PAGI hari menyapa dan Elina tengah menyediakan sarapan, meski ada pembantu rumah yang memasak tapi Elina tetap mahu membuat sarapan sendiri. Lagipun dia mahu buatkan jus avokado untuk Mikael. Setelah siap membuat sarapan, Elina kembali ke bilik dan membangunkan Mikael yang masih lena.
"Awak bangun! Dah pukul tujuh, kalau tak nanti awak lambat pergi kerja!" Ucap Elina sambil menggoyangkan lengan Mikael dengan perlahan.
"Enguhh,"
Mikael mengeluh dan membuka matanya perlahan, setelah itu dia mendudukkan diri di katil sambil menguap lebar. Elina yang melihat itu hanya menggeleng dan menghulurkan segelas jus avokado namun dia tidak mengerti maksud dari Elina lagipun dia tak sukakan avokado.
"Kenapa? Cepatlah minum lepastu mandi, lepastu kita breakfast," Ujar Elina.
"Aku tak suka avokado, kau minum je lah!" Jawab Mikael sambil menghulur kembali gelas yang masih penuh.
"Minum! Semalam awak minum bir, avokado ini bagus tau untuk buang alkohol dalam badan awak tu!"
"Ish, yelah."
Mikael menutup matanya dengan rapat dan meneguk jus avokado dengan terpaksa, dia menghabiskan segelas penuh jus itu lalu dia turun dari katil dan langsung menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sedangkan Elina mengambil gelas yang sudah kosong dan menyiapkan pakaian Mikael, setelah itu dia kembali ke dapur untuk meletakkan gelas kosong dan menunggu Mikael di meja makan.
Tidak lama kemudian, Mikael datang dengan pakaian yang sudah rapi hanya tali leher yang belum terpasang, Elina yang tahu segera menghampiri Mikael dan menyiapkan tali leher di leher Mikael setelah itu mereka duduk di meja makan dan mulai makan dengan senyap melayan perasaan masing-masing.
Usai makan, Mikael berangkat ke pejabatnya sedangkan Elina kembali bersantai dan mencari kerja kosong di laman sosial.
"Nampaknya aku kena minta tolong Fariz," Gumam Elina sambil mencari nombor Fariz.
Lalu Elina mendail nombor itu, panggilan pertama tidak berjawab hingga ke panggilan ketiga. Lalu Elina berhenti menghubungi Fariz mungkin dia sedang bekerja. Dia segera meletakkan telefonnya di atas meja dan mencapai plastik kuaci. Tiba-tiba telefonnya berdering.
Tanpa melengahkan masa, Elina segera mengangkat panggilan dari lelaki itu.
"Hello Fariz, sorry kalau aku kacau kau. Nak tanya sikit boleh ke?"
"Oh, its okay Elina. Kau nak tanya apa?" Jawab Fariz.
"Okay macam ni, kau ada tak kerja kosong untuk aku?"
"Kerja kosong? Kenapa? Suami kau kan kaya."
"Memanglah, tapi aku bosan tak ada buat apa-apa," Bohong Elina.
"Oh, tapi buat masa sekarang tak ada kerja kosong dekat sini. Nanti aku carikan, kau boleh tunggu ke?"
"Tak apa, thanks tau maaf ganggu kau."
"Tak apa, maaf tadi aku tak angkat kau call sebab aku kat tandas."
"Oh, okay. Aku letak dulu eh? Thanks sekali lagi!"
"Ya, welcome."
Tut.
Panggilan diputuskan, Elina senang kerana Fariz sudi membantu dia mencari kerja, dia juga menipu Fariz kerana tak mahu Fariz tahu kalau tujuan dia mencari kerja untuk membuat persediaan kalau kakaknya kembali dan dia akn dihalau oleh Mikael nanti.
"Hah, nasib baik ada Fariz!" Gumam Elina lalu kembali menyambung makan kuacinya.
