Chapter 84

86 10 0
                                    


Lin Feilu berdiri dengan agak lama dihadapan pintu masuk ke kediaman milik Lin Jingyuan sambil memikirkan bagaimanakah sel sel otak abangnya itu berhubung sehingga mencetuskan idea pembinaan buku besar yang diperbuat daripada batu.

Pada mulanya pengawal yang bertugas menjaga pintu gerbang bersikap agak ragu melihat tingkah laku Lin Feilu yang mencurigakan, namun setelah menyedari bahawa gadis tersebut adalah Puteri Kelima yang telah berpergian selama setahun, dengan segera mereka memberikan salam hormat kepadanya.

Lin Jingyuan yang menerima perkhabaran tersebut, berlari keluar dari kediaman dengan riang, "Xiaowu, kamu akhirnya telah kembali".

"Abang Jingyuan!"

"Mari, abang akan tunjukkan kepada kamu betapa megahnya kediaman ini. Ia adalah salah satu dari sepuluh  kediaman termewah yang berada di Dalin", ucap Lin Jingyuan sambil menarik masuk tangan Lin Feilu.

"Abang Jingyuan, mengapa ada dua buah buku yang diperbuat dari batu besar berada di pintu hadapan? bukankah orang lain selalunya akan menggunakan patung singa?"

"Penggunaan patung dihadapan pintu gerbang adalah bertujuan untuk menjadi penangkal kepada semangat jahat. Menurut abang, tiada yang lebih menakutkan daripada disuruh membaca dan menghafal sebuah buku!"

"Huh?"

"Kamu tidak akan menemukannya di tempat lain kecuali di kediaman abang!" tambah Lin Jingyuan lagi.

Ya, hanya Lin Jingyuan sahaja yang mempunyai pemikiran paling unik di seluruh kerajaan!

Kediaman Lin Jingyuan sememangnya direnovasi dengan sangat cantik berbanding kediaman milik Lin Nianzhi dan Lin Ting yang lebih bertemakan seni ortodoks yang tipikal.

Setelah itu, Lin Feilu menceritakan pengalamannya sewaktu melakukan pengembaraan dalam setahun ini kepada abang keempatnya sambil menjamu hidangan petang yang telah disediakan.

"Lain kali, kita berdua pula yang akan melakukan perjalanan panjang bersama sama", usul Lin Jingyuan.

"Baiklah tapi saya mendengar bahawa abang telah pun bertunangan".

"Jangan bangkitkan perkara yang menjengkelkan itu!"

"Huh? abang Jingyuan tidak suka dengan bakal kakak ipar saya?"

"Kami berdua belum lagi berkhawin, jangan gelar 'dia' sebagai kakak ipar, abang tidak suka!"

Melihat ekspresi wajah Lin Jingyuan, nampaknya pernikahan yang akan berlaku ini adalah rancangan dan pilihan dari Xian Fei dan ayah mereka tanpa meminta persetujuan dari abangnya terlebih dahulu.

Walau merasa tidak rela, dekri diraja telah pun dikeluarkan menyebabkan Lin Jingyuan tidak boleh membantah keputusan tersebut kerana tarikh pernikahan telah ditentukan, ia akan berlangsung pada akhir musim panas nanti.

Disebabkan masalah ini, Lin Jingyuan telah bermasam muka dengan ibunya sendiri.

"Mengapa abang Jingyuan tidak menyukai pertunangan ini, adakah ia disebabkan abang sudah menyukai gadis yang lain?" Jika benar, maka saya akan temankan abang untuk pergi berhadapan dengan Xian Fei bagi membatalkan perkhawinan tersebut, supaya kamu boleh bernikah dengan gadis yang awak suka!"

"Tidak. Saya tidak menyukai sesiapa..saya tidak mahu dipaksa untuk berkhawin!"

"Huh?"

Mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan jiwa muda Lin Jingyuan sedang membara maka dia memprotes segala keputusan yang telah ditentukan untuknya.

"Maksudnya, abang Jingyuan tidak pernah bertemu dengan tunangan sendiri tapi menolak pernikahan ini tanpa alasan yang kukuh. Bagaimana abang Jingyuan tahu bahawa abang tidak akan menyukainya jika sudah bersama nanti?'

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now