"Emm... tolong belikan pads untuk Elina, Elina lupalah yang sekarang ni awal bulan, tolong eh,"
Mikael yang mendengar itu terkaku, apa dia salah dengar? Namun jika dia salah dengar tidak mungkin Elina akan mengatakan itu dengan malu, ini baru pertama kalinya dia disuruh untuk membeli tuala wanita seperti itu.
"Sa-sayang serius? Abang nak cari kat mana benda tu?" Soal Mikael terkejut.
"Kat supermarket banyak, sayang... tolong eh, cepat sikit! Ini tengah banyak keluar ni," Jawab Elina sambil melirih pada kakinya yang sudah dialiri darah.
"Ah, okay..." Ucap Mikael segera menggapai kunci kereta dan bergegas menuju ke supermarket.
Elina mneghela nafas dan kembali masuk ke dalam bilik air. Dia membersihkan kakinya yang dilumuri darahnya lalu duduk di bingkai bathtub sambil membungkus dirinya dengan tuala.
Setidaknya jika dia bertahan di atas bingkai bathtub darahnya tidak akan mengalir kemana-mana. Elina menunggu Mikael dengan jenuh di dalam kamar mandi, sedangkan Mikael yang terburu-buru saat turun tangga hingga mengabaikan kehadiran ibunya yang sedang berdiri di sisi tangga.
Puan Suraya menggeleng melihat Mikael seperti itu. Entah apa yang membuatnya terburu-buru hingga mengabaikannya begitu saja seperti dirinya itu patung.
"Ya Allah budak ni! Dah kenapa tu?" Gumam Puan Suraya sambil merenung sosok anak lelakinya bergegas menuju ke pintu depan.
Mikael yang sudah tiba di depan keretanya segera masuk dan mengendarai kereta menuju ke supermarket terdekat. Tidak memerlukan waktu yang lama dia sudah sampai di salah satu supermarket terdekat.
Dia turun dan langsung masuk ke dalam supermarket dan berkeliling mencari apa yang diperlukan oleh Elina, namun dia tidak menemukannya. Mikael hendak bertanya pada pekerja namun dia malu. Mahu tak mahu, dia harus bertanya juga.
Dengan wajah yang kemerahan, Mikael menghampiri seorang gadis yang bekerja disitu. "Err... boleh tanya tak?"
"Ya? Abang cari apa?" Tanya gadis itu dengan sopan.
"Err... kat mana tempat tuala wanita?" Tanya Mikael sambil menunduk.
Hal itu membuatkan beberapa orang disitu melihat ke arahnya sambil tersenyum, lebih-lebih lagi wanita yang ada disampingnya.
"Ya Allah, pengantin baru ke? Sweetnya, sayang dekat isteri dia..." Ujar wanita itu.
Mikael menjadi semakin malu. Dia tidak memperdulikan wanita itu dan melihat ke arah gadis yang terlihat tersenyum padanya dan mengeluarkan beberapa pack tuala wanita dari bawah dan bertanya pada Mikael yang mana diperlukannya.
"Ini bang, ada banyak jenis tuala wanita, abang nak yang mana satu?" Soal gadis itu sambil menunjukkan tuala wanita yang diletakkan di atas meja.
Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal, jujur, dia tidak tahu tuala wanita yang sering digunakan oleh Elina. Jadi dia mengambil keputusan yang mudah.
"Tak pastilah pulak apa yang wife saya selalu pakai yang mana, ambik jelah semua..." Ujar Mikael malu.
Gadis itu dengan sopan mengangguk dan membungkus semua tuala wanita yang dia keluarkan tadi, lalu segera mengira harga. Setelah sudah dia memberikan sekeping kertas kecil pada Mikael.
Mikael segera menyambut pemberian resit dan lantas menggapai plastik yang berisi tuala wanita dan segera keluar dari bangunan itu. Sungguh dia merasa malu terus di perhatikan oleh orang di sekitarnya, ini pertama kalinya dia membeli barang tersebut namun dia merasa senang kerana Elina memerlukan bantuannya.
Mikael kembali ke kereta dan segera meninggalkan supermarket. Dia memandu kereta dengan laju di rata-rata kawasan agar cepat sampai ke rumah dan mengeluarkan Elina dari bilik air.
