BAB 9

447 19 1
                                    

JAM sudah menunjukkan pukul lima setengah petang, dan Elina sedari tadi hanya mundar-mandir di dalam bilik dengan perasaan risau dan takut bercampur. Entah apa yang akan jadi nanti bila Mikael dan mamanya bersua, sekejap lagi Mikael akan pulang dari pejabatnya.

"Huh, semoga dia tak setuju dengan idea gila ni! Kalau dia setuju, susahlah aku nak keluar dari keluarga ni! Dan yang pastinya perjanjian tu takkan berjaya," gumam Elina lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

Selang beberapa minit ngauman kereta menyapa telinga Elina, dia langsung berlari menuju ke balkoni bilik dan melihat siapa yang datang. Tepat setelah kereta itu terparkir, sosok yang memandu kereta itu turun. Saat mengetahui bahawa Mikael sudah pulang Elina menjadi semakin gemuruh.

Sedang Mikael yang baru tiba tidak mengetahui kalau mamanya ada dirumahnya, dia bergegas masuk dan langsung menuju ke bilik dan melalui ruang tamu tanpa berpaling ke arah mamanya yang sedang duduk di sofa.

Puan Suraya hanya melihat anaknya yang tidak menyedari kehadirannya hanya menggeleng dan menganggap kalau pengantin baru yang tidak boleh berenggang lama.

Tibanya di bilik, sosok pertama yang Mikael cari adalah Elina, Elina yang ralit dengan ais krim tanpa dia tahu kalau Elina mengambil ais krim agar lelaki itu tidak menghidu rasa gemuruhnya tika itu.

"Kau dah siapkan air panas untuk aku mandi?" Tanya Mikael sambil membuka kotnya.

Elina hanya menoleh dan mengangguk sahaja, Mikael hanya diam dan langsung menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan meregangkan otot-otot yang sudah lenguh.

Elina menunggu, namun kerisauannya sudah mula menghilang kalau nanti Mikael bersetuju dengan rancangan mamanya dia mungkin hanya mampu pasrah menerimanya, walaupun pernikahan mereka tiada cinta.

Selang beberapa minit Mikael keluar dari bilik air dan terus menuju ke katil untuk mengambil pakaiannya. Setelah selesai Mikael dan Elina turun bersama untuk makan.

Tiba di bawah, Mikael baru sedar mamanya ada di rumah. Puan Suraya sudah duduk di meja makan sambil menunggu mereka berdua.

Mikael tidak mempedulikan mamanya, dia duduk dan menunggu Elina menyediakan makanan untuknya. Elina duduk di sebelah Mikael.

Puan Suraya yakin kalau Elina mengerjakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, namun dia juga tahu kalau Elina dan Mikael masih belum saling mencintai dan hanya dengan cara yang dirancang itu mereka akan semakin rapat dan Mikael akan melupakan Elisha yang jelas sanggup meninggalkan Mikael untuk mencapai impiannya.

Jujur, Puan Suraya langsung tidak berkecil hati saat Elisha memilih untuk mengejar cita-citanya, malah dia senang kerana dia dijauhkan dari menantu yang tidak menghormati orang tua dan memperlekehkan kekasihnya sendiri.

Usai makan, tiada seorang pun yang berganjak dari meja makan. Mikael masih diam kerana ingin tahu apa tujuan mamanya datang kerumahnya.

"Jadi, mama datang ni sebab mama nak kamu berdua buat Pregnancy Program," Ujar Puan Suraya yang membuat Mikael sedikit tersedak air yang sedang diminumnya.

"Apa? Mika tak nak buat! Mama tahu kan yang kami kahwin ni pun atas sebab terpaksa!" Tolak Mikael mentah-mentah.

"Mama tak nak ada bantahan! Elina pun dah setuju!" Begitu juga dengan mamanya yang tidak menerima apa-apa bantahan dari anak lelakinya.

"Ikut mama lah! Elina kau pergi naik dulu, aku ada benda nak bincang dengan mama," Ucap Mikael dengan kesal dan menyuruh Elina pergi.

