"OKAY, kalau macam tu terima kasih doktor. Kami minta diri dulu," Pamit Mikael dan mengambil hasil pemeriksaan itu dari doktor.
Elina dan Mikael segera keluar dari ruang itu dan menuju ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran pemeriksaan mereka berdua.
Mikael keluar dari ruangan itu dengan wajah yang kelat. Dia cukup kecewa dengan hasil pemeriksaannya. Selama satu bulan ini dia akan pastikan dirinya tidak akan terlalu kuat bekerja dan berjaga malam lagi.
Dia tidak mahu menunda lagi untuk memiliki anak hingga ke setahun mahupun lebih. Dia berharap bulan depan dia dapat mencapai target kesuburan yang lebih.
Elina sudah tentu memperhatikan wajah kelat suaminya. Dia tahu Mikael pasti kecewa dengan hasil itu. Dia berniat saat pulang nanti memberikannya semangat dan menyusun semua jadual waktu Mikael selama sebulan ini.
Usai dengan pembayaran, mereka berdua segera pulang ke rumah Dato Affendi. Di dalam kereta Elina mengajak Mikael berbual. Kerana sudah masuk ke waktu makan tengah hari, Elina berfikir untuk mengajak Mikael makan di luar.
"Abang, mulai hari ini biar Elina yang jaga jadual waktu abang. Dan tolonglah jangan tunjuk muka masam abang tu depan Elina, buruk tahu tak?" Ujar Elina dengan sedikit mengejek suaminya berharap lelaki itu tersenyum.
Dan ya, Elina berjaya membuat Mikael tersenyum lalu dia kengangguk dengan niat Elina yang sudah secara sukarela mengatur jadual waktunya. Hal itu saja sudah membuat Mikael senang.
"No problem lah kalau kali ni gagal, bulan depan kita cuba lagi. Oh ya, memandangkan sekarang ni dah masuk waktu lunch, apa kata kalau kita makan kat luar? Elina dah lama craving ikan bakar," ucap Elina panjang lebar.
"Hm, lama juga abang tak makan ikan bakar.. and, abang tahu kat mana ikan bakar yang sedap!" Sahut Mikael
"Betul ke? Abang tahu ke kat mana?" Tanya Elina yang sudah merasa teruja.
Mikael mengangguk dengan semangat. Lalu mereka segera menuju ke warung kecil. Mikael yang awalnya hanya mahu menduga Elina namun tidak menyangka gadis itu langsung tidak menolak mahupun memprotes kerana mereka akan makan di warung dan bukan merupakan restoran mewah seperti malam itu.
Elina memang sangat jauh berbeza dengan Elisha, Elisha yang selalu ingin makan di restoran mewah dan tidak pernah mahu makan di tempat seperti warung begini walaupun pemandangannya sangat cantik dan menenangkan.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di lokasi yang dituju. Tempat itu cukup sejuk dan nyaman, Elina sangat menyukainya. Lebih lagi mereka makan di tempat seperti restoran yang terletak di atas air dan pemandangannya sangat cantik ditambah dengan angin sepoi menyapa tubuh mereka.
"Wah, cantiknya tempat ni... abang, makanan kat sini mahal tak?" Ucap Elina kagum dan bertanya.
"Tak, kat sini semua murah tapi kualiti dia macam makanan mahal tau! Abang suka makan kat sini." Jawab Mikael sambil merangkul pinggang Elina.
"Cantik sangat tempat ni, nanti tolong ambikkan gambar Elina tau. Elina nak post dalam Instagram." Ujar Elina meminta tolong.
Mikael hanya mengangguk, lalu mereka segera masuk ke dalam warung itu dan memesan makan siang mereka. Mereka juga memilih tempat yang berhampiran dengan air.
Usai memesan makanan, mereka menuju ke tempat yang dipilih. Elina langsung meminta Mikael untuk mengambil gambarnya menggunakan telefon miliknya.
Elina mula pose dari membelakangi Mikael dan memandang ke arah Mikael. Mikael mengambil gambar menggunakan telefon Elina dan juga menggambar dirinya menggunakan telefonnya sendiri.
Elina hanya cantik saat rambutnya ditiup angin. Setelah selesai mengambil gambar, mereka segera kembali ke tempat yang dipilih tadi. Mereka sudah mengambil tempat duduk yang sangat santai kerana tiupan angin yang sepoi dan juga tempat mereka diperbuay dari kayu dan daun untuk atapnya.
