BAB 12

433 15 1
                                    

ELINA menghampiri Mikael yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen namun diabaikan oleh lelaki itu saat dia mengambil duduk disamping Mikael.

Tidak mahu berfikir, Elina kembali bermain telefon. Sedangkan Mikael yang didiami oleh gadis itu merasa kesal dan memilih untuk merokok agar boleh menghilangkan rasa kesalnya itu.

"Kau cakap dengan siapa tadi?" Soal Mikael akhirnya.

"Kawan lama saya, kenapa?" Jawab Elina dan kembali menyoal.

"Nothing," sahut Mikael dingin.

Elina yang terlalu senang kerana mendapat kerja hinggakan dia lupa memberitahu Mikael soal itu. Lalu dia berniat untuk memberitahu Mikael sebelum itu dia meletakkan telefonnya terlebih dahulu dan menghadap ke arah Mikael yang sedang merokok.

"Awak, esok saya ada interview kerja. Tak apa kan?" ujar Elina dan bertanya.

"Aku tak kisah, asalkan kau tak menyusahkan aku." Jawab Mikael tanpa melihat ke arah Elina.

Elina sudah dapat mengagak jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Kerana gembira tidak dilarang, Elina bertindak memeluk dan mencium pipi Mikael tanpa dia sedar, saat dia sedar akan tindakan itu Elina lantas berlari ke biliknya.

Mikael yang tergamam dengan tindakan luar kawalan Elina hanya mampu memegang bekas ciuman dari Elina dengan tersenyum hinggakan wajah kacaknya itu berona kemerahan.

"Comel betullah!" Gumam Mikael dan kembali menghembuskan asap dari bibirnya.

Elina yang tersedar akan apa yang dia lakukan dia terus berlari ke bilik dengan wajah yang kemerahan. Tibanya dia di bilik dia langsung mengunci pintu dan tertawa malu.

"Apa kau ni, Elina! Tak sopan betul!" Ucap Elina sambil menepuk pipinya beberapa kali.

Dia memikirkan cara bagaimana mahu mengadap wajah Mikael, lebih lagi bila Mikael hanya diam saat dia mencium dan memeluknya tadi. Respon yang berlebihan hanya kerana tidak disekat untuk bekerja.

Saat dia sudah mulai bertenang, Elina mulai melangkah ke arah katil dan membiarkan saja pintu bilik itu dalam keadaan yang terkunci.

Elina merebahkan diri di atas katil dengan wajah yang masih merah. Entah kenapa dia masih memikirkan kejadian tadi bukannya menyiapkan resume yang perlu dibawa esok.

"Huh, sudahlah! Lupakan apa yang jadi tadi. Sekarang ni, jom buat resume!" Gumam Elina lalu bingkas dari rebahannya.

Elina turun dari katil untuk mencari resume yang dia perlukan untuk esok. Setelah semuanya terkumpul Elina merapikan menjadikan ia satu dan diletakkan di atas meja solek sedangkan dia kembali ke dalam bilik mandi untuk membuang air kecil.

Mikael yang merasa jengkel dengan Elina langsung membuat jadual untuk makan malam nanti, dia memilih restoran mewah dan menyewa restoran itu hanya untuk mereka berdua sahaja.

Ini peluang untuk Mikael mendekati Elina, lagipun Elina sudah mula beraksi seperti tadi membuatnya sudah tidak teragak-agak untuk mendekati Elina. Tidak lupa Mikael bertanya pada mamanya untuk mengetahui apa kesukaan wanita.

Setelah itu, Mikael menyuruh anak buahnya mencari cincin berlian yang akan dia hadiahkan kepada Elina dan juga tidak lupa untuk terus mencari tahu Elina dan dimana dia akan temuduga pekerjaan.

"Macam mana respon dia nanti? Hm, harapnya malam nanti jangan gagal sudahlah!" Ucap Mikael sendiri.

Mikael sekarang sedang berada di ruang kerjanya, dia merancangkan semua di bilik kerjanya takut ketahuan oleh Elina.

"Tuan, restoran dah booked! Malam nanti mereka akan deko semuanya seromantik mungkin!" Lapor pembantu Mikael yang baru tiba.

"Good! Cincin?"

"Cincin pun kami dah dapat, ini Tuan tengoklah dulu," Ucap pembantu itu sambil menghulurkan kotak merah yang berisi cincin berlian.