Elina mengangguk lantas dia bingkas dari kerusi dan meninggalkan meja makan, dia tidak menyangka Mikael akan bersetuju dengan cepat dan hanya sedikit berdebat dengan mamanya.

Setelah dia memastikan Elina sudah benar-benar tiada disitu, Mikael merenung wajah mamanya. Sedangkan Puan Suraya menyambung menyuap makanan ke mulut.

"Kenapa mama nak sangat Mika terima dia? Sampai mama nak kami buat benda ni?" Tanya Mikael ingin tahu.

"Mika tak perlu tahu," Jawab Puan Suraya tenang.

"Mama! Kenapa? Kenapa mama lebih sukakan Elina ? Mama sendiri tahu Mika sayangkan Elisha!" Tanya Mikael yang tak habis fikir.

"Mama rasa Mika dah kenal perangai Elisha macam mana, kan? Kenapa mama pilih Elina? Sebab dia yang selamatkan papa!" Jawab Puan Suraya sambil menatap mata Mikael dengan tajam.

"Apa? Maksud mama apa? Penyelamat? Mika tak faham." Mikael bingung.

"Belum tiba masa lagi untuk Mika tahu, mama nak balik!" Sahut Puan Suraya lalu bingkas dari meja makan meninggalkan Mikael kebingungan tanpa jawapan.

"Apa benda ni? Apa yang aku tak tahu? Maklumat pasal Elina haritu sikit pun tak terlepas. Mama sembunyikan apa dari aku? Arghh!! Serabut!" Gumam Mikael sendiri.

Mikael lantas bangun dari kerusi dan menuju ke Gym yang ada di rumah mewahnya, dia bertindak begitu semata-mata untuk melepaskan rasa kesalnya dengan keputusan mamanya dan juga teka teki yang sama sekali dia tak pernah tahu. Kemalangan? Papa? Penyelamat? Elina? Dia bingung dengan semua itu.

Berapa banyak rahsia yang disorokkan oleh ibunya? Bahkan hal ini juga ada sangkut pautnya dengan Elina. Dia tidak tahu langsung soal ini semua? Apa ini semua sengaja diberitahu atau memang dia tidak pernah bertanya ?

Ahh sudahlah! Mikael masih memikirkan hal itu sambil mengatur langkah ke ruang Gym tanpa dia ambil tahu keadaan Elina kini.



USAI makan, Mikael mengarahnya untuk masuk ke bilik dan itu membuatkan Elina rasa runsing. Dia tergamam saat Mikael terus bersetuju dengan bantahan itu tadi.

Sekarang Elina hanya mampu menunggu Mikael untuk meminta penjelasan kenapa dia bersetuju dengan permintaan mamanya tanpa ada apa-apa bantahan lagi.

Elina mundar mandir di dalam bilik menunggu sosok tubuh Mikael tiba, yang hampir sudah hampir tiga jam dia menunggu lelaki itu. Tadi Elina sempat melihat kereta milik keluarga Dato Affendi sudah pergi yang bermakna ibu mertuanya sudah pulang namun tidak pula dia tahu kemana Mikael pergi.

"Ish, mana pulak dia ni? Aku dah ngantuk ni, takkan nak kena tunggu lagi?" Gumam Elina pada dirinya sendiri.

"Ah sudahlah, baik aku tidur je. Esok jelah bincang dengan dia," Ucap Elina lagi.

Elina lantas berjalan menuju ke katil dan merebahkan diri di situ dengan posisi telentang, saat dia mencuba untuk memejamkan mata dia malah tidak boleh tidur.

Elina berguling-guling di atas katil berharap dia cepat terlena namun tetap saja dia tidak dapat memejamkan matanya walaupun dia merasa mengantuk. Dia masih memikirkan apa alasan yang menyebabkan Mikael terus menerima permintaan itu. Elina ingin tahu.

"Okay Elina, tenangkan fikiran kau. Jom tidur sebab dah malam." Ucap Elina.

Lalu dia kembali merebahkan dirinya dan kembali menutup matanya namun hasilnya tetap saja sama dia tetap tak dapat tidur dan hanya berguling-guling di atas katil.

ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now