BAB 29

360 23 3
                                    

SEBULAN sudah berlalu, dan kini tiba harinya untuk Mikael dan Elina membuat pemeriksaan kesuburan mereka buat kali kedua. Selama sebulan ini, Mikael hanya menurut apa yang diinginkan Elina.

Ya, selama jadual waktunya diatur oleh Elina, Mikael lebih banyak merehatkan diri dan kerana senaman yang dibuatnya setiap hari dengan waktu yang tidak terlalu lama juga membuahkan hasil.

Tubuhnya terasa jauh lebih segar dari sebelumnya. Sekarang Mikael sedang menunggu Elina yang masih bersiap di dalam bilik. Dia menunggu gadis itu di ruang tamu yang ditemani dengan secawan kopi. Mikael memilih untuk bermain telefonnya kerana Elina tidak kunjung tiba lagi.

"Huff, kenapa eh perempuan selalu bersiap lama?" Soal Mikael entah pada siapa.

"Mestilah lama, dia nak pastikan penampilan dia perfect supaya menarik dan mendapat pujian dari pasangan mereka," Jawab Puan Suraya yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"Ish, takkanlah sampai macamtu sekali? Kenapa perempuan susah nak jangka?" Soal Mikae lagi setelah ibunya mengambil tempat di hadapan dia.

"Ya, sebab perempuan ni sukakan perhatian yang lebih dari pasangan dia. Kalau abang nak tahu, perempuan jadi macam tu sebab dia mencari cara supaya suami mereka ni melekat aje kat rumah, satu hal yang macam senang, tapi susah sangat nak terjadi." Bukan Puan Suraya yang menjawab melainkan Elina dan diangguk oleh Puan Suraya.

"Ya. Tepat sekali. Perkara yang senang, tapi sangat susah terjadi. Sebab kat luar sana tu banyak perempuan yang lebih mempersona dari pasangan mereka sendiri, tapi jika difikirkan semula saat-saat kamu bersama, waktu susah dan senang yang ada dengan kamu waktu itu adalah pasangan kamu, rasa-rasa Mikael akan berpaling juga ke?" Ucap Puan Suraya lalu bertanya pada anak lelakinya itu.

Mikae terdiam. Dia baru sedar akan sesuatu fakta iaitu seorang isteri juga memiliki tugas yang berat. Yang dia tahu tugas berat yang dilakukan oleh seorang isteri adalah membersihkan rumah, melayan suami dan anak-anak. Namun, masih terdapat banyak perkara yang lebih sulit iaitu bagaimana cara untuk membuat para suami tetap rindukan rumah.

"Kalau Mika, Mika akan pilih pasangan Mika lah. Sebab dia yang sudah menemani Mika dari susah hinggalah Mika ada semuanya, tapi Mika tak tahu pulak dengan lelaki kat luar sana tu. Entah apa yang mereka fikir akan sama atau tidak," Jawab Mikael matang.

Puan Suraya tersenyum mendengar itu. Mikael sudah benar-benar mirip dengan ayahnya, selalu memegang teguh pada pendirian. Kerana terlalu leka berbual, mereka hampir lupa jika harus ke hospital.

"Eh aduh, Abang jom dah lewat ni." Ujar Elina panik setelah melihat jam.

Mikael yang mendengar itu langsung melihat jam ditangannya. Ya, mereka hampir terlewat untuk temujanji itu.

"Okaylah ma, nanti sambung lagi." Ucap Mikael mengakhiri perbualan mereka.

"Ya okay, mama doakan semuanya baik-baik saja nanti." Sahut Puan Suraya berharap.

Mikael dan Elina mengangguk lalu mereka segera pergi dari ruang tamu dan langsung menuju ke arah kereta Mikael. Selama sebulan ini, Mikael sudah banyak berubah. Dia lebih romantik pada Elina dan tidak pernah melakukan perbuatan kasar lagi pada gadis itu.

Elina juga, setelah dinasihati oleh Puan Suraya dan bertindak lebih berhati-hati semasa berbincang dengan Mikael. Selama sebulan itu, hampir mereka tidak ada apa-apa konflik berat meskipun ada, mereka akan menyelesaikan itu dengan kepala dingin.

Contohnya, apa yang sedang berlaku sekarang. Mikael membukakan pintu kereta untuk Elina dan meletakkan tapak tangannya tepat di atas kepala Elina agar gadis itu tidak terhantuk pada kereta.

Setelah Elina masuk, Mikael juga lantas masuk ke dalam kereta dan terus memacu keretanya menuju ke hospital. Selama perjalanan mereka, tiada seorang pun antara mereka yang bersuara.

