SELESAI sarapan, beberapa saudara dari keluarga besar Dato Affendi pulang namun beberapa orang sepupu lelaki dan perempuan Mikael ramai yang tidak ikut pulang.
Seperti sekarang, mereka saling berborak di dalam kolam renang ramai sepupu perempuan Mikael yang menyukai Elina dek kerana sikapnya yang humble dan tidak sombong seperti Elisha.
"Sayang kan kau ni cuma isteri gantian, jangan haraplah yang Abang Mika tu akan cintakan kau," ucap salah satu sepupu perempuan Mikael yang tidak menyukai kehadiran Elina sebagai isteri Mikael.
"Tak apa, daripada kau yang menaruh harapan dekat Mika padahal korang dua sepupu, lebih murah siapa ek?" Balas Elina dengan senyuman sinis.
"Haha, dah biarkan aje lah dia ni, dia memang dengki pun sebab Mika ada isteri yang cantik dari dia." Lerai seorang gadis yang lain.
"Nama aku, Aira. Lupa pulak nak kenalkan diri tadi," ujarnya lagi.
"Ah ya, aku Elina," Jawab Elina dengan senyuman.
Sungguh para sepupu Mikael banyak yang kelakar dan mesra, dia fikir bahawa dia akan mengasingkan diri setelah menikah dengan Mikael namun firasat itu merupakan firasat yang salah.
Elina dan yang lain terus berbual begitu juga dengan Mikael, sambil berbual dengan sepupu lelakinya namun sesekali dia mengerling ke arah Elina takut-takut Elina mempengaruhi sepupunya dan membuat sesuatu yang jahat.
Sedangkan Amira yang tadi sempat menghina Elina sedang menatap kesal ke arah Elina yang mudah sekali rapat dengan sepupu Mikael yang lain bahkan Aira, adik bongsu Mikael juga turut senang dengan kehadiran Elina di dalam keluarga itu.
Bahkan dia terus diperhatikan oleh Mikael membuatnya cemburu, dan sekarang dia cukup menjauh dan merancangkan sesuatu sambil menatap tajam ke arah Elina.
Amira memang menyimpan perasaan terhadap Mikael sejak dari dulu lagi walaupun dia tahu Mikael itu merupakan sepupunya sendiri, bahkan Amira juga berani mengatakan cintanya kepada Mikael dan mengajak Mikael berkahwin namun Mikael menolak membuatkan dia selalu menjauhkan ramai perempuan yang dekat dengan Mikael.
Contohnya dengan mengugut atau menyerang perempuan itu dengan mempermalukan mereka didepan khalayak ramai hingga membuat perempuan itu tidak ingin mendekati Mikael lagi.
Saat semuanya sudah semakin mendekat ke arah kolam renang, dan dengan beruntungnya Amira tika itu Elina berdiri tepat dipinggir kolam, dengan jalan yang anggun Amira menghampiri mereka dan menyenggol bahu Elina dengan sengaja hingga Elina terjatuh ke dalam air, lalu dia memasang muka tidak bersalah seakan dia tidak sengaja menyenggol Elina hingga terjatuh ke dalam air.
"Elina!" teriak Aira, bahkan Mikael sampai berdiri dan berlari menghampiri tempat jatuhnya Elina.
"Opps maaf, Mira tak sengaja tertolak Elina tadi," Ucapnya dengan senyum yang sumbing.
Elina tidak memperdulikan ucapan Amira, dia lantas berdiri di pinggir kolam tanpa berniat untuk naik, sedangkan para sepupu Mikael sudah kesal dengan Amira tapi Amira tidak peduli dan menunggu jika Mikael datang membantu Elina atau tidak.
Mikael langsung menghampiri Elina yang masih di dalam air dengan keadaan yang sedikit menggigil kesejukkan.
"Elina, cepat naik. Kenapa kau duduk dalam air lagi?" Tanya Mikael kesal.
Elina tidak menjawab, dia malah melihat ke arah bawah dan Mikael turut memandang ke bawah, dia mengerti dan menyuruh adiknya untuk mengambil tuala. Lantas dia membantu isterinya naik ke atas.
Amira ternganga tidak menyangka bahawa Mikael akan bertindak begitu bahkan setelah Elina berjaya naik ke atas tubuh itu segera dipeluk oleh Mikael agar tidak kesejukkan dan bentuk tubuhnya itu langsung tidak terlihat oleh sepupu lelakinya yang lain dek kerana terhalang oleh dakapan Mikael saat itu.
