BAB 31

430 23 4
                                    

PERJALANAN yang mengambil masa yang lumayan lama tapi ianya membuahkan hasil. Mereka sampai di pantai dan cuacanya tidaklah terlalu terik seperti tadi. Kerana sudah sampai, Mikael segera mencari tempat untuk memarkirkan keretanya.

Setelah itu, dia hendak membangunkan Elina namun tidak tega kerana melihat Elina yang tertidur dengan sangat lena. Mikael mengurungkan niatnya untuk membangunkan Elina melainkan dia memperhatikan wajah Elina saat tidur.

Mikael mengelus pipi Elina, sambil bergumam dan tidak pernah lepas dari wajah cantik orang yang sedang tertidur di depannya itu.

"Cantiknya isteri Arsyad Mikael," Gumam Mikael.

Elina yang terasa terganggu kerana ada yang mengelus wajahnya mula terbangun. Dia membuka mata perlahan-lahan dan yang pertama dia lihat adalah Mikael yang berada tepat didepan mukanya.

"Argh, dekat sangat Mikael!" Kesal Elina dan hendak bangun namun lupa dirinya masih terikat dengan tali pinggang keledar yang membuatkan tubuhnya kembali terbaring.

"Hahaha, bukak lah dulu seat belt tu baru bangun." Pecah tawa Mikael saat melihat wajah panik Elina.

Elina yang melihat Mikael tertawa dengan kuat memukul lelaki itu dengan bantal yang ada disampingnya. Membuatkan Mikael berhenti ketawa dan membantu Elina membuka tali pinggang keledar.

"Hehe, ya sorry-sorry, sini abang tolong." Ucap Mikael sambil membuka tali pinggang.

Setelah itu, Elina segera bangun dan melepaskan bantal leher yang masih berada di lehernya. Setelah itu dia melihat ke kiri dan kanan ternyata sudah sampai di pantai.

"Cepatnya sampai?" Tanya Elina bingung, soalnya biasanya mereka akan sampai agak lama.

"Siapa kata cepat? Lama tahu tak. Elina tu yang tidur lama sangat," balas Mikael dan turun dari kereta.

Lalu Mikael melangkah menuju ke arah pintu sebelah penumpang untuk membuka pintu pada Elina. Elina turun dan mereka segera menuju ke pantai, untung pagi tadi Elina memilih untuk memakai kasut yang tak bertumit tinggi, jika tak mungkin dia akan kesusahan untuk berjalan di atas pasir pantai.

"Hm, tak adalah panas sangat macam tadi." Ujar Elina setelah mereka berdiri di atas pasir pantai.

"Iya, nasib baik kan?" Sahut Mikael memeluk tubuh gadis itu dari belakang.

"Abang," panggil Elina.

Mikael diam tidak menjawab, dia hanya membisu sambil memandang air laut yang tengah surut sambil meletakkan dagunya di atas bahu Elina. Elina yang tidak di jawab oleh Mikael kembali memanggil lelaki itu.

"Mikael, dengar tak?" panggil Elina lagi.

"Ya, abang dengar. Kenapa? Cakap aje lah sayang," jawab Mikael berbisik sambil menguncup telinga Elina membuatkan gadis itu merasa geli.

"Jangan cium situ lagi! Elina geli tahu tak!" ucap Elina sambil menjauhkan wajah Mikael dari telinganya.

"Okay, sayang nak cakap apa tadi?" Soal Mikael yang pada akhirnya pasrah.

Elina terdiam. Respon Mikael seperti tadi membuatnya lupa ingin mengatakan apa pada lelaki itu. Kerana lupa, Elina hanya menggelengkan kepalanya membuatkan Mikael menghela nafas dan kembali menatap ke arah laut yang tenang.

Mereka sama-sama terdiam menatap air laut yang tenang. Mereka tidak memperdulikan orang ramai yang memperhatikan di sekitar mereka, padahal ini bukan hari cuti namun di pantai sangat ramai orang.

"Nak berenang tak?" Soal Mikael setelah lama dia berdiam diri.

"Tak nak, malas." Jawab Elina mencium pipi Mikael.

