TIBANYA di meja yang sudah dihias hingga terlihat sangat indah. Mikael membantu Elina untuk duduk dengan menarik kerusi untuk gadis itu.
Elina yang diperlakukan seperti itu merasa canggung namun dia tetap cuba untuk kekal tenang agar tidak terlalu terlihat oleh Mikael yang duduk dihadapannya.
Saat mereka duduk, tidak lama kemudian beberapa pelayan datang dengan membawa troli makanan pembuka mereka.
Elina terpegun melihat makanan yang sangat banyak hinggakan dia terasa itu akan membazir, kerana mereka hanya makan berdua. Dia juga belum sempat bertanya pada Mikael kenapa restoran itu sangat sepi.
Setelah para pelayan usai meletakkan makanan untuk mereka dan mempersilakan mereka untuk makan, Elina bertanya pada Mikael yang sudah sedia untuk menjamu selera.
"Mika, kenapa restoran ni sunyi? Dan kenapa cuma kita aje yang ada?" Tanya Elina.
Mikael yang sedang makan lantas mendongak menatap Elina. Mungkin sejak tadi gadis itu hendak bertanya namun ditahannya.
"Aku dah sewa satu restoran, jadi tak ada siapa akan ganggu dinner kita." Jelas Mikael dan kembali menyuap makanan ke mulutnya.
Elina yang sudah mendapat jawapan hanya mengangguk, lalu dia mula menjamah makanan yang ada di hadapannya. Rasanya sangat sedap hingga membuat Elina teruja.
Elina boleh dikatakan sangat jarang memakan makanan seenak itu. Kerana sejak kecil hanya Elisha yang diutamakan, sedangkan dia hanya akan makan makanan sisa dari mereka sahaja.
Setelah makanan pembuka sudah selesai, kini para pelayan kembali dengan membawa makanan utama mereka.
Setelah selesai mereka semua pergi meninggalkan pasangan itu. Elina yang sudah penasaran dengan rasa makanan itu langsung menjamu tanpa memperdulikan Mikael yang sedang menatapnya sambil tersenyum.
Saat makanan itu disuap ke mulutnya, Elina seperti menitiskan air mata. Mikael yang melihat Elina menangis menjadi bingung dan panik lalu dia menghulurkan tisu kepada gadis itu.
"Hey, kenapa kau menangis?" tanya Mikael lembut.
Elina hanya tersenyum seraya menerima tisu dari Mikael. Lalu dia menyapu dengan perlahan air matanya agar mekap yang dia gunakan tidak luntur kerana air mata.
"Nothing, just happy," Jawab Elina tersenyum ke arah Mikael.
Mikael terpegun. Senyuman Elina sangat berbeza, kelihatan seperti gadis itu memendam rasa gembira yang sangat berlebihan. Seakan-akan dia tidak pernah memakan makanan tersebut, padahal keluarganya cukup berkemampuan.
"Saya tak pernah terfikir untuk dapat makanan mewah macam ni, Mikael. Hidup saya terlalu jauh dari kemewahan dan sangat berbeza dengan Elisha. Saya hanya akan dapat sisa dari dia sejak kecil, so terima kasih awak bagi saya merasa semua ni." Ujar Elina tahu akan apa yang sedang difikirkan Mikael.
Mikael yang mendengar itu semakin terdiam. Tidak menyangkan kalau kehidupan gadis itu cukup menyakitkan. Namun yang Mikael lihat adalah senyumnya yang sangat manis dan ikhlas, tidak pernah Mikael melihat Elina menangis.
"Kenapa? Kenapa kau tak pertahankan hak kau? Kenapa kau tak lawan aje mereka? Kau berhak untuk mendapat layanan yang layak!" Tanya Mikael tidak bisa menahan emosinya, entahlah dia merasa tidak suka saat tahu Elina diperlakukan seperti itu oleh darah dagingnya sendiri.
Elina tersenyum menatap wajah Mikael. Elina menggeleng membuat Mikael bingung. Jika dia boleh melawan dia sudah melakukannya sejak dulu. Namun dia selalu kalah kerana tiada yang menyokongnya sama sekali, lebih-lebih lagi Elina tidak memiliki kelebihan dan kecantikkan sepeti kakaknya.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...