Chapter 44

107 11 0
                                    


Xiao Lan memiliki sepasang anak yang mewarisi kecantikannya dengan sempurna.

Ingatan Lin Di terhadap Lin Zhanyuan hanya terbatas ketika anak itu berusia tiga tahun, dimana ia mula menampakkan wajah bodohnya yang sentiasa mengalirkan air liur, membuatkan Lin Di merasa jijik.

Namun penampilannya kini amat berbeza. Lin Zhanyuan memiliki wajah yang tampan dan sama seperti Lin Feilu dia juga mempunyai lesung pipit yang comel.

Walaupun Putera Keenam tidak sebijak dan secerdas kanak kanak normal yang lain tapi dia juga tidak seburuk seperti yang berada didalam pemikiran Lin Di selama ini. Malah Lin Zhanyuan mampu menghafal sifir sembilan!

"Abang Zhanyuan seorang yang bijak, maka kesemua origami arnab ini adalah milik awak".

Lin Zhanyuan merasa senang mendengar kata kata adiknya sehingga membuatkan dia bertepuk tangan dengan gembira namun tepukan tangannya tiba tiba terhenti apabila Lin Zhanyuan melihat kemunculan orang yang tidak dikenali olehnya di hadapan pintu istana Mingyue.

Lantas Lin Zhanyuan segera bersembunyi dibelakang ibunya namun disebabkan rasa ingin tahu, kepalanya menjulur keluar, sama seperti eskpresi Xiaowu ketika pertama kali mereka bertemu.

Mereka sememangnya saudara seibu!

Xioa Lan yang melihat anaknya ketakutan segera memandang kearah pintu lalu terkejut apabila melihat Lin Di berada disitu. Dengan segera dia berlutut dan memberikan salam hormatnya.

"Ayah", ucap Lin Feilu dengan gembira.

Lin Di yang agak kekok pada mulanya tersenyum senang kerana melihat sambutan Puteri Kelima yang hangat.

Apabila Raja mendekati Xiao Lan, baginda menghidu haruman yang sama dengan uncang yang dipakai olehnya selama ini.

Lin Di yang melihat Xiao Lan masih bersujud segera mengarahkannya untuk bangun.

"Yuan'er, beri salam hormat untuk ayahmu", ucap Xiao Lan dengan lembut kepada Lin Zhanyuan.

Putera Keenam memandang hairan kearah Raja yang kini sedang memeluk erat adiknya. Namun dia tetap menuruti perintah ibunya tanpa sebarang bantahan.

Sebelum ini, Xiaowu sering mengajarkannya cara untuk memberi salam kepada ayah mereka jika mereka bertemunya dengannya kelak. Serta merta dia mengetahui bahawa ini adalah permainan 'hormat menghormati' yang selalu diajarkan kepadanya sebelum ini.

Lin Di tidak menyangka sama sekali bahawa 'putera bodohnya' boleh memberi salam dengan penuh tertib.

Dia merasakan puteranya ini bukannya seorang anak yang bodoh tetapi comel!

Lin Di merasa sangat puas hati kerana Lin Zhanyuan melebihi daripada ekspetasinya.

Walaupun Lin Di telah memperlihatkan sisinya yang paling lembut kepada Lin Zhanyuan namun tetap sahaja dia merasa takut dengan ayahnya.

"Ayah mengapa ayah datang kesini?adakah disebabkan kerana ayah merindui saya?' tanya Lin Feilu sambil merangkul leher Lin Di.

"Ya, ayah datang kesini kerana ayah merindui Xiaowu. Tapi adakah Xiaowu juga merindui ayah?"

"Saya tahu, tentu ayah datang kesini kerana membawakan saya ayam panggang yang pernah saya sebutkan tempoh hari".

Lin Di ketawa dengan kuat kerana mendengar kepolosan Xiaowu yang hanya mengingati tentang makanan sahaja.

"Apakah ini?" soal Lin Di kepada Xiao Lan tentang origami yang telah ia lipat sebelum ini.

"Saya membuat origami berbentuk haiwan dari bunga dan daun untuk Lu'er serta Yuan'er".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now