Saat tuala tiba dengan pantas Mikael melilit tuala itu ke tubuh Elina dan langsung mendukung Elina untuk dibawa ke bilik.
"MACAM mana kau boleh jatuh, ha?" Tanya Mikael saat sudah berada di dalam bilik.
"Kenapa tanya saya, tanyalah sepupu awak tu!" jawab Elina sambil melangkah menuju ke bilik air.
"Ceh, dah lah lepasni kau tak payah turun dah. Duduk aje dalam bilik ni sampai aku panggil makan!" ujar Mikael dan dia langsung meninggalkan bilik untuk memanggil adik perempuannya untuk menemani Elina.
Sedangkan Elina yang berada di bilik air merasa bingung dengan sikap Mikael yang mudah berubah walaupun wajah dinginnya tetap ada tapi dia tetap handsome, eh!
Elina segera memakai pakaian yang tebal, dia memilih seluar yang agak tebal dan hoodie untuk merasa lebih hangat.
"Hacih. Aih takkan dah selsema kut." Gumam Elina setelah beberapa kali dia bersin. Dia melangkah keluar dari bilik air dan berfikir untyu berehat dan tidak menyangka bahawa di dalam biliknya sudah ada Puan Suraya dan Aira yang menunggunya.
"Hey, kenapa muka kamu pucat ni Elina?" Tanya Puan Suraya risau.
"Elina okay je mama, selsema sikit aje ni," jawab Elina sambil tersenyum.
"hacihh."
"Dah lah, Elina tak pandai menipu. Sekarang ni Aira ambikkan ubat lepastu kau berehat, okay?" celah Aira. Elina hanya mengangguk lalu dia duduk di atas katil dan menerima ubat dari Aira, setelah selesai dia tidak terus tidur melainkan mahu berbual dengan Aira.
Sedangkan Puan Suraya sudah pergi menemui Mikael yang tengah bersama Amira. Entah apa yang mereka sedang lakukan sekarang ni.
"Ni sape suruh kau dengan mama datang sini?" tanya Elina perlahan.
"Sape lagi kalau bukan laki kau, dia memanglah nampak dingin tapi dia baik. Aku harap dia boleh move on dari kakak kau and terima kau dalam hati dia." Ucap Aira sambil merebahkan diri disisi Elina.
"Huh, benda tu takkan terjadi. Kami dah buat satu perjanjian yang kalau kakak aku balik, kami akan bercerai." Ujar Elina dengan senyuman dibibir pucatnya.
"Allah kau ni, perlu ke sampai macam tu sekali? Padahal aku suka kau, beza sangat dengan Elisha," ucap Aira sedih.
"Kau tak payahlah sedih, walaupun nanti aku dengan Mika dah bercerai kita still boleh jumpa lah." Ucap Elina menghibur lalu mereka berdua asyik dengan perbualan mereka.
"DAH berapa kali aku cakap, jangan kacau orang yang dekat dengan aku. Apalagi sentuh!"
"What? , dia tu cuma pengganti kenapa mesti nak bela dia pulak? Bukannya abang Mika cintakan dia pun!"
"Cinta atau tak itu bukan urusan kau! Mulai hari ini jangan pernah ganggu Elina, kalau aku tahu kau ganggu dia, jangan salahkan aku kalau aku bencikan kau seumur hidup aku!"
"Mira just..."
"Stop! Kamu berdua ni sepupu tahu tak, kenapa sampai ada perasaan suka antara kamu berdua ni, ha?! Terutamanya kamu Amira! Mikael dah jadi suami orang, jangan mengharapkan cinta dari dia lagi!" lerai Puan Suraya yang tiba-tiba datang.
"Apa? Kalau Mira tetap sukakan Abang Mika, takkan tak ada peluang langsung?" Tanya Amira mula emosi.
"Aku tak suka kau! Jadi jangan simpan harapan dekat aku!" tegas Mikael lalu dia pergi meninggalkan mama dan Amira untuk kembali ke bilik melihat isterinya.
Puan Suraya hanya bisa menggeleng melihat tingkah Amira yang sejak dulu tidak pernah berubah, lalu dia juga meninggalkan Amira sendiri yang kesal sambil mengepalkan tangannya dengan kuat.
"Aku takkan biarkan kau bahagia dengan Mikael! Kau tengoklah nanti apa aku akan buat dekat kau, Elina!" gumam Amira tekad.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...