Walaupun tidak mahu keluar dari kolam air panas itu tapi akhirnya Lin Feilu terpaksa akur dengan arahan Xi Guifei setelah seorang dari pembantunya mengangkat Lin Feilu keluar.
"Datang lagi kesini pada hari esok, jika awak masih berminat untuk berendam di kolam air panas".
"Jadi, esok saya boleh datang lagi kesini?"
"Datang atau tidak itu adalah pilihan kamu sendiri", jawab Xi Guifei
Setelah selesai menukar pakaiannya, pembantu Xi Guifei menghidangkan Lin Feilu dengan teh panas dan juga kuih. Mungkin disebabkan kelaparan, kedua dua tangan Lin Feilu dipenuhi dengan makanan sambil dia menggoyang goyangkan kakinya kedepan dan kebelakang. Pembantu Xi Guifei terpesona dengan kecomelan Puteri Kelima itu.
"Puteri Kelima sangat comel!"
"Mestilah Puteri Kelima adalah puteri yang paling comel diseluruh dunia", balas Songyu sambil tersenyum lebar.
Lin Feilu yang mendengar perbualan mereka itu merasa bangga namun dia dapat menyembunyikan kebanggaannya dan tetap bersikap polos dihadapan mereka. Malah kadang kala, dia juga merasakan bahawa dirinya sememangnya seorang kanak kanak yang comel.
Setelah selesai menjamah kuih yang dihidangkan, pembantu Xi Guifei mengajaknya untuk menikmati pemandangan yang berada di sekitar kawasan itu. Tanpa berfikir panjang, dia setuju dengan cadangan tersebut.
Halaman yang menempatkan Xi Guifei ini adalah halaman khas yang disediakan oleh Lin Di kepadanya. Sekiranya Xi Guifei tidak mengikuti perjalanan percutian sekalipun, tiada seorang pun yang boleh untuk tinggal disini!
Nampaknya Raja amat menghargai Xi Guifei namun jarang sekali mengunjunginya sebagai seorang suami, Lin Di lebih memilih untuk bersama dengan Ruan Guifei yang jelita ataupun Mei Fei yang menawan.
Mungkin Lin Di tidak dapat melihat kecantikan dalaman yang dimiliki oleh Xi Guifei namun Lin Feilu amat menyukainya!
Tiba tiba mereka mendengar bunyi bising dari arah bumbung yang berdekatan membuatkan semua yang berada disitu terkejut. Pembantu yang bersama dengan Lin Feilu memandang keatas dan mendapati beberapa ekor burung sedang berterbangan sambil membuat bising.
"Puteri Kelima, awak masuk kedalam dahulu nanti saya akan panggil pengawal untuk memeriksa apa yang berlaku diatas".
Xi Guifei yang baru sahaja selesai menyiapkan diri segera keluar apabila mendengar bunyi keriuhan, "apa yang sedang berlaku?"
Lalu pembantu tersebut segera menceritakan segala galanya kepada Xi Guifei.
"Kalau begitu, biar saya naik keatas dan memeriksa sendiri apa yang berlaku disana", serta merta Xi Guifei terbang keatas bumbung menggunakan teknik qigongnya.
Lin Feilu tergamam apabila melihat tindakan Xi Guifei yang sangat pantas terbang keatas, malah bumbung ini lebih tinggi daripada pokok yang digunakan oleh Xi Xingjiang.
Adakah kesemua ahli keluarga Xi sangat suka terbang? melawan hukum Newton yang digunakan di zaman moden!
"Ianya hanyalah seekor burung gagak yang patah sayap", ucap Xi Guifei yang telah turun sambil membawa bersama burung gagak itu.
Namun semasa Xi Guifei ingin berlalu pergi, dia melihat Puteri Kelima memeluk kakinya dengan kuat.
"Apa yang awak buat?"
"Saya mahu belajar!"
"Berapa umur kamu? lagi pula seorang Puteri kerajaan tidak perlu ke medan perang".
"Tapi saya mahu mempelajarinya, saya mahu mempelajarinya!" demi untuk belajar seni bela diri, Lin Feilu terpaksa bertindak seperti seorang kanak kanak yang sesungguhnya kerana itu adalah senjata yang paling ampuh untuk meluluhkan hati orang dewasa.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...