Chapter 30

121 8 0
                                    


"Terima kasih pakcik", ucap Lin Feilu kepada Lin Di setelah Raja itu berjaya menyambutnya.

Umur Lin Di sekarang adalah tiga puluh lapan tahun. Dia merupakan seorang lelaki yang tampan maka tidak hairanlah dia memiliki anak anak yang mempunyai rupa paras yang elok.

Melihat wajah Lin Feilu dengan lebih dekat membuatkan Lin Di semakin menyukai kocomelan wajahnya, baginya wajah Puteri Kelima umpama bidadari kecil yang turun dari langit.

Mungkin kecantikkan yang dimiliki oleh anaknya ini adalah hasil daripada warisan wajah ibunya. Tetapi Lin Di yakin wajah Lin Feilu akan jauh lebih cantik daripada Xiao Lan ketika dia besar kelak.

"Adakah nama kamu Xiaowu?"

"Ya".

"Apa yang kamu lakukan disini?"

"Saya sedang menunggu.." namun Lin Feilu tidak meneruskan kata katanya itu.

"Tunggu apa?"

Walau ditanya oleh Lin Di tapi Lin Feilu tidak mahu menyatakannya. Oleh itu, Raja sengaja mengalihkan perbualan mereka dengan bertanya akan kewujudan orang salji yang berada disitu.

"Adakah awak yang membuat gumpalan salji berbentuk orang ini?"

"Ya, dan ia dinamakan sebagai orang orang salji".

Lin Di memperhatikan sekali lagi orang salji tersebut yang mempunyai mata diperbuat daripada batu manakala hidungnya pula dari lobak merah. Hasil tangan itu sangat comel dan menarik perhatian.

"Siapakah orang salji yang besar ini?"

Mendengar soalan dari Lin Di, Lin Feilu segera berlari kearah empat patung orang salji tersebut dan dengan penuh bersemangat dia memperkenalkannya kepada Raja satu persatu. "Yang paling besar adalah ayah saya, ini ibu saya manakala yang itu abang saya dan terakhir adalah mewakili diri saya sendiri. Kami adalah empat sekeluarga yang harmoni!

Melihat kearah orang salji yang mewakili Putera Keenam membuatkan Lin Di terdiam sejenak tapi Puteri Kelima yang sedang berada dihadapannya pada ketika ini sangat comel.

Namun tiba tiba pandangan Lin Feilu berubah menjadi takut ketika memandang wajah ayahnya sambil mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang.

"Kenapa dengan awak?"

Lin Di melihat mata Lin Feilu memandang kearah busana yang sedang dipakainya pada waktu ini.

Pada malam ini, Lin Di menyarungkan busana formal seorang Raja kerana menghadiri jamuan tahunan kerajaan iaitu baju berwarna hitam dan merah disulami dengan gambar naga yang agung lambang kemegahan kerajaan Dalin.

"Adakah awak adalah tuanku Raja?" soal Lin Feilu dengan penuh hati hati.

"Apa yang awak maksudkan?" balas Li Di tanpa menjawab soalan Lin Feilu terlebih dahulu namun dalam masa yang sama dia merasa bangga kerana mempunyai anak yang bijak.

Tindakan Lin Feilu yang semakin menjauhinya tapi cuba untuk membeikan salam hormat, kelihatan semakin comel dimata Lin Di.

Menurutnya dia telah menakutkan Lin Feilu.

Perlahan lahan Lin Di menghampiri anaknya, "nampaknya anak ayah membesar menjadi seorang puteri yang comel".

Namun Lin Feilu hanya menundukkan kepalanya sahaja dan  tidak lagi memandang wajah Lin Di.

"Saya adalah ayah awak, kamu tidak perlu merasa takut".

"Tuanku, sudah masanya untuk kita kembali semula ke dewan jamuan", ucap salah seorang sida yang menemani Lin Di.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now