Disebabkan kemangkatan Maharani, maka menurut adat Dalin, setiap garis keturunannya harus menghormati baginda dengan berkabung selama dua tahun.
Pada tahun itu, pihak istana telah membatalkan segala acara dan jamuan yang berkaitan dengan sambutan tahun baru bagi menghormati kemangkatannya. Ini adalah tahun baru yang paling sepi pernah dirasakan oleh Lin Feilu semenjak berada Dalin.
Sepatutnya Putera Kedua Lin Jiwen akan melangsungkan pernikahan pada awal musim bunga namun ianya terpaksa ditunda kerana keluarga kerabat diraja harus berkabung menyebabkan mereka tidak boleh mengadakan sebarang pesta terutama sekali perkhawinan. Perkara tersebut membuatkan Lin Feilu dapat menarik nafas lega kerana sepanjang dua tahun akan datang Lin Di tidak akan memaksanya lagi, untuk memilih pasangan.
Lin Zhanyuan yang pada mulanya menangis setiap masa apabila melihat sekujur tubuh nenda kesayangan yang tidak bernyawa, akhirnya tidak menangis lagi setelah dipujuk oleh adiknya yang menyatakan bahawa Maharani telah bertukar menjadi bintang terang yang berada di langit pada malam hari. Setiap malam, dia akan melihat keatas untuk memandang bintang yang paling terang kerana percaya itu adalah nendanya.
Sebaik sahaja upacara pemakaman selesai diadakan, Lin Ting meminta keizinan dari Lin Di untuk berjaga di makam diraja selama tempoh berkabung bagi memenuhi tugas terakhirnya sebagai seorang cucu. Tanpa membuang masa, Lin Di segera menyetujui permintaan tersebut.
Kerajaan Song semakin maju dari segala aspek membuatkan Lin Di merasa agak tercabar.
Semenjak pertempuran merebut wilayah bebas cukai yang terjadi pada tahun lalu. Kedua dua kerajaan tidak pernah bertingkah lagi, tapi masing masing telah menguatkan kubu pertahanan di daerah sempadan kerajaan dari dicerobohi oleh pihak musuh.
Menjelang musim bunga beberapa waktu yang lalu, Lin Di menerima laporan yang mengatakan kerajaan Song telah menambahkan jumlah pasukan tentera mereka didaerah sempadan. Tindakan tersebut dilihat sebagai langkah persiapan untuk menghadapi peperangan.
Sebagai persediaan menghadapinya, Lin Di turut menambah bilangan tentera mereka. Setelah menunggu cabaran perang dari pihak lawan, Lin Di menerima satu lagi laporan yang menyatakan bahawa kerajaan Song telah menyerang kerajaan Wei yang berada di selatan.
Kerajaan Wei hanyalah sebuah kerajaan kecil, sebelum kerajaan Song diperintah oleh ayah Song Jinglan mereka menghantar ufti kepada kerajaan Song tapi semasa kejatuhan kerajaan tersebut, kerajaan Wei tidak lagi memperakui kerajaan Song. Malah dalam tempoh beberapa tahun ini, kerajaan Wei juga tidak menghormati kerajaan Song seperti dahulu.
Pada mulanya, Dalin ingin memperluaskan kekuasaan mereka sehingga ke kerajaan Wei. Namun terpaksa membatalkan niat tersebut kerana kerajaan mereka dan kerajaan Wei terpisah oleh sungai Huai dan harus merentas kerajaan Song untuk sampai kesana. Rancangan Lin Di telah dihalang oleh kedudukan geografi diantara dua negara.
Sekarang Song Jinglan telah menaiki takhta kerajaan mereka dan memerintah secara agresif maka dia sama sekali tidak menyenangi kemajuan kerajaan Wei yang telah melupakan kerajaan Song.
Tindakan Song Jinglan telah mengancam keamanan antara kerajaan yang ada, meskipun Lin Di ingin menghulurkan bantuan kepada kerajaan Wei tapi mereka tidak mempunyai akses untuk sampai kesana tanpa melalui kerajaan Song membuatkan Lin Di harus membatalkan niat tersebut.
"Dari mana Song Jinglan dapat mengumpul pasukan tentera yang ramai bagi menawan sebuah kerajaan?" soal Lin Di.
"Untuk misi kali ini, Raja kerajaan Song hanya mengirim seramai tiga puluh ribu orang tentera berkuda sahaja".
"Nampaknya Song Jinglan terlalu percaya diri sehingga bermimpi untuk menawan sebuah kerajaan dengan hanya menggunakan jumlah pasukan tentera yang kecil, dia akan kalah dengan teruk!"
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...