Mereka kembali berdiam, entah mahu buat apa lagi kerana mereka ke sini hanya untuk menenangkan diri. Sebenarnya Elina teringin makan jagung bakar, tapi perutnya masih terasa penuh dan sudah pasti Mikael akan melarangnya juga.

"Abang, nak jagung bakar," Rengek Elina pada akhirnya kerana sudah tidak tahan mencium bau jagung yang baru matang.

Mikael mengecilkan matanya menatap Elina, tentu saja dia tidak setuju dengan permintaan Elina. Elina baru saja makan dengan banyak, jika dia makan lagi ada kemungkinan gadis itu akan muntah nanti.

"No! Nanti Elina muntah kalau makan lagi," Tolak Mikael keras.

Elina rasa ingin menangis. Kerana ini adalah keperluan perutnya, boleh dikatakan Elina ini tergolong dalam kalangan wanita yang kerjanya makan saja kalau mencium bau makanan enak dia akan langsung membelinya namun sejak bersama Mikael dia perlu meminta izin terlebih dahulu.

Tapi apa yang dikatakan Mikael ada betulnya juga, jika dia makan lagi mungkin dia boleh muntah tapi bau jagungnya ini yang membuatkan dia tidak tahan. Elina menatap Mikael dengan memohon agar lelaki itu mengizinkan.

Namun sayang, Mikael langsung tidak luluh dengan tatapan manja gadis itu. Dia menatap wajah Elina dengan sangat garang membuatkan Elina tidak berani menatap lelaki itu lagi dan terus menatap ke arah air laut dengan bibir yang dimuncungkan.

"Malam nanti je lah makan jagung tu," ujar Mikael mencuba memujuk Elina.

"Promise?" Tanya Elina dengan cepat kerana tidak mahu terlepas peluang sambil menghulurkan kelingking tanda perjanjian.

Ya, meskipun harus menunggu malam tapi itu tidak menjadi satu masalah baginya, setidaknya dia boleh makan jagung bakar hari ini. Mikael tersenyum lalu mengangguk menjawab pertanyaan Elina.

"Ya, abang promise," jawab Mikael sambil menautkan kelingking mereka.

Elina yang mendengar itu tentu saja merasa senang, dia langsung memeluk tubuh Mikael. Mikael membalas pelukan Elina.

"Jom balik, abang dah bosan kat sini," Ajak Mikael setelah melepaskan pelukan.

"Okey jom." Ucap Elina lalu menarik lengan Mikael.

Mikael yang ditarik hanya menurut langkah gadis itu. Dia yang mengajak Elina pulang namun Elina yang bersemangat, mungkin kerana dia berjanji akan membiarkan gadis itu makan jagung bakar malam nanti.

Mereka sudah tiba di parkiran kereta, setelah itu mereka masuk dan segera meninggalkan tempat itu untuk pulang. Seperti biasa Elina kembali tertidur dalam perjalanan pulang membuatkan Mikael menggeleng melihat Elina yang sudah dibuai lena.

"Haih, kenapalah aku ada isteri kuat tidur macam ni." Gumam Mikael menggeleng namun tetap tersenyum.

Perjalanan pulang kembali menghabiskan masa yang cukup lama. Namun tidak selama saat mereka menuju ke arah pantai, kerana jalan yang sudah jauh renggang daripada tadi siang.

Mereka tidak makan siang kerana tadi sebelum makan tengah hari mereka sudah makan, itupun cukup banyak kerana permintaan Elina jadinya sampai sekarang Mikael masih kekenyangan.

Saat tengah memandu, telefon Mikael tiba-tiba berbunyi tanpa henti menandakan ada yang menelefonnya. Dia melihat siapa yang menelefonnya dan membiarkan panggilan itu tidak dijawab kerana dia memang tidak mahu menjawab panggilan orang itu.

"Kacau aje lah!" Gumam Mikael sambil mematikan data telefonnya agar orang itu tidak menelefonnya lagi.

Orang itu adalah Elisha, yang sudah sebulan tidak menghubunginya bahkan menganggunya lagi setelah kejadian waktu di pejabat. Mikael memang sudah melupakan gadis itu namun dia masih kesal dan muak jika perlu berhadapan atau bahkan mendengar namanya di sebut oleh orang lain.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now