Chapter 46

100 9 0
                                    

Kembalinya Maharani ke istana merupakan perkara yang besar kepada harem. Walaupun Maharani sudah tidak mencampuri sebarang urusan yang berkaitan dengan Dalin, tapi sebahagian gundik Raja yang jarang dilawati oleh baginda hanya mampu berharap menerima kasih daripada ibu Raja itu.

Mendapat perhatian daripada Maharani walaupun hanya sedikit mampu memberi jaminan untuk hidup dengan baik di istana.

Malah Maharani juga merupakan seorang yang bijak, sebarang perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh Raja dan Permaisuri mampu ditanganinya dengan mudah!

Walau bagaimanapun, sebenarnya tiada sesiapa di istana ini yang benar benar rapat dengannya. Kerana dia bukannya wanita biasa, Maharani adalah pemenang utama semasa pemerintahan Raja yang dahulu sehingga membuatkan Lin Di berjaya menjadi seorang Raja.

Entah berapa banyak darah dan nyawa yang membasahi tangannya untuk mencapai tujuan tersebut.

Sebagai pemerintah, keluarga diraja mempunyai kuasa yang cukup menggiurkan tapi malangnya mereka tidak memiliki kehangatan dan kasih sayang yang ada dalam keluarga biasa.

Semasa Lin Di telah berjaya memiliki takhta, Maharani juga semakin berusia membuatkan dia mengenang segala dosa dosa silamnya. Perkara itu, mengakibatkan beliau sering merasa takut serta bersalah.

Sehubungan itu, Maharani mengambil keputusan untuk mendekatkan diri dengam buddha kerana agama tersebut menekankan karma disetiap perbuatan, dia khuatir jika mati kelak dia tidak akan dilahirkan semula sebaliknya terus dilempar ke neraka!

Pada mulanya, Maharani tidak mempedulikan ketakutannya itu tapi lama kelamaan dia sering bermimpi mengenai setiap kesalahan yang pernah dia dilakukan, membuatkan Maharani tidak dapat tidur pada waktu malam.

Setelah mendapat nasihat daripada seorang sami maka Maharani mengambil keputusan untuk tinggal di tokong buddha yang terdapat di gunung Wutai untuk mencuci segala dosa dosa silamnya. Secara magis, selepas tinggal di gunung Wutai, Maharani akhirnya tidak mengalami sebarang mimpi buruk lagi.

Sebelum ini, Maharani adalah seorang wanita yang sangat cantik, menjadi idaman para lelaki pada zamannya. Namun ketika beranjak usia, kulit wajahnya mula berkedut membuatkan tulang pipinya kelihatan  menonjol mengakibatkan wajahnya kelihatan garang membuatkan orang orang merasa gentar ketika memandangnya.

Cucu cucunya akan ketakutan dan menangis ketika dia memeluk mereka, para gundik yang memberi salam kepadanya akan menunjukkan wajah cemas dan bersalah apabila melihat kelakuan anak mereka masing masing.

Apabila cucunya meningkat remaja, walaupun sudah tidak menangis ketakukan lagi tapi kesemuanya akan menjaga jarak serta hormat kepada Maharani, hubungan mesra di antara cucu dengan seorang nenek langsung tidak terjalin.

Nampaknya, Maharani terpaksa menerima takdirnya bahawa di usia senja seperti ini, dia tidak akan menikmati kebahagian dan kasih sayang keluarga. Mungkin ini adalah hukuman buatnya.

Walaupun begitu, setelah mengabadikan diri dengan buddha Maharani sudah tidak ambil peduli dan tidak menyimpan dendam didalam hati.

Lin Di memimpin sendiri para gundik  dan anak anaknya untuk menyambut kedatangan ibunya itu.

Sebaik sahaja sampai di istana, Maharani mendapati bahawa cucu cucunya telah pun besar namun pandangan matanya melihat seorang kanak kanak perempuan yang comel, berdiri disamping Putera Keempat sedang memandangnya dengan penuh minat.

Kesemua cucunya yang lain menundukkan kepala mereka masing masing, hanya budak comel ini sahaja yang melihatnya dengan rasa ingin tahu.

Maharani berpendapat bahawa kanak kanak comel itu pasti Puteri Kelima!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now