BAB 15

419 21 2
                                    

SETELAH makan malam tadi, mereka berdua tidak langsung pulang kerumah. Malah, menuju ke rumah orang tua Mikael.

Entah kenapa Mikael malah membawa Elina menuju ke rumah agam milik keluarganya itu. Elina yang sudah diselubungi dengan rasa mengantuk hanya diam dan mengikuti suaminya sahaja.

Suami? Entahlah sejak kejadian tadi, dia tidak penat untuk menggelarkan Mikael sebagai suaminya. Meskipun mereka hanya menikah dalam keterpaksaan dan tekanan namun kini tidak lagi, mereka memilih untuk memulainya dari awal semula.

"Mika, ada kedai ais krim tak?" Soal Elina sambil menggaru matanya.

Mikael yang mendengar itu langsung memperlahankan keretanya. Dia melihat di sekitar untuk mencari kedai yang masih buka diwaktu begini. Elina menatap Mikael dengan harapan, berharap lelaki itu menjumpai kedai dan membelikannya satu ais krim. 

"Ada tu, nak?" Soal Mikael.

Dengan pantas Elina mengangguk dengan sangat bersemangat seperti anak kecil membuatkan wajahnya terlihat sangat comel. Mikael tersenyum lalu mengusap ubun-ubun Elina dengan perlahan.

"Ya, kejap aku turun. Nak flavour apa?" Lanjut Mikael bersiap untuk turun dari keretanya.

"Matcha! Kalau takde matcha, coklat pun okay!" Jawab Elina dengan bersemangat.

Setelah mendengar jawapan dari Elina, Mikael segera keluar dari kereta dan langsung menuju ke kedai tersebut.

Mikael bertanya apakah ada ais krim yang berperisa matcha atau tidak. Untung dia masih sempat mendapatkan ais krim berperisa itu, itupun sudah tiket yang terakhir.

Setelah mendapatkan kapal yang dicari dan membayarnya, Mikael kembali ke kereta, Elina yang menunggu Mikael kembali tersengih saat Mikael memberikan ais krim itu kepadanya.

"Ini, kau suka sangat ke dengan matcha ni?" Tanya Mikael sambil membuka plastik ais krim itu.

"Haah, suka sangat!" Jawab Elina dengan senang setelah menerima ais krim yang sudah dibuka oleh Mikael.

Mikael memandang sambil tersenyum bahagia melihat Elina yang sangat teruja  hanya kerana dibelikan ais krim. Lalu dia segera kembali memandu keretanya.

Selang beberapa minit, mereka tiba di perkarangan rumah keluarga Mikael. Setelah dia mematikan enjin kereta, dia melihat Elina yang sudah tertidur pulas disampingnya.

Mikael tersenyum melihat Elina yang tertidur dengan sangat nyenyak dengan ais krim yang sedikit comot di tepi bibirnya lantas dia menyapu baki ais krim itu dengan ibu jarinya.

Kerana tidak mahu membangunkan Elina, Mikael memilih untuk mendukung gadis itu ala bridal style dan membawa Elina masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah mama dan papa Mikael sudah menunggu dan terkejut melihat menantunya digendong oleh Mikael.

"Hey, kenapa dengan menantu mama ni?" Soal Puan Suraya setelah dia mendapatkan Mikael.

"Elina cuma tertidur, mama. Mika bawak dia ke bilik dulu... nanti Mika turun semula." Ucap Mikael dan segera pergi dari ruang tamu menuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua.

Setelah meletakkan Elina di dalam bilik dan memastikan gadis itu tidak tersedar. Mikael kembali keluar dan menuju ke orang tuanya untuk meminta bantuan dari mereka.

MIKAEL duduk di hadapan kedua orang tuanya yang sudah menunggunya sejak tadi. Puan Suraya langsung bertanya setelah anak lelakinya itu mengambil tempat dihadapan mereka.

"Mika nak mintak tolong apa?" Tanya Puan Suraya.

"Ini ma, Mika nak mama papa tolong Mika pasal pregnancy program tu... sebab Mika bukannya ada pengalaman sangat pasal ni. Dan Mika ingat untuk sementara waktu ni, Mika dengan Elina stay kat sini dulu. Boleh ke?" Ujar Mikael menjelaskan dan bertanya.

