BAB 16

418 17 1
                                    

"GOOD morning sayang, sini lah! Sikit aje lagi ni." Balas Puan Suraya dan mengajak Elina memasak bersamanya.

Elina tersenyum lalu mulai mencapai pisau yang ada di atas meja dan mula memotong sayur yang akan dimasak. Saat masakan hampir selesai para lelaki turun dan langsung duduk di meja makan.

Elina dan Puan Suraya segera menyusun makanan di atas meja dan setelah itu mereka duduk di samping suami masing-masing.

Elina mulai mengambil makanan untuk Mikael begitu juga dengan Puan Suraya yang mengambilkan makanan untuk suaminya terlebih dahulu baru dia ambil untuk dirinya sendiri.

Oleh kerana makanan sudah siap disajikan di hadapan mereka masing-masing, mereka mula makan dengan senyap tanpa ada perbicaraan sama sekali. Mereka hanya fokus dengan makanan.

Usai sarapan, Puan Suraya dan Elina segera mengemaskan sisa makanan mereka. Mereka hanya menaruh pinggan kotor ke dalam sinki dan meletakkan masakan yang masih ada di bawah saji.

Meskipun keluarga Mikael adalah sebuah keluarga yang kaya, mereka tetap menyimpan makanan mereka selagi masih boleh dimakan. Dan makanan yang mereka makan juga adalah makanan yang sama dengan apa yang pembantu di rumah itu makan. Tiada langsung sifat membezakan darjat di dalam keluarga itu.

Mikael langsung menuju ke kolam renang rumah itu kerana dia sudah berniat untuk berenang di pagi itu dan baru bersiap untuk ke hospital.

Elina yang melihat Mikael sudah berada di dalam kolam tanpa membawa tuala segera kembali ke bilik untuk mendapatkan tuala untuk suaminya.

Setelah diletakkan tuala di lengannya, Elina segera turun untuk ke kolam renang namun di tahan oleh Puan Suraya.

"Elina, mama nak cakap sikit boleh?" Panggil Puan Suraya dari sofa.

Elina yang terpanggil segera melangkah ke arah ibu mertuanya itu lalu mengambil tempat di sebelah Puan Suraya dan menunggu wanita separuh baya itu berbicara.

"Ada apa, mama?"

"Mama cuma nak cakap, pasal program kehamilan kamu berdua nanti. Mama rasa lagi elok kalau kamu berdua berhubungan intim dua minggu selepas kamu habis datang bulan, sebab dalam tempoh itu kamu tengah ada dalam fasa subur dan buatlah dua hari sekali, jangan tiap malam pula..." Jelas Puan Suraya sambil menepuk lembut peha menantunya itu sambil tersenyum hingga menampakkan kedut di tepi matanya.

Elina hanya diam tidak menjawab. Dia berasa sedikit malu namun ditahannya.

"Nanti selepas check-up, cuba lah buat apa yang mama cakap tadi tu untuk tiga bulan kedepan. Kalau selama tiga bulan tu kamu masih tak mengandung kita jumpa doktor lagi ya..." sambung Puan Suraya lagi.

Jantung Elina berdetak laju saat topik itu dibahas oleh ibu mertuanya. Dia memang belum bersedia, namun siapa yang tak inginkan anak? Elina juga tidak ingin menimang cahaya mata secepat ini.

"Okay, nanti Elina cakap dekat Mikael. Elina pergi dekat Mika dulu, ma." Jawab Elina dengan tenang.

"Iyelah. Bawakan susu sekali untuk dia." Ucap Puan Suraya.

Elina hanya mengangguk lalu segera pergi dari situ menuju ke dapur untuk mengambil segelas susu yang dipesan oleh ibu mertuanya.

ELINA segera pergi dari dapur dan menuju ke kolam renang. Tibanya di situ, Elina melihat Mikael yang sangat cekap berenang dan tanpa mengenakan baju ditubuhnya.

Tubuh lelaki itu terlihat sangat tegap. Mungkin kerana rutin dan pengambilan yang sihat setiap harinya. Elina terpesona dengan Mikael yang terlihat sangat kacak saat berenang seperti itu.

Mikael yang berenang ke hujung lantas melihat Elina yang sedang mengunyah keropok sambil bermain telefon. Dia segera berenang menghampiri Elina untuk meminta susu.

"Elina, susu!" Ucap Mikael sedikit keras suaranya membuatkan Elina yang ralit dengan telefon segera menoleh.

"Oh, kejap," ucap Elina.

Mikael menerima gelas itu dan langsung meneguk susu hingga ke titisan akhir. Elina yang melihat hanya menggeleng, mungkin dahaga. Lagipun sudah cukup lama dia berada di dalam kolam.

