Chapter 1

549 19 0
                                    


Pelbagai media melaporkan artis sekaligus influencer terkenal Lin Feilu telah meninggal dunia didalam sebuah kemalangan jalan raya selepas menyambut hari kelahirannya yang ke 27.

Lin Feilu sama sekali tidak menyangka bahawa dia akan mati diusia yang sangat muda namun sebelum menutup matanya untuk yang terakhir kali, dia sempat berdoa  sekiranya diberi peluang kedua untuk hidup, Lin Feilu berjanji akan berubah dan menjadi orang yang baik serta disenangi oleh semua orang.

Tanpa diduga doanya itu telah dimakbulkan oleh tuhan dalam sekelip mata kerana sebaik sahaja dia membuka matanya kembali, Lin Feilu telah berada di sebuah dunia yang sangat asing baginya.

Lin Feilu terbaring lemah diatas sebuah katil antik dan disebelahnya pula duduk seorang wanita cantik yang memandangnya dengan cemas. "Niang Niang, saya telah membawa ubatnya", ucap seorang wanita yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan itu dalam keadaan tergesa gesa.

"Dimana doktor istana?"

"Hari ni, Limei melahirkan jadi kesemua doktor di istana diarahkan untuk menunggunya kerana takut jika berlaku perkara yang tidak diingini. Saya telah memberitahu mereka keadaan Puteri Kelima tapi doktor hanya boleh mendiskripsikan sahaja ubat namun tidak boleh datang kemari".

Mendengar jawapan itu membuatkan wanita tersebut agak kecewa namun
tanpa berlengah dia menyuruh pembantunya untuk segera menyediakan ubat yang baru sahaja dibawanya itu.

"Sayang, bagaimana keadaan kamu sekarang", soal wanita itu kepada Lin Feilu dengan nada yang sangat lembut.

Lin Feilu cuba membalas pertanyaan itu namun keadaannya yang masih sangat lemah membuatkan dia tidak berdaya bersuara sama sekali.

"Tunggu kamu makan ubat terlabih dahulu, nanti ibu akan masakan makanan kegemaran kamu", ucap wanita itu lagi.

Setelah berusaha beberapa kali akhirnya Lin Feilu berjaya untuk bersuara, ''apa yang berlaku kepada saya", ucapnya dalam keadaan yang lemah.

"Pagi tadi Lu'er pergi bermain di astaka Linxing tapi tanpa sengaja telah terjatuh kedalam tasik yang berada disana menyebabkan Lu'er demam namun jangan risau selepas minum ubat pasti kesayangan ibu ini akan sihat semula".

Lin Feilu menggigit bibirnya dengan kuat sehingga berdarah menyedarkan dia bahawa apa yang sedang berlaku pada ketika ini bukanlah mimpi tapi sebuah kenyataan, dia telah diberikan peluang kedua untuk hidup kembali.

Setelah makan ubat dia meminta izin untuk tidur kerana ingin merehatkan tubuh dan juga fikirannya yang masih berada dalam keadaan keliru.

"Esok, hadiahkan gelang tangan jed ini kepada Limei sebagai tanda tahniah kerana melahirkan seorang bayi. Saya tidak boleh melawatnya disebabkan kedudukan saya yang rendah", ucap ibu baru Lin Feilu kepada pembantunya.

Semasa tidur segala ingatan Puteri Kelima yang sebenar masuk ke dalam pemikiran Lin Feilu. Sebenarnya melalui ingatan kanak kanak yang berusia lima tahun tidak banyak maklumat yang dapat dia perolehi.

Apa yag dia ketahui, sekarang dirinya berada di Dinasti Dalin yang langsung tidak tercatat didalam buku sejarah yang pernah dipelajari semasa zaman persekolahan. Ibunya merupakan seorang gundik diraja yang bernama Lan Guiren, dia juga mempunyai seorang abang yang tua dua tahun dari dirinya namun Lin Zhanyuan merupakan seorang kanak kanak istimewa. Masyarakat pada zaman dahulu kurang pendedahan dengan perkara seperti ini sehingga menganggap kehadiran abangnya itu sebagai suatu perkara yang memalukan, orang orang di istana memanggilnya sebagai "anak bodoh".