Puan Suraya dan Dato Affendi saling menatap. Akhirnya hari yang mereka tunggu tiba juga, hari dimana Mikael sudah menerima Elina dan melupakan perempuan itu.

"Okay, kalau untuk dapatkan cucu dah tentu kami akan tolong! Tak jadi masalah kalau kamu berdua tinggal kat sini pun. Lagipun boleh lah teman mama." Jelas Puan Suraya, membuatkan Mikael sedikit lega setelah mendengar jawapan dari orang tuanya itu.

"Terima kasih, mama papa. Mika nak naik atas dulu." Pamit Mikael untuk kembali ke bilik. Dia sudah penat dan mahu cepat merehatkan tubuhnya. Sedangkan orang tuanya saling memandang dengan perasaan yang sangat bahagia.

"Alhamdulillah Su, semoga perasaan Mikael tidak akan berubah disaat Elisha balik nanti," Ujar Dato' Affendi.

"Insya Allah, mereka lebih sepadan jika nak dibandingkan dengan Elisha tu." Setelah itu mereka turut kembali ke bilik mereka dengan rasa bahagia dan bersyukur dengan khabar yang baru mereka terima dari Mikael.


MATAHARI sudah mula mencelikkan matanya, dengan cahaya yang hangat ia mula menyinari seluruh bumi negara itu. Dan kerana sinarnya itu seorang gadis yang masih tertidur pulas mula terusik kerana cahaya yang masuk dari sela-sela langsir balkoni bilik.

Elina terbangun dan langsung duduk, dia melihat ke arah jendela yang sudah disinari oleh cahaya matahari yang hangat. Elina mengumpulkan nyawa terlebih dahulu sebelum menyusun langkah menuju ke bilik air.

Tibanya dia di bilik air untuk mandi, Elina membasuh mukanya dan segera mandi.

Setelah mandi, Elina segera keluar dari bilik air dan menyarungkan pakaiannya yang dia tinggalkan di sini. Setelah itu dia segera menyiapkan keperluan untuk Mikael yang akan berangkat ke pejabat.

Elina menghampiri Mikael yang masih dibuai lena. Gadis itu membangunkan Mikael dengan perlahan dan halus.

"Mika, bangun dah pagi ni... awak kerja kan," Ucap Elina mengejut Mikael perlahan.

Mikael menggeliat merasa terganggu, dengan perlahan lelaki itu membuka mata dan pertama kali yang dia lihat adalah wajah berseri Elina di hadapannya.

Mikael segera bangun dan menyandarkan dirinya di katil. Dia masih terlihat mengantuk, padahal dia sudah memaklumkan pada pembantu peribadinya bahawa hari ini dia tidak akan pergi ke pejabat.

Kerana hari ini dia berniat untuk ke hospital bersama Elina untuk memeriksa kesihatan mereka sebelum mengambil langkah untuk melakukan pregnancy program itu.

"Hari ni aku tak pergi office, kita kena pergi hospital." Ujar Mikael membuat Elina terhenti dari melakukan kerja mengemas katil saat itu.

"Hospital? Untuk apa?" Soal Elina.

"Check fertility, kan nak buat pregnancy program tu." Jawab Mikael menjelaskan dan kembali merebahkan kepalanya di atas bantal.

"Hey, tak rasa cepat sangat ke?" Tanya Elina kerana dia tidak yakin untuk akan memiliki anak dalam waktu yang terdekat ini.

"Nope! Lagi cepat lagi bagus." Jelas Mikael dan kembali memejamkan matanya.

Elina hanya mampu menghela nafas saja. Lalu dia melangkah keluar dari bilik itu untuk turun ke bawah membantu menyediakan sarapan walaupun tugas itu bukan untuknya.

Tibanya dia di tingkat bawah, Elina langsung menuju ke ruang dapur dimana ada ibu mertuanya yang sedang berperang dengan bahan masakan yang dibeli pagi tadi.

"Morning mama, Elina nak tolong boleh tak?" Sapa Elina dan meminta izin untuk membantu.

"Good morning sayang, sini lah! Sikit aje lagi ni." Balas Puan Suraya dan mengajak Elina memasak bersamanya.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now