Lebih tepatnya lagi, Mikael hanya fokus pada pemanduannya sedangkan Elina bermain dengan tangan kiri Mikael yang menggenggam tangannya. Elina merasa gugup di sepanjan jalan, dia takut jika hal bulan lalu terjadi lagi.

"Kenapa sayang?" Soal Mikael melihat Elina yang sesekali menghela nafas panjang.

"Erm, Elina cuma risau kalau-kalau result hari ini tak sesuai dengan apa yang kita harapkan." Jawab Elina sambil menatap Mikael yang tersenyum tawar.

"Tak ada apalah sayang, kalau bulan ni gagal lagi... kitakan masih ada bulan depan, jangan patah semangat okay? Mama nak cucu sangat dah tu." Ujar Mikael membuatkan Elina kembali tersenyum.

Ya, memang betul. Puan Suraya sudah sangat menginginkan cucu. Lebih-lebih lagi dia hanya memiliki dua orang anak iaitu Mikael dan Aira yang sudah berada di peringkat universiti. Mikael memandang wajah Elina yang sudah kelbali ceria merasa senang.

Dia juga sudah menantikan kehadiran malaikat kecil dalam keluarga kecilnya. Dia memang sudah berniat setelah menikah dia akan cepat-cepat punya anak dan tidak menunda hal itu lagi. Namun jika memang Tuhan belum memberikan rezeki itu, mereka hanya mampu memohon doa dan terus berusaha sahaja.


TIDAK lama kemudian, mereka tiba di hospital. Mikael mencari ruang kosong untuk memarkirkan keretanya, dan setelah dia mendapatkan parking dia turun terlebih dahulu untuk membuka pintu untuk Elina.

Setelah mereka masuk ke dalam hospital. Elina menelan liurnya saat melihat keadaan hospital yang dipenuhi dengan ramai orang, mungkin kerana banyak ibu hamil yang perlu hadir temujanji. Elina melihat para ibu hamil tersebut dengan tersenyum sambil memegang perutnya yang kempis.

Mikael yang melihat itu segera menarik tubuh Elina supaya lebih dekat dengannya dan mendekatkan wajahnya ke telinga Elina sambil berjalan menuju ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor giliran.

"Nanti perut Elina pun akan besar macam tu jugak, jadi tetap semangat dan berusaha," Bisik Mikael perlahan.

"Ya, Elina tahu." Jawab Elina.

Setelah selesai membuat pendaftaran dan mendapatkan nombor giliran, mereka segera menuju ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk lelaki. Tibanya di tempat itu, ternyata ramai juga orang yang hendak membuat pemeriksaan yang sama dengan Mikael.

Kerana tempat menunggu tidak terlalu banyak dan hanya tersisa satu tempat duduk saja, Mikael menyuruh Elina untuk duduk dan dia berdiri di samping gadis itu, berjaga-jaga takut ada yang cuba menggoda gadisnya itu.

"Ramai kan hari ni, tak macam bulan lepas." Ucap Elina perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinga Mikael.

"Haah, ramai. Maybe new married atau belum kahwin lagi untuk check fertility." Sahut Mikael.

Seorang demi seorang dari mereka mula masuk ke dalam ruang pemeriksaan dan keluar secara bergilir-gilir. Hingga sudah semuanya dan kini sudah tiba giliran Mikael yang melakukan pemeriksaannya.

Nama Mikael dipanggil dan mereka berdua masuk ke ruang pemeriksaan. Seperti biasa Elina akan menunggu di tempat doktor sedangkan Mikael menjalankan prosedur pemeriksaan.

Selang beberapa minit, pemeriksaan juga berjalan dengan sangat lancar, namun memang agak sedikit lama. Setelah selesai semua prosedur, Mikael kembali ke tempat di mana Elina menunggunya.

Saat dia tiba di dekat Elina, Mikael segera mengambil tempat disamping Elina dan menguncup lembut kening gadis itu. Elina yang melihat Mikael kembali tersenyum.

"Okay tak tadi?" Soal Elina.

"Okay je, cuma macam biasalah agak sakit sikit," Jawab Mikael membuatkan Elina tergelak kecil.

Lalu saat mereka bercanda, doktor datang membuatkan mereka diam dan siap untuk mendengarkan penjelasan dari doktor yang sudah membuat pemeriksaan ke atas Mikael.

"Macam mana hasil dia doktor?" Soal Mikael setelah doktor duduk di atas kerusinya.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now