Chapter 24

114 9 0
                                    


Xi Xingjiang merasa sangat yakin bahawa anak panah tersebut tidak akan terkena Puteri Kelima memandangkan penungangg kuda itu duduk tinggi diatas kuda manakala Lin Feilu bertubuh kecil dan rendah melainkan anak panah tersebut dilepaskan kearah tanah barulah dia akan merasa risau.

Lin Feilu merasa geram apabila melihat Xi Xingjiang yang mentertawakannya dirinya sedangkan dia baru sahaja mengalami perkara yang sangat menakutkan.

Penunggang kuda tersebut segera menghampiri mereka dengan wajah yang risau sambil bertanya kepada Lin Feilu, "adakah awak terluka?"

Penunggang kuda tersebut kelihatan sebaya dan sama tinggi dengan Xi Xingjiang. Dia memakai baju  berwarna merah gelap berserta tali pinggang bersulam emas yang bertakhtakan jed. Dari atas sampai kebawah penampilannya sangat mewah melambangkan dia mempunyai status yang tinggi.

Melihatnya, Lin Feilu tahu bahawa budak lelaki yang berada dihadapannya pada ketika ini merupakan salah seorang dari anak ayahnya dan kemungkinan besar dia adalah Putera Mahkota Lin Qing anak kepada Permaisuri.

Tekaan Lin Feilu ternyata benar setelah mendengar Xi Xingjiang menjawab pertanyaannya tadi sambil tersenyum, "tuanku kami berdua tidak terluka, saya berada agak jauh sedangkan dia terlalu pendek".

Lin Qing berwajah tampan, orangnya kelihatan tenang dan lembut namun terselit ketegasan seorang Putera Mahkota diwajahnya.Walaupun berstatus tinggi tapi dia langsung tidak menunjukkan sebarang riak keangkuhan. Lin Qing adalah anak kesayangan dan harapan ayahnya untuk menerajui Dalin di suatu hari nanti.

Namun, mungkin disebabkan memikul beban yang berat sebagai pewaris negara maka ketika Lin Qing sedang memandang seseorang pandangannya sangat tajam, seolah olah sedang memikirkan sesuatu masalah yang sangat besar. Pemikirannya langsung tidak sesuai dengan usianya yang masih muda!

"Xiaowu, memberi salam hormat kepada tuanku Putera Mahkota".

Lin Feilu dan Lin Qing saling bertukar pandangan diantara satu sama lain. Rasa ingin tahu jelas terpapar di wajah Lin Qing sewaktu memandang kearah Lin Feilu. Seorang kanak kanak comel yang berwajah putih mulus mempunyai bibir merah dan barisan gigi yang putih, matanya bulat bersinar serta mempunyai lesung pipit tatkala tersenyum. Jika besar nanti, pasti dia akan menjadi seorang gadis yang cantik.

"Xingjiang, adakah dia adik awak?"

"Haa..bukankah dia adalah adik tuanku?"

Lin Qing terkejut setelah mendengar kata kata Xi Xingjiang, "saya kurang tahu, adakah awak Puteri Kelima?". Dia menyatakan demikian kerana Puteri Kelima adalah satu satunya adik yang belum pernah ia temui.

"Ya", jawab Lin Feilu ringkas.

"Tuanku mempunyai seorang adik yang yang comel seperti Puteri Kelima  tapi tidak mengenalinya membuatkan saya merasa cemburu. Sekiranya saya mempunyai adik seperti dia, saya akan memeluk dan membawa dia kemana mana setiap hari!"

Lin Feilu merasa menyampah setelah mendengar apa yang diucapkan oleh Xi Xingjiang itu.

Mujur sahaja Xi Xingjiang segera menukar topik perbualan mereka, "sekarang cuaca amat sejuk, mengapa tuanku datang kesini untuk berlatih menunggang dan memanah seorang diri?"

"Walaupun cuaca sejuk tapi saya tidak mahu membuang masa untuk melalukan perkara yang tidak berfaedah. Oleh itu, saya memutuskan untuk datang berlatih disini".

"Jadi tuanku datang berlatih walaupun dalam keadaan cuaca yang sejuk kerana mahu memenangi tempat pertama dalam acara memburu yang akan diadakan pada musim bunga nanti?"

Lin Qing hanya ketawa sahaja apabila mendengar ucapan Xi Xingjiang itu. Pada ketika ini, Lin Feilu merasakan perbincangan diantara mereka berdua seolah olah perbincangan diantara Raja dengan seorang menteri kerajaan. Akibat kelancangan mulut Xi Xingjiang, mungkin satu hari nanti dia akan kehilangan kepalanya tanpa dia sedari.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now