"Awak nak berenang lagi ke?" Soal Elina kepada Mikael yang masih berdiri di pinggir kolam.

"Nak, oh ya jangan guna awak saya lagi tau masa bercakap. Kita kan dah lain, so guna lah abang ke, kan lebih mesra." Ujar Mikael menjawab.

"Sure? Saya, maksud saya, Elina. Elina bagi abang masa satu jam je lagi. Tak elok juga kalau berenang lama-lama," Jelas Elina tergagap.

Mikael menoleh memandang Elina lalu dia mengangguk. Setelah itu dia segera terjun ke dalam kolam semula, kerana dia memang sudah cukup lama tidak berenang jadi sangat senang saat terjun ke dalam kolam.

Elina berdiri dari duduknya, lalu dia berjalan menuju ke pinggir kolam. Dia duduk di situ sambil merendamkan kakinya yang agak sejuk itu.

Mikael kembali menghampiri Elina dan tibanya dia di hadapan Elina, Mikael meletakkan kedua tangannya di atas peha Elina dan kepalanya di situ. Elina hanya tersenyum, sesungguhnya dia masih gugup namun dia cuba untuk menerima Mikael.

Elina memegang rambut Mikael yang sedikit keras kerana air klorin. Gadis itu memainkan rambut Mikael dengan sangat senang kerana rambut Mikael yang tebal dan cukup panjang.

"Abang, mama cakap... kalau nak anak, kena buat setiap dua minggu lepas Elina habis period, sebab masa tu Elina tengah dalam fasa subur." Ujar Elina masih mengusap lembut kepala Mikael.

Mikael yang mendengar itu tersenyum. Ibunya jelas sudah mula membantunya, dengan nasihat itu dan mereka pergi membuat pemeriksaan kesihatan ada kemungkinan Elina akan cepat mengandung dan mereka akan cepat menimang cahaya mata.

"Oh ya, lagi satu mama cakap.. tak boleh buat setiap hari tau. Mesti buat dua hari sekali supaya lebih efektif!" Sambung Elina membuat Mikael bangun dari sandarannya dan menatap wajah gadis itu.

"Kenapa dua hari sekali? Kan lagi best kalau setiap hari!" Protes Mikael sambil memuncungkan bibirnya.

"Nak cepat dapat anak ke tak?" Tanya Elina tersenyum jahat. Dia mana takut jika perlu melayan Mikael setiap hari.

Mikael mendengus. Sebal baginya! Namun tidak lama dari itu dia mula timbul idea nakal terhadap Elina yang sedang fokus menatap sekitar kolam yang sepi itu.

Tanpa sedar, Mikael dengan cepat menarik Elina ke dalam kolam renang membuatkan Elina terkejut. Namun untung Mikael dengan pantas memegangnya.

Saat Elina sudah kembali berada di darat, gadis itu memukul dada bidang suaminya sambil terbatuk-batuk membuatkan Mikael ketawa sambil memeluk gadis itu yang jauh lebih pendek darinya.

"Hahaha! Comellah awak ni sayang," Gelak Mikael melihat wajah Elina yang kemerahan.

Elina kesal terus memukul dada Mikael dengan kuat. Kerana terus dipukul oleh Elina, Mikael segera menghentikan tawanya dan memeluk Elina untuk meminta maaf.

"Auch sakit sayang! Maafkan abang... tapi tadi tu memang comel pun!" Ucap Mikael sambil memeluk tubuh kecil isterinya.

Elina merasa hangat saat lelaki itu memeluknya. Dia hanya mengangguk di dalam pelukan Mikael. Kerana dadanya yang masih sakit akibat terkejut dia hanya diam saja.

Mikael yang melihat Elina diam segera membawa gadis itu untuk naik dan kembali ke bilik. Dia tidak mahu Elina sampai demam seperti tempoh hari.

"Okay dah, jom masuk bilik tukar baju." Ujar Mikael sambil membantu Elina untuk naik.

"Ya, abang tahu kan tadi tu bahaya!" Jawab Elina setelah sedikit tenang.

"Sorry sayang, abang janji abang tak buat dah." Jelas Mikael sambil memberikan tuala yang Elina bawa untuknya kepada Elina.

Elina mengambil tuala itu dan segera pergi. Dia masih geram dengan Mikael. Mikael yang di diami oleh Elina segera mengejar gadis itu yang sudah mendaki anak tangga untuk naik.

Tanpa mereka sedar ada dua orang yang terus memerhatikan mereka dengan gelak tawa kerana tidak boleh menahan kemesraan mereka dan keromantikkan dari mereka berdua itu.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now