MIKAEL membaca maklumat seseorang yang dia minta malam tadi, wajahnya kelat saat dia membaca setiap perkataan yang tertulis di setiap halaman hingga dia kesal saat tahu mereka adalah teman lama di Universiti.
"Ceh! Rupanya dia pun bijak, belajar sambil bina perniagaan," Ujar Mikael kesal entah pada siapa.
Mikael terus membolak-balikkan halaman fail yang dipegang dan akhirnya fail itu dilempar kerana bengang mengingat Elina sangat senang saat dihantar oleh lelaki itu.
"Apa kurangnya aku? Aku lebih kaya dan handsome dari dia! takkan sebab aku kurang attention? Kalau bagi attention lebih-lebih karang dia syak aku sukakan dia pulak! Arghhh!" Ujar Mikael kebingungan.
Sedangkan pembantu peribadinya yang mendengar keluhan Mikael, hanya mampu menghela nafas dan menggeleng. Bosnya kali ini seperti orang yang mabuk cinta padahal sebelum ini bukannya dia tak pernah bercinta.
"Bos, kau nak aku habiskan lelaki tu?" Soal pembantunya dengan sedikit berani.
"Tak payah! Mereka tak melampau lagi, kalau dia cuba ganggu rumah tangga aku baru aku singkirkan dia dengan cara aku sendiri!" Ucap Mikael tersenyum senget.
Pembantunya yang melihat senyuman itu hanya mampu berdiam dan merasa ngeri, seperti ada syaitan dalam tubuh Mikael dan menghasut bosnya itu melakukan perkara kejam.
"Dah jangan nak banyak tanya! Apa jadual aku hari ini?" Ucap Mikael menukar topik.
"Okay, setengah jam lagi bos ada meeting dengan FA Company,"
"Okay, bagi aku semua dokumen meeting tu dulu dekat aku," Ujar Mikael dan dianggukkan oleh pembantunya.
Dia kembali ke meja kerjanya untuk mengambil dokumen yang diminta oleh Mikael, sedangkan Mikael tengah memikirkan cara yang perlu dia lakukan untuk meminta maaf pada Elina bila dia pulang nanti.
DI rumah, Elina kalut menyediakan juadah ringan untuk ibu mertuanya yang melawat tanpa memberitahunya.
"Ini ma, maaf Elina tak tahu yang mama nak datang. Tak sempat Elina nak masak untuk mama," Ujar Elina lembut.
"Tak apa sayang, tak payah susah-susah. Ni pun dan cukup," Jawab Puan Suraya.
"Kenapa mama datang sini? Ada hal serius ke mama?"
"Kena ada hal serius dulu ke baru boleh datang sini?"
"Hehe, ya tak ya juga kan?"
Puan Suraya tersenyum saat mendengar menantunya tidak sabar akan tujuannya datang kemari. Puan Suraya meminum teh yang dibuat oleh Elina dan menjelaskan kedatangannya ke situ.
"Jadi macam ni, mama nak Mikael dengan Elina buat Pregnancy Programe! Mama nak main dengan cucu!"
"A-apa? Ta-tapi Elina tak sedia lagi. Dan, belum tentu Mikael setuju pasal ni,"
"Mama tahu, tapi mama betul-betul teringin nak ada cucu dari kamu berdua, nanti mama cuba pujuk Mikael. Mama tunggu sampai dia balik kerja."
"Tapi mama, mama kan tahu yang perkahwinan Elina dengan Mikael ini sebab terpaksa, tak ada perasaan cinta pun antara kami."
"Iya, mama tahu Elina. Nanti lama-lama kamu berdua akan saling jatuh cinta... sudahlah, mama nak rehat."
Tanpa ada bantahan mahupun alasan lagi, Puan Suraya meninggalkanElina yang tengah kebingungan di ruang tamu dan panik, Elina hanya diam danberdoa semoga Mikael tidak bersetuju dengan rancangan mamanya bila pulangnanti.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...