Elina mengambil telefonnya dan memilih beberapa gambar lalu dia postkan di media sosialnya. Tanpa Elina tahu, Mikael juga mempostkan gambarnya di media sosial peribadinya. Sebelum itu dia menghapus semua gambar Elisha yang pernah dipost dulu.
"Cantiknya isteri Arsyad Mikael ni," ucap Mikael sambil melihat gambar ditelefonnya.
Elina yang dipuji seperti itu tersipu malu membuat Mikael yang melihat itu merasa geram lalu mencubit pipi Elina yang cukup mulus itu.
"Jangan puji banyak sangat, terbang Elina nanti." Ucap Elina menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerahan.
"Hahaha, dah memang awak cantik sayang." Ucap Mikael semakin membuat Elina malu.
Lalu saat tengah bercanda pesanan mereka tiba. Mata Elina bersinar-sinar saat menatap tiap hidangan yang dipesan itu tersusun di atas meja dihadapannya. Oleh kerana perut juga sudah berdondang sayang, mereka dengan pantas menghentikan aktiviti mereka dan segera makan.
Ikan bakar yang mereka inginkan itu sangat enak. Membuatkan Elina makan dengan menambah untuk kali kedua, Mikael hanya menggeleng untung dia memesan bukan satu ekor saja. Jika hanya seekor mungkin akan kurang bagi mereka.
Mereka makan dengan sangat nikmat hingga makanan yang dipesan itu habis. Usai makan mereka tidak langsung pergi kerana kekeyangan. Selang beberapa minit baru mereka beranjak dari tempat mereka dan langsung menuju ke kaunter pembayaran.
"Lepasni nak pergi mana?" Soal Mikael setelah mereka sudah memasuki kereta.
"Em, balik lah. Nanti malam kita keluar la lagi." Jawab Elina.
"Malam? Nak pergi mana?" Soal Mikael yang sudah mula memandu keretanya meninggalkan kawasan parkir warung itu.
"Ada pasar malam dekat bandar, abang nak teman Elina tak?" Jawab Elina lantas bertanya.
"Pasar malam? Okay, nanti kita pergi," jelas Mikael.
Setelah jawapan itu keluar dari mulut Mikael, tiada lagi perbualan antara mereka. Dan tidak memerlukan waktu yang lama, mereka sudah tiba di rumah Dato Affendi.
PUAN Suraya sudah menunggu di ruang tamu. Dia ingin tahu hasil dari pemeriksaan anak lelaki dan menantunya itu. Mikael yang melihat ibunya menjadi tidak bersemangat dan lalu menuju ke biliknya.
Elina yang melihat suaminya langsung masuk ke dalam rumah mengerti perasaan itu, jadi lebih baik dia saja yang berbicara dengan ibu mertuanya. Elina menghampiri Puan Suraya dan duduk disamping wanita separuh usia itu.
"Macam mana result tadi, sayang?" Tanya Puan Suraya dengan semangat.
Elina lantas tersenyum, lalu dia mengambil nafas dalam-dalam setelah itu dia lepaskan lagi dan baru dia menjawab pertanyaan dari ibu mertuanya.
"Elina sihat dan tak ada apa-apa masalah pun mama, tapi Mikael pulak..." Ucap Elina dan merasa tidak yakin untuk menghabiskan ayatnya.
"Cakap je, tak apa." Jelas Puan Suraya.
"Mikael kurang subur... dan doktor ada nasihatkan dia untuk banyakkan berehat dalam masa sebulan ni. Elina ingat, nak uruskan jadual dia mulai sekarang," Jelas Elina bernada agak sedih.
Puan Suraya yang mendengar itu juga merasa sedih, namun dia tetap terlihat bersemangat dengan senyumnya. Dia tidak mungkin memperkeruhkan lagi keadaan tersebut lagipun ini baru peringkat awal.
"Tak apa, nanti kita cuba ikhtiar lagi bulan depan. Sekarang ni, pergilah naik atas temankan Mikael, hiburkan dia." Ucap Puan Suraya membuatkan Elina lega dan tersenyum.
"Okay mama, kalau macamtu Elina naik atas dulu eh," ucap Elina membuat ibu mertuanya mengangguk lalu dia segera pergi dari situ menuju ke bilik untuk menemani Mikael yang sedari tadi sudah di bilik.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...