ELINA menyanggul rambutnya lalu segera keluar dari bilik membiarkan Mikael yang masih lena dibuai mimpi. Dia sudah siap meletakkan semua keperluan Mikael untuk ke pejabat di atas kerusi sofa.
Elina turun dari tingkat dua dan langsung menuju ke dapur. Dia meminta pembantu rumah dan tukang masak yang diupah dirumah mertuanya itu untuk meninggalkan dia sendirian didapur.
Elina sudah berniat untuk membuat sarapan pada pagi ini. Dia cuma membuat waffle yang tukang masak itu sudah memang mahu membuatnya, cuma dia hanya menyambung kerja tukang masak itu sahaja.
Setelah lumayan lama dia bertukang didapur, Elina segera meletakkan makanan di atas piring dan membawanya ke ruang makan. Di saat dia meletakkan piring itu di atas meja makan, Puan Suraya dan suaminya tiba.
Puan Suraya tersenyum melihat Elina yang sangat rajin, padahal di rumah mereka sudah tersedia dengan pembantu dan tukang masak yang sangat hebat untuk memasak dirumah mereka.
"Elina yang buat ke ni?" Soal Puan Suraya sambil mengambil tempat di meja makan.
"Haah ma, Elina cuba-cuba je ni." Balas Elina sambil tersenyum segan.
"Rajinnya menantu papa ni, kan dah ada chef Izuan. Kenapa Elina pula yang masak?" Ujar Dato Affendi.
"Tak apa, Elina cuma rasa nak masak je hari ni.. sekali rasa nak asah bakat memasak Elina, mama boleh tolong Elina tak?" Sahut Elina meminta bantuan ibu mertuanya.
Puan Suraya tersenyum, sudah tentu dia sangat setuju. Dia mengangguk lalu mulai menyiapkan makanan untuk suaminya.
"Elina nak naik atas kejap, takut Mikael tak bangun lagi." Ucap Elina meminta diri. Kedua mertuanya itu hanya menganggukkan kepala.
ELINA segera kembali menuju ke bilik untuk melihat Mikael. Tibanya dia di depan pintu, dia melihat Mikael masih berada di atas katil namun lelaki itu sudah menggeliatkan tubuhnya menandakan lelaki itu sudah bangun dari tidurnya.
Mikael yang sedang meregangkan otot-ototnya yang terasa agak lenguh. Dia melihat Elina yang masuk dan menyuruh Elina untuk mendekat ke arahnya. Elina yang dipanggil segera mendekat dan melabuhkan punggungnya disamping Mikael.
Setelah gadis itu duduk, Mikael segera memeluk tubuh Elina dari sisi. Elina terpaku diam dan membiarkan Mikael puas memeluknya. Mikael hanya diam dan memeluk Elina dengan sisa mengantuknya.
"Lepas dah puas peluk Elina, abang mandi okay?" ujar Elina setelah lama berdiam.
Mikael tidak bersuara justeru dia semakin mengeratkan pelukannya pada pinggang ramping Elina. Elina hanya mampu menghela nafas, dia ingin meleraikan pelukan Mikael namun niatnya terbatal apabila lelaki itu tiba-tiba bersuara.
"Elina," Panggil Mikael perlahan.
"Hm?"
"Semalam abang terjumpa dia, abang tak bagitahu Elina sebab takut kacau mood Elina," Ujar Mikael perlahan namun masih dapat didengari oleh Elina.
"Jadi dia memang betul dah balik?" Elina bertanya.
"Dia cakap dekat abang yang dia akan datang semula dekat abang lepas dia dah berjaya capai cita-cita dia," Lanjut Mikael lagi.
"Habistu abang jawab apa?" Tanya Elina sambil tersenyum mencuba untuk tidak menunjukkan rasa cemburunya.
"Abang cakap lah yang abang dah ada Elina, kalau dia tak tinggalkan abang, abang takkan cakap macamtu dekat dia." Jawab Mikael.
Elina yang mendengar jawapan dari Mikael merasa hatinya seperti ditusuk dengan pisau yang tajam. Elina cuba untuk tetap tersenyum menahan tangis. Dia tahu bahawa dirinya hanyalah seorang pengganti tapi tetap saja pernyataan Mikael waktu itu membuatnya percaya yang Mikael akan membuka hati untuknya.
