Lin Feilu tergamam mendengar perkhabaran itu.
"Xiaowu jangan risau, abang tidak akan mengorbankan kebahagianmu demi negara!"
"Adakah abang Lin Qing sedar, bahawa dengan menyetujui lamaran pernikahan ini akan memberi banyak manfaat kepada Dalin?"
Sebagai Raja Dalin, mustahil Lin Qing tidak mengetahuinya. Raja Song menjanjikan jalinan persahabatan selama seratus tahun. Sekaligus memberikan kestabilan politik kepada kerajaan pimpinannya tapi..
Lamaran pernikahan itu ditujukan kepada Xiaowu, adik yang paling disayangi olehnya.
"Dalin bukannya sebuah kerajaan yang lemah!"
"Tapi jika boleh elakkan pertumpahan darah dari berlaku, mengapa harus memilih pertempuran?"
Lin Qing tergamam mendengar kata kata adiknya itu.
"Pertempuran menyebabkan kemusnahan dan juga akan mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa".
Lin Feilu tiba tiba mengingati permintaannya sewaktu menyambut tahun baru semasa berada di gunung Wutai bersama dengan nendanya beberapa tahun yang lalu. Ketika itu,
dia mengharapkan agar dunia sentiasa aman dan damai tanpa peperangan.Dan hari ini, dia boleh menjalankan tanggungjawab tersebut dengan menunaikan permintaannya sendiri.
Sebenarnya, Lin Feilu bercadang untuk menulis surat kepada Song Jinglan dan memohon supaya pemuda itu tidak menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Yong. Tapi dia merasa khuatir jika suratnya nanti tidak akan diambil peduli dan menyebabkan dia merasa kecewa.
Lamaran ini membuatkan Lin Feilu merasa gembira kerana terbukti Song Jinglan masih memikirkannya.
Dia adalah pemuda yang dicintai oleh Lin Feilu dengan sepunuh hati tanpa dia sendiri sedari.
"Abang Lin Qing, biarkan saya pergi kesana".
"Huh?"
"Ini adalah hadiah yang Xiaowu berikan kepada abang!" sambil Lin Feilu tersenyum manis menatap wajah Lin Qing.
"Biar abang fikirkannya terlebih dahulu".
Lin Qing tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk berfikir kerana akan menerima tekanan daripada kerajaan Yong yang tidak sabar melihat kehancuran mereka.
Untuk menyakinkan Lin Qing agar menyetujui lamaran pernikahan ini. Lin Feilu berterus terang bahawa dia menyukai Song Jinglan namun Lin Qing sama sekali tidak percaya dengan pengakuannya itu.
Setelah dipujuk berkali kali, akhirnya Lin Qing terpaksa mengalah dan menurunkan cop mohornya di skroll lamaran pernikahan sebagai tanda persetujuan.
Lima hari kemudian, kedua dua kerajaan saling mengumumkan berita baik ini. Kerjasama antara dua kerajaan akan terjalin kerana kini mereka adalah saudara.
Seratus ribu tentera kerajaan Song dan tujuh puluh ribu tentera kerajaan Dalin yang berada dikawasan perbatasan Sungai Huai mengundurkan diri dalam masa yang sama lalu memberi ruang kepada general Xi Xun untuk menguatkan benteng pertahanan bagi mencegah serangan kerajaan Yong malah Dalin juga turut dibantu oleh tentera kerajaan Song dalam menjayakan misi tersebut.
Tindakan itu membuatkan Raja kerajaan Yong tergamam tidak percaya.
"Mengapa laporan kamu menyatakan Raja Song tidak berminat terhadap wanita?"
"Mmmm..."
Putera Ketiga kerajaan Yong merasa bingung dengan apa yang telah terjadi..tidak disangka dia telah diperbodohkan oleh mereka yang tinggal didataran tanah rata.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...