BAB 33

223 19 3
                                    

"ABANG tak sangka, orang yang selama ini abang cari tu adalah isteri abang sendiri, rupanya dia ada di depan mata abang. Maafkan abang, sayang. Abang janji abang akan jaga Elina dan tak akan layan Elina macam tu lagi," Gumam Mikael sambil menguncup lembut kening Elina lalu dia menutup matanya perlahan.

Elina yang sedikit terganggu mulai menggeliat kecil. Dia membuka matanya perlahan dan pertama yang dia melihat adalah Mikael yang sudah terpejam. Perlahan dia menyentuh lengan lelaki itu hingga Mikael membuka matanya semula.

Elina yang melihat mata Mikael yang kemerahan tergamam. Dia langsung bangun dan menindih tubuh Mikael, memperhatikan wajah Mikael membuatkan lelaki itu tergelak kecil dengan telatah gadis itu.

"Aduh, berat lah. Hey, abang okay je lah... dah, tak payah tengok abang macam tu," Ujar Mikael lantas menangkap tangan kecil Elina yang sudah berada dikedua belah pipinya.

Elina masih tidak percaya bahawa lelaki itu baik-baik saja. Kerana ini adalah kali pertama dia melihat Mikael menangis, jadi bukankah ini sedikit pelik menurutnya?

"Sure? Tapi kenapa abang nangis?" tanya Elina tidak percaya.

"Ya, abang okay sayang... Tadi tu, ada benda happy yang buat abang nangis," Jawab Mikael di akhir tawanya melihat wajah Elina yang comel itu.

"Jangan gelak macam tu, Elina risau tau tak?" Ucap Elina kesal melihat Mikael yang masih dengan sisa tawanya dan menaruh kepalanya di dada Mikael.

"Okay, maafkan abang Tuan Puteri, Tuan Puteri lapar ke?" Soal Mikael sambil mengusap perlahan rambut Elina.

"Sikit, tapi nanti malam lah makan... Dah petang dah pun ni," Jawab Elina sambil membuat pola abstrak di dada Mikael.

Setelah mendengar jawapan dari Si Isteri, Mikael terdiam. Mereka sama-sama diam, Elina yang masih leka bermain jari di dada Mikael sedangkan Mikael yang merasa berbunga-bunga dengan fakta yang baru dia tahu namun dia baru ingat jika Elina kini hanya mempunyai satu buah pinggang.

Kerana perasaan ingin dari semakin bergelonjak, Mikael akhirnya membuka mulut bertanya kepada gadis itu agar memberitahunya tentang kebenaran yang selama ini ditutupinya.

"Elina, boleh abang tanya sesuatu? Tapi abang nak Elina jawab dengan jujur dan please, jangan mengelak." Ujar Mikael dengan nada yang serius.

Elina yang mendengar itu lantas mendongak dan menatap wajah lelaki yang telah bermain rambut panjangnya. Elina hanya mengangguk dan membiarkan lelaki itu bertanya. Mikael yang melihat respon Elina segera menghela nafas dalam.

"Elina ada sorok sesuatu ke dari abang selama ni?" Soal Mikael membuatkan Elina membeku.

Elina bingung, tiada lagi jawapan yang terlintas didalam benaknya. Memang selama ini ada hal yang dia sembunyikan dari Mikael namun dia belum berani mengatakan itu pada lelaki itu. Mikael yang melihat Elina hanya diam membisu menghela nafas berat lalu dia cuba menurunkan tubuh Elina dari atas tubuhnya namun Elina menahan dengan cepat.

"Okay, Elina akan jujur dengan abang," Ucap Elina cepat.

Lebih baik dia jujur sekarang, jika Mikael tahu semuanya dari orang lain dia merasa pada saat itu hubungan mereka akan hancur sehancur-hancurnya. Mikael terdiam menunggu Elina membuka kata.

"Elina rasa Mama dah bagitahu abang pasal operation tu... Ya, memang Elina yang dermakan buah pinggang Elina dekat Papa, Elina buat semua ni dengan rela Elina sendiri, tapi ada satu hal lain yang Elina sorokkan dari abang," Ujar Elina menjelaskan dan berhenti kerana tidak yakin untuk meneruskan kata-katanya.

Mikael yang sedar dengan riaksi wajah isterinya itu lantas mengelus lembut kepala Elina membuatkan Elina menatapnya dan menyakinkan gadis itu untuk meneruskan lagi kata-katanya.

"Apa dia, sayang? Cakaplah, abang takkan marah," Ucap Mikael lembut.

