"MACAM mana hasil dia doktor?" Soal Mikael setelah doktor duduk di atas kerusinya.
Doktor tidak terus menjawab pertanyaan Mikael, melainkan dia mengetik keyboard komputernya, dah setelah itu dia memutarkan layar komputernya menghadap ke arah Mikael dan Elina yang menanti jawapan darinya.
"Percent meningkat dari 40% kepada 60%, kalau macam ni mungkin dalam tiga bulan kedepan isteri Encik Mikael sudah boleh mengandung tapi perlu tetap follow prosedur program kehamilan," ujar doktor menjelaskan membuatkan kedua mereka merasa senang.
"Betul ke? Kalau macam tu apa prosedurnya?" Soal Mikael mula masuk ke tajuk.
"Sebenarnya, saya bukan pakar bahagian kandungan, tapi yang saya tahu... selama tiga bulan kedepan cuba berhubungan badan setelah dua minggu terakhir isteri Encik datang bulan dan kalau boleh janganlah lakukan setiap hari melainkan dua hari sekali. Dan jika dalam tiga bulan itu masih tak ada hasilnya, kamu berdua boleh cuba buat bayi tabung. Kalau boleh rujuklah pada pakar." Ujar doktor menjelaskan.
Ya, mereka terlalu gembira hingga mereka lupa doktor yang ada di hadapan mereka itu bukanlah doktor yang pakar di bahagian kehamilan. Namun apa yang dijelaskan oleh beliau ada persamaan dengan apa yang ibunya katakan dulu.
"Baiklah kalau macamtu, maaf sebab bertanya diluar kepakaran doktor," ucap Mikael lalu dibalas dengan anggukkan dari lelaki itu.
"Terima kasih, kami minta diri dulu." Pamit Mikael dan bangun dari duduknya untuk bersalaman dengan doktor lantas dia mengajak Elina untuk pergi.
Setelah mendapatkan hasil pemeriksaan dari pembantu perawatan, mereka segera keluar dari hospital dengan saling tersenyum manis. Usaha mereka selama sebulan membuahkan hasil, dan mereka siap untuk melakukan apa-apa prosedur untuk mendapatkan anak.
Mikael menggenggam tangan Elina dengan erat begitu juga dengan Elina. Dia senang kerana insan yang bergelar isterinya adalah Elina Dhara. Seorang gadis yang sangat memahaminya dan mungkin jika tiada gadis itu disisinya mungkin dia akan sulit untuk mengatur masanya sendiri.
"Sayang, terima kasih sebab dah tolong abang sebulan ni," ucap Mikael tiba-tiba setelah mereka sampai di parkiran kereta.
Elina menatap wajah Mikael lalu dia tersenyum, dia memeluk Mikael tiba-tiba membuatkan lelaki itu terkejut namun langsung membalas pelukan Elina.
"Tak ada masalah, dah memang tugas Elina sebagai isteri abang. Sekarang ni ada satu je lagi masalah..." Ujar Elina membuatkan Mikael segera melepaskan pelukan dan memandang ke arah Elina.
"Kenapa? Sayang sakit ke?" Soal Mikael sedikit cemas.
"Elina lapar, boleh tak kalau abang bawak Elina pergi makan ikan bakar yang haritu," Ucap Elina tersengih membuatkan Mikael segera melepaskan keluhan.
Padahal belum berginjak ke jam makan tengah hari, namun Elina sudah mengadu dia kelaparan. Mungkin kesan daripada rasa gugup tadi maka sekarang dia merasa lapar. Elina memegang lengan Mikael dan menatap harap pada Mikael membuatkan Mikael tidak mampu menolak permintaan gadis itu.
"Yelah, kita makan kat sana, okay? Jangan lah tengok abang macamtu, nampak macam abang tengah marah budak kecil." Ucap Mikael sambil mengusap lembut kepala Elina.
Elina yang mendengar itu lantas tersenyum lebar, dia kembali mahu memeluk Mikael namun Mikael dengan cepat menahan dengan menolak tubuh Elina untuk masuk ke dalam kereta. Kerana separuh dari tubuh Mikael sudah masuk ke dalam kereta, Elina mengambil kesempatan untuk mencium pipi lelaki itu.
"Dah, jangan nak peluk abang lagi. Kat sini ramai orang, nak peluk kat rumah nanti." Ucap Mikael dan keluar dari bahagian duduk Elina lalu masuk ke dalam kereta bahagian pemandu.