Mikael berpuas hati, tidak terlalu besar bahagian berliannya namun sangat kelihatan anggun dan mewah.

"Okay aku suka. Oh, satu lagi tolong carikan beberapa gaun dan suruh Puan pilih sendiri! Dan jangan lupa bagitahu dia berdandan dengan cantik." Perintah Mikael.

"Baik tuan," lalu pembantu itu pergi meninggalkan Mikael untuk mencari beberapa buah gaun mewah dan membawanya kepada Elina. Sedangkan Mikael masih menatap cincin berlian ditangannya dan membayangkan riak wajah Elina nanti.


ELINA yang baru saja selesai dari bilik air, terkejut ada yang mengetuk pintu. Dia masih belum bersedia untuk mengadap wajah Mikael namun hairan mengapa lelaki itu tidak terus membuka kunci pintu bilik itu saja?

Oleh kerana perasaan ingin tahu sudah menguasai dirinya, Elina memilih untuk membuka pintu dan melihat siapa yang berada disitu. Saat pintu dikuak perlahan, seorang pembantu dan beberapa orang sedang membawa beberapa helai baju yang digantung membuat Elina bingung.

Namun meski dia dalam keadaan kebingungan Elina menyuruh pembantu Mikael masuk dan menjelaskan maksud dari membawa baju-baju mewah itu kepadanya.

"Puan, ini semua koleksi edisi terhad dan Tuan Mika menyuruh Puan untuk memilih salah satu dari baju-baju ini untuk dipakai malam nanti dan Tuan pesan untuk Puan berdandan cantik." ujar sang pembantu.

"Tunggu! Memangnya kami nak kemana?" Tanya Elina ingin tahu.

"Nanti Puan akan tahu, kalau macamtu saya keluar dulu," Pamit wanita itu membuatkan Elina semakin bingung.

Setelah wanita itu pergi, Elina berjalan ke arah baju-baju yang tergantung rapi. Dia melihat baju-baju itu sangat mahal dan juga sudah ada beberapa kasut tumit tinggi yang sangat sepadan dengan ukuran kakinya dan warna dengan baju tersebut.

"Apa rancangan Mika ni? Aduh baju ni semua mahal sangat! Layak ke aku nak pakai semua ni?" Soal Elina sendiri.

"Dahlah, dah dia bagi dan suruh aku pakai takkan aku nak kecewakan dia pula, kan?" Ucap Elina lagi dan mengambil baju-baju itu.

Elina cuba menyesuaikan dengan tubuhnya, dua baju sudah dia cuba namun tidak ada yang sesuai menurutnya. Dia kembali mengambil baju berwarna ungu muda dan berenda di bahagian pinggang.

Saat tersarung Elina langsung berkenan namun masih ada sehelai lagi baju berwarna merah gelap yang belum dia cuba. Elina mencuba yang itu juga dengan motif di bahagian dada serta labuh hingga ke paras buku lalinya, Elina langsung jatuh hati pada yang itu.

Jadi Elina memilih untuk menggunakan itu dan mengambil kasut tumit tinggi dengan warna yang senada dengan itu. Oleh kerana hari juga sudah menjelang petang Elina bergegas untuk mandi dan berdandan.

Setelah selesai mandi, Elina langsung merapikan rambutnya serta hanya menggunakan make-up yang nipis dan natural agar tidak terlalu seperti seorang yang berlebihan.

Usai dengan itu, Elina mengambil baju yang dipilihnya lalu memakainya. Setelah itu dia juga memakai kasut tumit tinggi tersebut. Elina memandang dirinya di cermin sambil tersenyum manis, dia menggapai beg tangan yang bewarna gelap dan diisi dengan handphone dan kad saja, selang beberapa saat pintu diketuk membuatkan dia lantas berpaling ke arah pembantu Mikael yang sudah berdiri di pintu bilik.

"Puan, Tuan dah tunggu kat bawah." Ucap pembantu itu.

"Okay thanks," Balas Elina sambil tersenyum manis.

Elina keluar dari bilik dan berjalan menuju ke tingkat bawah menggunakan tangga dan diikuti oleh pembantu Mikael yang sempat terpesona dengan kecantikkan gadis itu malam ini.

Tibanya dia di bawah, Elina melihat Mikael yang sudah kemas dengan kot berwarna hitam berdiri membelakanginya yang mungkin sedang menerima sesuatu.

"Mikael!" Panggil Elina.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now