"Masa kita kahwin, sebenarnya... Elina.. tengah cintakan seseorang," Ucap Elina perlahan namun masih dapat didengar Mikael.

Saat ucapan itu terucap di mulut Elina, hati Mikael terasa sakit, namun dia tidak boleh terus menghakimi Elina begitu saja. Lagipun saat itu, dia juga tidak mencintai Elina dan masih memiliki perasaan pada kakak kembarnya bahkan sampai ke saat ini dia masih sukar melupakan gadis itu.

"Oh, siapa lelaki yang beruntung tu?" Tanya Mikael datar menahan emosi.

Dia tidak terima kalau Elina masih mencintai lelaki lain selain dirinya. Namun munafiklah dia, sekarang dia pun masih berharap pada Elisha namun tetap ingin melupakan gadis itu dan mencuba menerima Elina yang sudah sah bergelar isterinya.

"Fa... Fariz," Jawab Elina perlahan.

"Jadi, apa perasaan Elina dekat abang dan Fariz sekarang?" Tanya Mikael lagi.

Dia berharap Elina menjawab, dia sudah tidak mencintai lelaki itu lagi dan mengatakan kalau dia sudah benar-benar mencintai dirinya sahaja.

"Elina sebenarnya masih tak boleh lupakan Fariz, maafkan Elina." Jawab Elina membuatkan nafas Mikael terdengar cemburu.

Mikael tidak bersuara lagi malah dia terus bangun dari tidurnya membuatkan Elina terjatuh dari atas tubuhnya ke ranjang. Mikael segera keluar dari bilik dengan keadaan emosi yang membara.

Elina yang melihat Mikael melangkah pergi begitu saja hanya mampu meminta maaf dalam diam dan menangis tersedu-sedu. Sedangkan Mikael segera menuju ke pejabatnya berniat agar dia bisa menenangkan dirinya di sana.





TIBANYA di pejabat, Mikael menutup pintu pejabat dengan kuat kerana terhasut dengan emosi. Lelaki itu mengeluarkan rokok dan mulai menyalakan sumbu rokok itu.

"Arghh, kenapa? Kenapa dia masih cintakan lelaki itu??!! Ta-tapi aku pun macam tu, aku bukan orang munafik, ya, aku masih cintakan Elisha... Tapi, kenapa bila Elina cakap macamtu, hati aku sakit?!" Ucap Mikael sambil memukul dadanya yang terasa sakit.

Lelaki itu terus menghisap rokok yang ada di tangannya. Dia sudah tidak boleh berfikir dengan waras, namun dia tidak mungkin marah pada Elina di satu sisi dia juga melakukan hal yang sama seperti Elina.

Sudah hampir lima batang rokok dia hisap, namun Mikael belum juga puas dan emosinya mash saja belum tenang. Dia ingin tahu keadaan Elina sekarang, namun dia takut jika Elina tidak memaafkannya jika tahu apa yang dia lakukan.

"Tak apa, mulai sekarang, aku akan betul-betul lupakan Elisha dan terus cuba pikat hati Elina, harus! Tapi, boleh ke? Sampai sekarang pun Elina masih menyematkan nama lelaki itu di dalam hatinya," Ujar Mikael semangat namun kembali datar.

"No! Sekarang, akulah pemenang, aku yang sudah sah jadi suami dia dan aku juga yang selalu ada dengannya... lama-lama dia akan cintakan aku! Aku kena balik dan yakinkan dia," Sambung Mikael lagi dan mematikan puntung rokok itu.

Mikael mengambil nafas dalam-dalam, meredakan sedikit emosi dan segera keluar dari ruang pejabatnya untuk kembali ke bilik. Dia ingin tahu keadaan Elina saat itu.

Selama langkah diatur menuju ke bilik, dia kembali berfikir negatif, kepercayaan dirinya hilang entah kemana. Sekarang dia mengeluh tidak berani. Tibanya di depan pintu bilik, dia menarik nafas dalam dan saat dia ingin membuka pintu, telinga menangkan esak tangis Elina dari dalam.

Dengan panik Mikael membuka pintu bilik dan berlari menuju ke arah Elina yang sedang menangis sambil mengucapkan kata maaf berulang-ulang dan menyebut namanya. Mikael yang mendengar itu lantas memeluk Elina dengan erat.

Mikael tidak menyangka Elina akan menangis hingga seperti ini. Padahal gadis itu tak salah, hanya saja perasaan tidak boleh dipaksakan begitu saja, seperti perasaannya namun dia tetap berusaha mencintai Elina.

"Ma-maafkan Elina, abang, Elina minta maaf..." Rayu Elina kesenggukkan di dalam pelukan Mikael.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now