Setelah kereta milik Mikael mula meninggalkan kawasan hospital dan menuju ke tempat dimana Elina mahukan. Elina mengusap bibirnya dengan perlahan dadanya diserang rasa degupan yang sangat kencang.
Padahal dia memang sudah terbiasa jika diperlakukan begitu oleh Mikael, namun tetap saja rasa malu itu ada. Mikael yang melihat wajah Elina kemerahan itu tersenyum lalu memberikan tangan kirinya pada Elina.
Pada kebiasaanya, saat dia sedang memandu kereta ataupun sedang berdua-duaan dengan Elina, Elina paling suka bermain dengan tangan Mikael. Kerana kebiasaan Elina itu membuatkan dia tahu kalau Elina tengah tak ada kerja seperti bermain dengan tangannya sekarang.
Kadang tu, Elina suka menggigit tangan Mikael membuatkan Mikael dengan cepat hafal tingkah nakal isterinya itu. Elina memainkan tangan Mikael terkadang dia mengambil gambar dan dimasukkan ke dalam sosial media miliknya.
Tanpa Elina sedari apa yang dia lakukan membuat seseorang yang terus memperhatikan hubungan mesra mereka dari jauh geram dan cemburu.
Mereka sudah sampai di tempat tujuan mereka. Kerana sudah sampai Elina segera turun dari kereta meninggalkan Mikael.
Mikael yang baru turun dari kereta hampir kehilangan jejak Elina yang sangat lincah, jika dia tidak cepat-cepat menyusul gadis itu mungkin dia akan kebingungan mencari Elina yang bertubuh kecil itu.
USAI makan mereka berdua tidak langsung pergi dari restoran itu. Lebih tepatnya Elina tidak mahu terus pulang kerana dia merasa kekeyangan dan malas berjalan.
"Sayang, lepas ni nak pergi mana? Jangan nak cakap malas berjalan, eh!" Tanya Mikael tidak habis pikir dengan Elina yang makan banyak.
"Erm, Elina nak pergi pantai. Abang ada masa tak?" Jawab Elina.
"Kalau abang tak ada masa takkanlah abang tanya pulak kan?" Sahut Mikael menggelengkan kepalanya.
Sedangkan Elina hanya mengeluh. Lalu kerana merasa perutnya sudah terlalu senak akibat terlalu kenyang, Elina dan Mikael segera meninggalkan tempat itu sebelum pergi Mikael membayar makanan yang mereka pesan tadi.
Setelah itu, mereka kembali ke kereta dan segera meninggalkan restoran dan menuju ke pantai tempat yang ingin dikunjungi oleh Elina.
Sudah agak lama dia tidak berkunjung ke pantai, terakhir kali dia kesini sebulan yang lalu kalau tak salah. Memerlukan waktu yang lumayan lama untuk sampai di pantai kerana jarak restoran menuju pantai cukup jauh.
"Kenapa sayang suka pergi pantai?" Tanya Mikael.
"Saje, dah lama tak pergi sana... lagipun abang kan tak busy harini." Jawab Elina masih asyik bermain dengan jemari Mikael.
"Tapi waktu sekarang ni panas, sayang. Nanti kalau hitam abang tak tanggungjawab." Usik Mikael.
"Eleh, tak ada masalah lah bagi Elina. Kalau kulit hitam nanti Elina stay rumah lama-lama putih balik," Jawab Elina dengan tenang.
Mikael menghela nafas. Kalau memang sudah sangat ingin Elina mana boleh bahas lagi keputusannya itu. Jadi mahu tak mahu dia wajib laksanakan. Awalnya Mikael ingin menolak kerana cuaca yang terik namun Elina berkata ingin tetap pergi jadi dia hanya mampu menurut apa kata bigbossnya itu.
Kerana perjalanan yang masih lama, Elina yang kekenyangan itu mula berasa mengantuk. Gadis itu dalam beberapa detik sudah tertidur, dia sudah menjelajahi dunia mimpi. Mikael yang melihat itu hanya menggeleng lalu menepikan keretanya.
Dia mengambil bantal leher dan meletakkan pada leher Elina, lalu dia menurunkan seat kereta agar Elina tidur dengan selesa. Nanti setelah mereka sampai di pantai dia akan membangunkannya.
"Dasar cengeng, tapi tetap cantik," gumam Mikael lalu menguncup perlahan kening Elina dan kembali menlanjutkan perjalanan menuju pantai. Sebenarnya dari jarak sekarang mereka akan sampai cepat namun kerana agak sesak jadi akan sedikit lama masa.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...