kaunter, dia segera pulang ke rumah. Tibanya di rumah, dia seperti dapat mengagak Elina sudah kembali tidur kerana waktu sudah agak lewat malam.

Mikael di bantu beberapa bodyguard untuk membawa semua makanan ke dalam bilik. Tekaannya tepat saat melihat Elina sudah tertidur pulas di atas katil.

Mikael menyuruh para bodyguard itu keluar setelah meletakkan semua barang ke dalam biliknya dan membiarkan dirinya sendiri yang menguruskan semua makanan itu kerana tidak mahu menimbulkan suara bising yang boleh membuatkan Elina terbangun.

Peti sejuk yang ada dibilik Mikael boleh tahan besar, peti itu biasanya diisi dengan beberapa tin air tapi kini ianya malah penuh dengan makanan ringan yang dibelinya tadi.

Setelah siap menyusun semua makanan itu, Mikael segera ke katil dan merebahkan diri di samping Elina. Dia juga sudah penat, sebelum Mikael memejamkan matanya sempat dia menatap wajah Elina dan mengucup lembut kening gadis itu sebelum menarik Elina ke dalam pelukannya.


MATAHARI sudah mula menyinari dengan terang. Cahayanta masuk ke dalam bilik mereka dan membuatkan Elina yang masih terlelap dalam tidurnya terusik dan bangun dengan perlahan.

Gadis itu membuka matanya perlahan-lahan dan terkejut kerana dia sedar dirinya berada di dalam pelukan Mikael. Kerana terkejut dan dia masih marah pada lelaki itu, tanpa sengaja Elina menendang Mikael membuatkan lelaki itu terjatuh terduduk dari atas katil.

"Ahh! Sayang kenapa ni?" Ujar Mikael kesakitan sambil menatap Elina dengan matanya yang dibuka sedikit.

Elina diam tidak merespon, dia malah membuang wajahnya ke arah depan agar tidak menatap lelaki itu. Mikael menghela nafas, lalu Mikael bangun dan menghampiri Elina.

Setelah duduk di sisi Elina, Mikael langsung memeluk Elina namun Elina memberontak menolak tubuh lelaki itu dari memeluknya. Mikael tidak mahu kalah, dia malah mengeratkan lagi pelukannya.

"Sayang marah abang lagi ke?" Tanya Mikael padahal dia sendiri tahu jawapannya.

Elina tidak menjawab, gadis itu segera mengambil remote televisyen dan menyalakan televisyen. Mikael yang diabaikan menghela nafas lalu mengucup perlahan pipi Elina.

"Kalau marah abang lagi, abang buang je lah apa yang ada dalam peti tu," Ujar Mikael menarik perhatian Elina yang masih fokus pada skrin televisyen.

"Memangnya ada apa dalam peti tu?" Tanya Elina ingin tahu.

"Bukan ada air je ke?" Tanya Elina lagi.

Mikael hanya tersenyum lalu dia segera bangun dari duduknya tanpa ada niat untuk menjawab pertanyaan Elina. Elina yang ditinggal begitu saja merasa kesal kerana Mikael yang langsung menuju ke bilik air untuk bersiap ke pejabatnya.

Elina bangun untuk menyiapkan pakaian untuk Mikael sekalian untuk melihat apa yang ada di dalam peti sejuk itu. Saat dia membuka peti itu, dia melihat ada pelbagai makanan membuatnya tersenyum senang.

Setelah melihat makanan itu, Elina tidak lagi marah pada Mikael namun tetap saja apa yang dilakukan oleh Mikael tidak akan memaafkan Mikael dengan mudah hanya kerana disogok dengan makanan begitu.

Elina dengan semangat menyiapkan pakaian untuk Mikael, namun dia tetap berhati-hati kerana tubuhnya masih terasa nyeri. Setelah siap dia menyediakan keperluan Mikael, Elina kembali melangkah ke arah peti sejuk dan mengambil beberapa bekas kek coklat dan ais krim dan membawanya ke sofa bilik itu.

"Eumm sedapnya!" Gumam Elina tanpa sedar Mikael sudah keluar dari bilik air dan menggeleng melihat Elina yang terus menikmati makanan yang manis di waktu pagi begitu.

Mikael menggeleng lalu dia melangkah menuju ke sofa dan duduk di samping Elina sambil mencubit pipi Elina.

"Pagi lagi ni sayang, kan boleh makan lepas breakfast nanti." Ujar Mikael langsung tidak diendahkan oleh Elina yang asyik dengan makanannya.

Elina memandang ke arah Mikael yang tidak langsung menyarungkan pakaian kerja ke tubuhnya. Elina mengubah posisi duduknya yang tadi menghadap ke arah televisyen dan kini menghadap suaminya.

"Kenapa duduk kat sini? Pergi pakai baju abang tu, nanti lewat." Ucap Elina seakan mengusir.

Mikael hanya menahan tawa melihat Elina yang sangat comel saat itu. Pada akhirnya tawanya pecah lalu dia mengusap perlahan kepala Elina.

"Haha, comellah awak ni sayang. Ya, kejap lagi abang pakai baju. Elina breakfast dalam bilik je okay?" Tawa Mikael dan mengarah Elina untuk tetap berehat di bilik.

"No problem, tapi pergi la pakai baju abang tu cepat nanti masuk angin lah!" Sahut Elina setelah sudah habis kek satu bekas dan kembali menggapai sebekas lagi kek di atas meja di depannya.

"Okay," pasrah Mikael lalu bangun dari duduknya dan mengambil baju kemejanya yang sudah digantung oleh Elina. Lalu dia segera keluar dari bilik untuk bersarapan di bawah.

"Abang nak pergi dah ni, jangan makan banyak sangat. After breakfast makanlah lagi, tapi kena breakfast dulu," Pesan Mikael sebelum menutup pintu biliknya itu. Elina hanya mengangguk dan meletakkan kek coklat yang masih tersisa separuh bekas ke atas meja.

Tidak lama kemudian, seorang pembantu rumah mengetuk pintu biliknya dengan mendulang makanan untuk Elina. Elina berterima kasih dan menyuruh pembantu itu untuk pergi, lalu dia mula menikmati sarapan itu dengan tersenyum senang.

Entah terbuat dari apa perut Elina Dhara ini, padahal dia sudah cukup banyak makan kek dan sekarang langsung makan sarapan dan sarapannya itu cukup berat, nasi goreng kut! Elina tetap menghabiskan sarapannya setelah itu dia segera mandi untuk membersihkan dirinya yang sudah terasa rimas.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now