MIKAEL melangkah menuju ke ruang makan dengan membawa tas kerjanya, kerana setelah dia bersarapan dia akan segera ke pejabatnya dan tidak kembali semula ke bilik.
Disebabkan semalam dia pulang ke rumah dan tidak kembali semula ke pejabat, sudah tentu kerjanya semakin bertambah. Jadi, Mikael berniat untuk terus berangkat ke pejabatnya sedikit awal dari biasanya.
Tibanya di ruang makan, dia segera mengambil duduk dan baru saja dia hendak menyisip kopi panas, Puan Suraya terlebih dahulu bersuara padanya.
"Mika, Elina mana?" Tanya Puan Suraya ketika melihat anak lelakinya itu cuma sendirian.
"Kat bilik, tak kuat nak jalan lagi." jawab Mikael dan mula menyuapkan makanan ke mulutnya.
Puan Suraya hanya menggeleng melihat tingkah anak lelakinya itu, lalu mereka mula makan sarapan dengan senyap hingga selesai.
"Bik, tolong hantar breakfast untuk Elina kat atas," Arah Mikael setelah selesai makan dan di balas dengan anggukkan oleh pembantu rumah itu.
"Nak pergi dah? Dah bagitahu Elina?" Soal Puan Suraya sebelum membiarkan anak lelakinya itu pergi.
"Dah mama," jawab Mikael lalu menyalami tangan ibunya itu. Lalu dia segera berjalan menuju ke pintu keluar dan menghala ke arah parkiran kereta. Setelah itu dia segera memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah itu.
ELINA yang baru siap mandi terkejut kerana melihat ibu mertuanya sedang duduk di sofa bilik itu. Dia langsung tidak mendengar ada yang membuka pintu bilik semasa dia mandi tadi.
"Mama, bila lagi mama kat situ? Terkejut Elina," Ujar Elina sambil merapikan lilitan tuala di tubuhnya.
Puan Suraya yang mendengar suara menantunya segera menoleh dan menatap wajah gadis itu dari atas sampai bawah. Dia melihat ada banyak heias kemerahan di sekitar leher dan dada Elina, bahkan terlihat sampai kesan lebam di bahagian lengan gadis itu.
"Elina, sini lah. Mama masuk tadi sebab mama panggil Elina tak jawab." Ujar Puan Suraya sambil menepuk sofa di sampingnya.
"Tapi Elina tak pakai baju lagi," Ucap Elina gugup.
Tak tahu kenapa dia menjadi gugup saat itu padahal dia tahu kalau ibu mertuanya itu tidak akan melakukan hal jahat padanya. Puan Suraya tersenyum dan langsung tidak mempermasalahkan jika Elina tidak memakai pakaian kerana dia sudah menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri.
"Tak apalah, sini mama nak cakap sikit," Ucap Puan Suraya membuatkan Elina menghampiri wanita itu dengan perlahan.
Elina berjalan ke arah mertuanya dengan perlahan, Puan Suraya yang melihat itu sudah pasti merasa sedikit bersalah tidak menyangka Mikael sanggup melakukan hal yang kasar pada menantu kesayangannya itu.
Setelah Elina duduk di samping ibu mertuanya, Puan Suraya mengelus kepala Elina dan menarik lengan Elina yang terlihat lebam, dia mengusap lembut bahagian itu sambil mengeluh perlahan.
"Elina cakap apa dekat Mikael sampai dia marah macam ni dekat Elina?" Soal Puan Suraya dengan lemah lembut.
Elina tergamam, dia tidak bersuara melainkan menatap mata ibu mertuanya tidak pasti hendak bercerita tentang apa yang terjadi kelmarin. Lagipun dia tidak selesa untuk bercerita kerana Puan Suraya sangat baik dan sangat menyayanginya.
"Sorry ma," Ucap Elina setelah dia diam sejenak.
Puan Suraya yang mendengar itu bingung, dia tidak berniat untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya, namun kalau boleh dia tegur, dia akan tegur dengan baik berharap agar hubungan rumah tangga mereka kekal utuh.
"Sorry kenapa?" Tanya Puan Suraya tanpa mengalihkan tatapannya dari Elina.
"Err... semalam Elina tercakap pasal tu lagi, sebab tu Mikael marah." Jawab Elina membuatkan Puan Suraya tidak mengerti.
"Pasal tu? Mama tak faham." Soal Puan Suraya lagi.