"Tapi, kalaulah abang jumpa Elina dulu sebelum jumpa dia, abang akan pilih Elina, abang takkan sia-siakan berlian semata-mata untuk batu sungai," Sambung Mikael lagi membuatkan Elina merasa terharu.
Dia tidak menyangka Mikael akan berkata begitu padanya, dia tidak menyangka Mikael menganggapnya seperti berlian. Tapi apa yang membuatkan Mikael berfikir begitu?
"Kenapa abang cakap macamtu?" Soal Elina ingin tahu.
Mikael tersenyum lalu mencium pipi Elina. Lelaki itu melepaskan pelukannya dan menarik Elina untuk duduk mengadapnya. Mikael memegang kedua pipi Elina dan menyatukan hidungnya dengan hidung Elina.
"Nak tahu? Sebab abang suka perempuan yang bersifat lain dari yang lain. So, thats why lah abang anggap Elina ni berlian. Elina tak layak bertanding dengan perempuan kat luar sana tu, mereka cuma obses dengan impian mereka. Sedangkan Elina si buah hati abang ni, sanggup korbankan semuanya demi keluarga kecil kita ni." Ujar Mikael sedikit menjauhkan wajahnya dari wajah Elina.
"Keluarga kecil kita memang belum sempurna lagi, tapi lepas ada malaikat kecil dalam rahim Elina ni keluarga kecil kita akan jadi sempurna," Sambung Mikael dengan bersemangat membuatkan Elina menahan sebaknya dan pada akhirnya air matanya gugur juga.
"Ah, kenapa abang cakap pasal tu? Ya, insya Allah nanti kita akan ada malaikat kecil tu," Ucap Elina tersedu menahan sebak.
Mikael hanya tersenyum dan menggeleng melihat Elina yang menangis. Lelaki itu menyeka air mata yang mengalir di pipi Elina dan memeluk gadis itu untuk menenangkannya.
"Dah, janganlah nangis lagi. Elina kan buah hati abang. Abang nak mandi ni, nanti lewat pulak masuk office."
Elina memukul perlahan dada bidang Mikael membuatkan Mikael tertawa geli melihat wajah kesal yang kemerahan Elina. Oleh kerana dia sudah agak terlewat untuk ke pejabat, Mikael segera turun dari katil dan bergegas menuju ke bilik air untuk mandi.
Sedangkan Elina langsung merapikan tempat tidur yang agak berantakkan. Dia tersenyum senang masih tidak percaya Mikael yang dulunya sangat membenci dirinya kini sudah berubah menjadi seorang suami yang sangat romantik.
"Semoga semua ini perkara yang baik, dan semoga Elisha cepat dapat pengganti Mikael. Aku bukan perampas tapi ini juga berpunca dari dia yang memilih untuk pergi meninggalkan Mikael dan membiarkan aku menjadi pengganti, tidak salahkan kalau aku nak pertahankan rumah tangga aku dan orang yang aku cintai?" Gumam Elina dan bertanya pada dirinya sendiri.
Mikael sudah siap mandi dan keluar dari bilik air dengan hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Elina seperti biasa akan membantu Mikael memakai pakaiannya.
Sudah menjadi rutin wajib baginya setelah menikah dengan Mikael setiap pagi mahupun malam dia akan membantu Mikael memakai dan melepaskan pakaian Mikael, Mikael juga tidak mempermasalahkan itu malah dia seperti anak kecil yang tidak tahu membuatnya sendiri.
Usai merapikan pakaian di tubuh tegap lelaki itu, Elina mengambil beg kerja Mikael dan memberikannya pada lelaki itu. Setelah itu mereka berpegangan tangan keluar dari bilik.
Elina selalu menghantar suaminya sampai di depan pintu keluar. Kedua orang tua Mikael yang melihat kemesraan mereka merasa sangat bahagia. Dengan begitu, cepat atau lambat Mikael akan melupakan perempuan itu.
Tibanya di luar, Elina kembali merapikan pakaian Mikael. Dia menyalami tangan Mikael dan disertakan dengan kucupan lembut di ubun-ubun Elina oleh Mikael.
"Hati-hati tau abang, Elina tunggu abang kat rumah." Ucap Elina.
"Ya, see you tonight buah hati abang!" Sahut Mikaek dan segera menuju ke keretanya.
Mikael masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Elina masih berdiam diri di depan pintu menunggu kereta suaminya itu pergi meninggalkan perkarangan rumah dahulu baru dia masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...