Chapter 112 (Ekstra Chapter)

153 14 5
                                    


Pada tahun kedua puluh tujuh, Song Jinglan memutuskan untuk turun dari takhta dan menyerahkan pemerintahan kepada anaknya Song Xiaolan.

Tindakan tersebut telah mengejutkan ramai pihak kerana mereka semua mengetahui untuk mendapatkan takhta, Song Jinglan melalui jalan yang berdarah.

Dan kini, dia dengan senang hati memilih untuk turun dari takhtanya itu.

Putera Mahkota Song Xiaolan baru berusia tujuh belas tahun dan ayahnya sudah memberikan kepercayaan yang besar kepadanya.

Pada mulanya, barisan para menteri tidak bersetuju dengan penurunan takhta Song Jinglan kerana menganggap Putera Mahkota masih terlalu muda bagi menggalas tanggungjawab memerintah negara.

Namun jika keputusan telah dimuktamadkan oleh Song Jinlan maka tiada siapa yang boleh membantah keputusannya itu.

Selama ini, barisan para menteri sangat takut kepadanya namun dalam masa yang sama mereka turut merasa hormat dan kagum kepada beliau kerana berjaya memulihkan kembali kehormatan kerajaan Song yang telah tercalar sewaktu pemerintahan ayahnya dulu.

Bagi mereka semua, selagi Song Jinglan menerajui pemerintahan maka kerajaan mereka akan tetap stabil tanpa sebarang ancaman.

Walau menangis air mata darah sekalipun, Song Jinglan tidak akan mengubah keputusannya itu.

Akhirnya barisan para menteri terpaksa beralah. Lagi pula, mereka semua menyaksikan tumbesaran Putera Mahkota, ia adalah seorang pemuda yang bijak dan berkaliber seperti ayahnya.

"Adakah menjadi seorang Raja sangat menyusahkan? mengapa ayah begitu cepat memberikannya kepada saya?"

"Memiliki takhta adalah hal yang sangat menyenangkan. Kamu harus gembira kerana ayah menyerahkannya kepada awak dengan begitu sahaja".

"Ayah ingat saya tidak tahu. Ayah sengaja menyerahkan takhta tersebut kepada saya dengan lebih awal kerana mahu berjalan dengan gembira didunia jianghu bersama ibu!"

Lin Feilu tergamam mendengar perbualan anak beranak itu kerana tidak menyangka takhta yang menjadi idaman semua orang ditendang seperti bola

Pada waktu malam, Lin Feilu sendiri yang bertanya kepada Song Jinglan. "Apakah kamu serius untuk turun dari takhta dan menyerahkannya kepada Xiao Song".

"Ya".

"Untuk memiliki takhta awak berjuang sehingga nyawa menjadi taruhan dan kini kamu memilih untuk melepaskannya dengan begitu sahaja".

Song Jinglan memandang isterinya sambil tersenyum dan berkata, "saya mahukan takhta pada waktu itu kerana dengan hanya menjadi Raja saya boleh memiliki apa yang saya mahukan. Dan sekarang saya telah mendapatkannya jadi saya merasa takhta bukanlah perkara penting dalam hidup saya lagi".

"Apa yang awak mahukan itu sehingga sanggup untuk mengambil takhta pemerintahan?"

"Saya mahukan kamu menjadi isteri saya. Hanya dengan menjadi Raja sahaja, saya boleh berkhawin dengan puteri kesayangan Raja Dalin!"

Beberapa hari kemudian, Song Xiaolan pun ditabalkan menjadi Raja Song yang baru manakala Song Jinglan secara rasmi telah turun dari takhta pemerintahan.

Lin Feilu telah tercatat didalam sejarah sebagai seorang Maharani yang paling muda.

Dia merasa agak janggal dengan gelar baru tersebut.

Pada mulanya Song Xiaolan merasa agak kekok untuk melaksanakan tanggungjawab barunya itu tapi setelah dua hari naik takhta ibu dan ayahnya telah meninggalkan istana tanpa berpamitan terlebih dahulu, membuatkan Song Xiaolan menjadi matang dengan cepat.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now