"Huh, memalukan betullah tadi tu... tapi, asal banyak sangat jenis benda alah ni? Tak boleh ke buat sejenis je? Complicated betul nak pakai pampers pun..." Omel Mikael sendiri.
Selang beberapa minit, sekarang dia sudah tiba di perkarangan rumah agam Dato' Affendi an langsung memarkirkan keretanya dan masuk ke dalam rumah. Lalu dia segera melangkah ke biliknya.
Lagi dan lagi Mikael melewati ibunya begitu saja membuatkan Puan Suraya menggeleng. Entah disampuk setan apa lelaki itu sampai terus mengabaikan dirinya hari ini.
Mikael sampai di dalam bilik, dia segera mengetuk pintu bilik air dan tidak lama kemudian Elina menjengah sedikit dari balik pintu. Dia terkejut melihat Mikael yang membeli begitu banyak jenis tuala wanita.
"Ni barang sayang, abang tak tahu yang jenis apa sayang pakai jadi abang beli je semua yang ada," Ujar Mikael selamba sambil menghulurkan sebungkus besar yang terisi tuala wanita pada Elina.
"Ish ish ish, but its okay, thank you abang. Tunggu Elina kat luar jap eh?" Ucap Elina tidak habis pikir dan kembali masuk ke dalam bilik air. Lalu dia segera memakai tuala wanita itu, untung sejak menikah dengan Mikael dia sudah membiasakan diri meletakkan celana dalam miliknya mahupun milik Mikael ke dalam sebuah laci kecil yang tersedia di dalam kamar mandi mereka itu.
Elina segera memakai seluarnya dan keluar. Setelah itu dia segera memakai pakaiannya, kerana terlalu lama bertapa di dalam bilik air membuatkan tubuhnya terasa agak kesejukkan dan dia memilih untuk memakai baju yang agak tebal.
Setelah selesai, dia segera mengatur langkahnya menuju ke arah Mikael yang sudah sedari tadi menunggunya. Mungkin lelaki itu sudah merasa lapar kerana belum makan malam. Elina mengambil tempat disamping Si Suami dan lantas lelaki itu memegang tangannya yang terasa dingin.
"Kenapa tangan sayang sejuk? Abang lama sangat ke tadi?" Soal Mikael merasa sedikit serba salah.
"Tak adalah, macam mana abang boleh beli pads tu tadi?" Jawab Elina lalu bertanya.
Mikael yang diajukan soalan begitu segera memalingkan wajahnya yang kemerahan. Sungguh kejadian yang cukup memalukan tadi, namun jika dia tidak memberanikan diri menanyakan pada pekerja itu sampai ke sudah dia tidak akan menemukan barang yang ingin dibelinya tadi.
"Oh, itu abang nyaris tak jumpa benda tu... kalau abang tak pergi tanya dekat staf kat situ rasanya abang dah beli pampers warga emas dah kut untuk sayang." Jawab Mikael sambil tersenyum malu.
"Hahaha, terima kasih tau... sekarang ni, jom makan. Abang mesti dah lapar, kan?" Balas Elina sambil mengusap lembut jemari Si Suami.
Mikael hanya membalas dengan anggukkan kepalanya. Lalu dia segera makan begitu juga dengan Elina. Dia sudah sangat lapar sedari tadi. Sempat juga mereka mengambil gambar sambil saling menyuapi makanan dan memuat naik ke dalam akaun media sosial milik Mikael. Di waktu yang sama, namun di tempat yang berbeza ada seorang gadis sedang galak memerhatikan status yang dimuat naik.
"Sial! Kalau aku tak tinggalkan Mika dulu, maybe sekarang ni aku yang tengah duduk dekat tempat betina tu!" Kesalnya sambil merentap bibir dek geram melihat gambar itu.
"Its okay, Elisha, tiga bulan je lagi. And, kau boleh balik semula dan kau boleh pergi rampas balik laki kau tu semula," Sahut Olive, manager dan sekaligus sahabat Elisha.
"Huh! Takpe, bagi dulu diorang tu berseronok, nanti aku dah balik... Aku akan pastikan dia rasa apa yang aku rasa!" Ujar Elisha dengan senyuman sinis. Lalu kedua gadis itu tertawa kuat. Entahapa rancangan yang sudah mereka sediakan untuk tiga bulan kedepan.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...