PAGI sudah menyapa, hari ini Mikael hanya bersantai di kolam renang. Elina berinisiatif membuatkan kopi dan membawanya ke kolam renang. Tibanya dia di sana, Elina membawa segelas kopi panas menuju ke arah Mikael. Saat dia sudah berada tepat dihadapan Mikael, lelaki itu mula bertanya dengan tiba-tiba.
"Hey, semalam kau mimpi apa eh sampai pipi kau blushing macam tu?" Soal Mikael yang sedang bersantai pagi sambil membaca majalah di kolam renang.
Elina yang sedang meletakkan cawan itu di atas meja sebelah Mikael lantas terkedu saat mendengar soalan dari lelaki itu. Dia memilih untuk tidak menjawab lalu pergi menjauhi Mikael.
Namun Mikael yang sudah dapat mengagak gadis itu akan pergi, dengan pantas dia menarik lengan Elina dan bertanya lagi. Hari ini Mikael tidak ke pejabat kerana ingin membincangkan soal semalam dengan Elina.
"Hey, kau tak jawab lagi soalan aku! Kau mimpi apa semalam?" Tanya Mikael lagi.
"Ish, bukan urusan awak pun!" Jawab Elina lalu meninggalkan Mikael.
"Eh, teman aku kat sini! Aku nak cakap sesuatu pasal semalam!"
Mendengar itu Elina yang sudah separuh jalan langsung berbalik badan dan duduk dengan tegap di depan Mikael. Sedangkan Mikael tersenyum senget dan kembali membaca majalahnya.
Elina menunggu Mikael dengan bermain telefonnya , sebenarnya dia juga tidak ingin berada dekat dengan Mikael namun persoalannya tentang semalam masih belum terjawab oleh lelaki ini.
Mikael sudah selesai membaca majalah, dia meletakkan majalah itu disampingnya dan menatap Elina yang sangat fokus dengan skrin telefon, ingin dia berdehem agar gadis itu sedar malah dia menatap wajah itu lama.
"Encik Mikael Arsyad, adakah Encik sudah puas menatap muka saya?" Tanya Elina formal dan menatap Mikael.
Mikael yang tertangkap dengan tindakan itu, langsung memalingkan wajah dan berdehem agar tidak berasa gugup.
"Sudah, aku nak bincang pasal semalam dengan kau," Ujar Mikael mengalihkan perhatian.
"Okay, awak nak saya buat apa? Kita takkan dengar cakap mama kan?" Tanya Elina tepat ke topik.
"Yes I know! Jadi plan aku macam ni, nanti kita bagitahu mama yang kita tengah buat program tu, padahal tak pun! Kalau mama tanya, kita cakap je lah yang mungkin tak sampai masa lagi, kau faham tak maksud aku?" Jelas Mikael panjang lebar.
Elina yang mendengar itu cuba untuk mencerna setiap kata yang keluar dari mulut Mikael, sudah pasti dia mengerti dengan sangat jelas cuma dia takut jika mereka akan tertangkap menipu dan entah apa yang akan dilakukan oleh ibu mertuanya saat tahu bahawa mereka hanya menipu.
"Saya setuju, tapi kalau kantoi macam mana?" Tanya Elina risau.
"Yang tu kau tak payah risau, kalau orang lain selain kita tahu dan tak bocorkan rahsia ni mereka takkan tahu pun!" Sambung Mikael.
"Kalau macam tu, okay saya setuju!" Ucap Elina bersetuju dengan idea Mikael. Lagipula, dia tak mungkin akan mengandung anak Mikael. Takut pada saat itu Elisha kembali dan merampas Mikael darinya dan anaknya.
Setelah perbincangan itu, mereka sama-sama berdiam. Mikael yang kembali membaca majalah padahal majalah itu sudah habis dia baca sedangkan Elina kembali bermain telefonnya.
Selang beberapa minit, telefonnya berdering, saat itu Elina panik kerana Fariz menelefonnya, dia dengan cepat bingkas bangun dan menjauh dari Mikael untuk menyambut panggilan itu.
Mikael hanya melihat gerak-geri Elina yang terasa pelik dan curiga, kerana saat telefon itu berdering gadis itu langsung menjauh darinya dan berbicara perlahan hingga dia tidak boleh menangkap perbicaraan gadis itu.
"HELLO, ada apa Fariz?" Soal Elina setelah menyambut panggilan itu dan memastikan bahawa dia sudah berada agak jauh dari Mikael.
"Hello, aku nak bagitahu yang tempat kerja aku ada jawatan kosong, kau nak ke?" Ujar Fariz dari corong telefon.
"Oh, bidang apa eh kalau boleh tahu?"
"Graphic design, kau boleh ke?" Jawab Fariz.
"Oh graphic aku boleh," sahut Elina dengan senang.
"Okay good! Esok kau datang lah. Jangan lupa bawa resume sekali." Sambung Fariz.
"Okay, jumpa esok. Thank you!"
Setelah mematikan telefon, Elina tersenyum senang bahkan dia sampai melompat saat mengetahui yang dia akan mula bekerja dan tidak bergantung pada Mikael lagi. Elina kembali ke arah Mikael dengan wajah yang ceria membuat lelaki itu menjadi ingin tahu.
"Siapa call kau tadi?" Tanya Mikael bersuara datar.
"Kawan." Jawab Elina tanpa melunturkan senyuman diwajahnya.
Mendengar jawapan itu, Mikael tidak bertanya lagi. Dia curiga dengan siapa Elina bertelefon hingga Elina menjadi senang seperti ini, bahkan ketika bersamanya saja Elina tidak sesenang itu.
Kerana kesal, Mikael masuk ke dalam rumah meninggalkan Elina yang masih tersengih sambil bermain telefon di kolam renang. Elina yang tersedar Mikael sudah tidak ada disitu memilih untuk membiarkan saja dan kembali fokus pada telefonnya dan baru dia masuk ke dalam rumah saat matahari sudah mula terik.
Saat dia sudah melangkah ke dalam rumah, dia sedikit menjengah memastikan Mikael ada disitu, namun tiada lalu dia mengeluh lega. Elina terus melangkah menuju ke dapur daripada dia memikirkan dimana lelaki itu.
Oleh kerana hatinya tengah gembira, maka dari itu dia mahu memasak walau masakannya tidak terlalu sedap tapi dia tetap mahu memasak pada hari itu, Elina lebih dalam bidang membersihkan rumah daripada memasak. Menurutnya masak itu menyusahkan kerana rupa dan rasa terkadang tidak sesuai dengan sangkaannya.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...