Elina menghela nafas panjang, lalu dia mula menceritakan semua yang terjadi kelmarin pada Puan Suraya. Bahkan ibu mertuanya itu sesekali menggeleng dengan tindakan Mikael dan tidak percaya apa yang Elina katakan.
Setelah dia mengetahui akar dari masalah itu, Puan Suraya tersenyum pada Elina dan menasihati gadis itu.
"Elina dengar cakap mama, tak salahkan Mikael jugak kalau dia bertindak macam tu. Kalau mama pun akan marah kalau kamu cakap pasal tu lagi, tapi mama nak Elina ingat satu hal." Ujar Puan Suraya perlahan.
"Apa dia ma?" soal Elina ingin tahu.
"Mikael sudah sangat serius dengan Elina, dia sudah yakin untuk mencintai Elina. Jadi, janganlah kamu ragukan perasaan dia. Mama tahu mungkin ini berat untuk kamu berdua. Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita itu sangat sakit, tapi Mikael milik Elina sepenuhnya, jangan pernah rasa diri Elina tu sebagai pengganti lagi. Sebab, apa yang jadi ini mama dengan papa setuju untuk menantukan kamu," Jelas Puan Suraya panjang lebar sambil tersenyum merenung wajah Elina yang hanya diam tidak menjawab.
"Elina ingat lagi kan kejadian dulu tu? Kalau Elina tak ada waktu tu, mungkin suami mama dah tak ada di dunia ni. Mama cuma nasihatkan kamu, mama tak berniat pun untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga Elina. Cuma, mama nak pesan jangan berbicara semasa tengah emosi dengan Mikael, jika Mikael sedang emosi jangan ditambahkan lagi minyak pada apinya. Kerana itu tidak membuatkan masalah kamu berdua selesai, mama kenal sifat Arsyad Mikael." Ujar Puan Suraya lagi.
Elina yang sejak tadi hanya diam mendengar saja apa yang dibicarakan Puan Suraya. Dia tersenyum saat fikirannya mula teringat semula akan kejadian itu, teringat semula saat Puan Suraya memilihnya kerana demi anaknya itu berubah dan tidak menyakiti dirinya sendiri.
Elina tersenyum bahagia kerana mempunyai mertua yang sangat baik seperti ibu Mikael, bahkan tidak akan masuk campur dalam urusan rumah tangganya dan hanya memberi nasihat yang berharga bagi Elina.
"Terima kasih mama, Elina akan ingat semua nasihat mama." Ucap Elina lalu memeluk tubuh wanita itu.
Puan Suraya membalas pelukan Elina, sejak dulu dia sangat menginginkan anak perempuan namun dia hanya mampu mengambil Aira sebagai anak angkatnya kerana setelah dia melahirkan Mikael dia mengalami masalah pada peranakkannya. Mikael dulu pun lahir dengan keadaan pramatang dan sejak itu dia memiliki masalah pada rahim dan disahkan tidak boleh memiliki anak lagi.
Dia sangat bahagia diberikan anak perempuan seperti Aira yang sangat sayang akan keluarganya itu dan dia juga bahagia diberikan menantu yang penurut dan dapat diandalkan seperti Elina. Usai pelukan dileraikan, Puan Suraya kembali menatap sayu wajah Elina.
"Biar mama yang hukum Mikael okay?" Ucap Puan Suraya.
"Yakin? Dia tu garang tau mama." Ujar Elina sambil ketawa kecil.
"Tak ada masalah, papa dia yang garang tu pun mama boleh jinakkan, inikan pula anaknya? Small matterlah bagi mama." Sahut Puan Suraya lalu turut ketawa.
Mikael yang berada di pejabatnya sedang sibuk dengan kerjanya tiba-tiba merasa seperti ada yang bercakap soalnya kerana dia merasakan bulu romanya tiba-tiba berdiri tegak, kerana tidak mahu merasa takut dia memilih untuk kembali fokus pada kerjanya.
"Achum!" Mikael menggosok hidungnya beberapa kali.
YOU ARE READING
ISTERI GANTIAN (SLOW UPDATE)
RomanceSLOW UPDATE !! Klau sudi, follow la author hehe.. Saat hari bahagia di mana Si Kakak akan bergelar seorang isteri namun dia menghilang begitu saja tanpa diketahui oleh keluarga pihak lelaki, namun kedua orang tuanya tahu kemana dia pergi. Elina Dhar...