Manakala Lin Feilu pula adalah puteri kelima namun tidak pernah langsung bertemu dengan ayahnya. Mereka bertiga tidak disukai kerana dianggap memalukan keturunan diraja.

Kelmarin semasa bermain layang layang, tanpa disengaja tali layang layangnya telah terputus membuatkan Lin Feilu berlari untuk mendapatkannya semula namun ketika berada di astaka Linxing dia bertemu dengan Puteri Ketiga Lin Xi.

Lin Xi yang tidak menyukainya telah menolak Lin Feilu jatuh ke dalam tasik sehingga membuatkan dirinya demam.

Memandangkan kini dia adalah Lin Feilu seorang puteri yang terpinggir, dia berjanji untuk membalas segala perbuatan Lin Xi terhadapnya namun sesuai dengan janjinya dari kehidupan sebelumnya, Lin Feilu bertekad untuk menjadi orang yang baik dan disenangi oleh semua orang.

Dendamnya harus terbalas tetapi dia harus memahami terlebih dahulu kehidupannya pada zaman ini. Soal balas dendam harus di ketepikan terlebih dahulu.

Walaupun abangnya Lin Zhanyuan merupakan putera keenam tapi memandangkan kehidupan mereka sebagai keluarga yang terpinggir, orang orang suruhan di istana yang berpangkat paling rendah sekalipun tanpa segan memarahi abangnya itu.

"Bagaimana keadaan adik sekarang? adakah masih sakit?", ucap Lin Zhanyuan dalam nada yang comel.

Sambil tersenyum Lin Feilu membalas bahawa dirinya sekarang sudah tidak sakit lagi cuma hanya merasa letih sahaja.

"Adik makan banyak banyak.."

"Sekarang saya masih tidak berselera seharusnya abang yang makan dengan banyak", sambil Lin Feilu menyuapkan makanan tersebut kedalam mulut Lin Zhanyuan.

Semasa Lin Feilu melihat wajahnya dicermin gangsa yang terdapat didalam bilik tersebut, dia terkejut kerana melihat wajah barunya yang sangat comel tentu apabila besar nanti dia pasti akan menjadi seorang gadis yang cantik.

Mereka tiga beranak bersarapan dengan hidangan yang biasa biasa sahaja tidak seperti keluarga diraja lazimnya namun cukup bahagia.

Selepas bersarapan, Lin Feilu segera mencari tahu lagi akan situasi kehidupan barunya itu.

Mereka tinggal di halaman belakang istana Mingyue, halaman utama yang lebih besar didiami oleh Xu Cairen yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari ibunya.

Dan mereka juga hanya mempunyai dua orang pembantu sahaja iaitu Yun Yao dan Qingyan, kedua dua pembantu tersebut merupakan pembantu ibunya dari dia belum berkhawin lagi.

Buat waktu ini, Lin Feilu puas hati dengan kehidupannya sebagai puteri yang terasing kerana dia tidak mahu menarik perhatian orang lain terhadap keluarga kecilnya. Dengan kata lain, dia harus merancang hidupnya dengan baik terlebih dahulu sebelum memulakan rancangan yang lain.

Namun semasa Lin Feilu berehat pada  waktu tengah hari, Qingyan lari dalam keadaan tergesa gesa, "Niang Niang, orang orang dari istana Jiang datang kesini untuk mencari Tuan Puteri".

"Kenapa. apa yang berlaku?"

"Puteri Ketiga jatuh demam semalam dan asyik meracau menyebut nama Puteri Kelima. Doktor telah memeriksa keadaan Puteri Ketiga namun demamnya masih tidak kebah. Oleh itu, Jiang Yi beranggapan bahawa Puteri Kelima harus meminta  maaf dan mengakui kesalahannya supaya Puteri Ketiga boleh sembuh kembali seperti biasa".

Lin Feilu tersenyum sinis mendengar penjelasan itu, Lin Xi yang telah menolaknya jatuh kedalam tasik tapi dia ketakutan dan akhirnya dirinya sebagai mangsa pula yang harus memohon maaf!!

Nampaknya kehidupan di istana ini sangat menarik.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now