Lin Ting seorang yang bersikap lembut sehingga bukan sahaja manusia malah pelbagai jenis haiwan turut menyukainya. Mengetahui ramai orang terkorban kerana dirinya merupakan satu tamparan hebat buat Lin Ting sehingga mengakibatkan tekanan perasaan.
Sambil memegang tangan Lin Ting, Lin Feilu berkata, "abang Lin Ting, tanpa awak sekalipun, mereka tetap akan mati".
Air mata Lin Ting terus mengalir tanpa henti.
"Tanpa abang, seseorang tetap akan menggalas tugas ini. Tapi kerana abang Lin Ting yang memikul tanggungjawab tersebut maka lebih ramai nyawa yang boleh diselamatkan!".
"Huh?"
"Jika orang lain yang menjadi Putera Sulung, bahkan jika saya sekalipun saya tidak akan mengorbankan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Abang Lin Ting, awak adalah seorang yang sangat istimewa. Tiada orang yang terkorban kerana awak tetapi ramai yang terselamat kerana abang adalah Putera Sulung!"
Menurut pandangan Lin Feilu, jika orang lain yang menjadi Lin Ting maka pastinya orang tersebut akan berganding bahu dengan keluarga Ruan untuk menjayakan impian mereka bagi memegang tampuk pemerintahan. Maka ketika itu, ramai nyawa yang akan terkorban.
Tapi memandangkan Lin Ting adalah anak sulung Raja dan cucu kepada keluarga Ruan maka dia telah terlibat secara langsung walaupun dalam keadaan terpaksa. Selama ini, dia berusaha untuk mengawal keserakahan mereka namun akhirnya dia yang menjadi mangsa.
Perlahan lahan, Lin Feilu menyeka air mata Lin Ting yang mengalir diwajahnya.
"Abang Lin Ting boleh merasa kasihan kepada mangsa yang terkorban tetapi tidak boleh merasa bersalah terhadap mereka. Kerana rasa bersalah tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku disebabkan semuanya telah pun terjadi. Oleh itu, abang Lin Ting harus hidup dengan baik bagi mengubati rasa kelam yang kamu alami itu".
Lin Ting menatap wajah lembut adiknya dan mengimbau masa kecil mereka. Setiap kali dia mengalami masalah, Xiaowu dengan bijak akan menyelesaikan untuknya.
Adik kelima adalah orang yang paling dia percayai didunia ini.
Namun tiba tiba perbualan mereka berdua terhenti dengan kedatangan Ruan Guifei, "Ting'er, Ting'er, kamu sudah sedar..?"
Sebaik sahaja mendapatkannya, Ruan Guifei segera memeluk Lin Ting dengan erat membuatkan Lin Ting tergamam kerana sudah terlalu lama dia tidak dipeluk oleh ibunya sendiri.
"Ting'er, maafkan ibu. Ibu berjanji tidak akan memaksa kamu lagi", ucap Ruan Guifei sambil menangis.
Melihat wajah Lin Ting yang seakan meminta bantuan darinya, Lin Feilu segera berkata, "Ruan Guifei, abang Lin Ting baru sahaja tersedar dan tubuhnya masih lagi berada dalam keadaan yang lemah".
Tidak lama kemudian, Raja juga turut datang.
"Sebagai seorang Putera Sulung kerajaan Dalin, mengapa kamu memilih untuk membunuh diri? kamu ingat segala galanya akan selesai dengan kematian yang kamu cari itu?. Di luar sana, ramai orang yang berharap untuk dapat hidup tapi awak pula memilih sebaliknya", ucap Lin Di dengan kesal.
Lin Ting hanya terdiam sambil menundukkan kepalanya.
Setelah berada disana selama setengah jam, akhirnya Raja dan Ruan Guifei kembali semula ke istana bagi memberikan ruang kepada anak mereka untuk berehat.
"Xiaowu, awak juga harus pulang ke istana", ucap Lin Ting setelah mengetahui bahawa adiknya itu telah beberapa hari berada di kediamannya kerana menjaga dirinya yang sakit.
"Saya tidak mahu balik kerana harus memastikan abang meminum ubat yang diberikan oleh doktor. Bagaimana jika abang mengambil racun lagi? sekiranya saya tahu siapa yang memberikan abang racun tersebut, saya akan pukul orang itu sampai mati!"
Lin Ting tertawa melihat telatah adiknya yang sentiasa membuatkannya tersenyum.
"Abang Lin Ting, bermula dari sekarang Ruan Guifei sudah tidak memaksa awak lagi, jadi apa perancangan awak yang seterusnya?"
"Saya tidak tahu".
Lin Feilu harus mencari cara agar Lin Ting benar benar memulakan hidupnya yang baru kerana tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan hanya sehari dua, ia memerlukan waktu yang panjang.
Sewaktu berada di zaman moden, Lin Feilu pernah mempunyai seorang kawan yang mengalami tekanan perasaan.
Sehari sebelum kematiannya, dia dan sahabatnya itu menghabiskan waktu di kelab malam bersama dan pada ketika itu rakannya kelihatan bahagia dan ketawa dengan riang seperti biasa. Namun keesokkan harinya, Lin Feilu mendapat khabar bahawa sahabatnya telah mati bunuh diri dengan cara terjun dari apartmen miliknya.
Keadaan mental orang yang mempunyai tekanan perasaan tidak dapat dijangka sama sekali.
Setelah Lin Feilu berfikir sejenak, "abang Lin Ting, awak telah mendengar kisah mengenai Guo Jing dan Huang Rong, apa pendapat abang mengenai cerita mereka?"
"Cukup bagus".
"Apa kata kita berdua mengembara seperti mereka?"
"Huh?"
"Selepas belajar seni bela diri daripada Xi Guifei, saya bercita cita untuk menjadi seorang pendekar wanita yang akan bertarung demi keadilan".
"Maksud Xiaowu?"
"Adakah abang Lin Ting berminat untuk mengembara bersama sama dengan saya?"
Lin Ting tergamam mendengar permintaan adiknya itu.
"Dalam pengembaraan itu nanti, kita akan menyamar menggunakan nama yang lain. Kemudian, kita berdua akan merompak orang kaya yang jahat untuk membantu orang miskin yang tidak berkemampuan lalu menghukum sesiapa yang perlu dihukum. Pada waktu itu, kita akan mengembara ke seluruh pelusuk kerajaan Dalin dengan menunggang kuda. Kita tidur beralaskan rumput dan beratapkan langit!" ucap Lin Feilu dengan senyuman yang lebar dan mata yang berbinar penuh pengharapan.
"Saya setuju tapi apakah nama samaran yang akan kita gunakan dalam pengembaraan kita nanti?"
"Bagaimana kalau ultraman dan Monster Kecil?"
"Huh?"
Bagi Lin Ting, Xiaowu adalah gadis yang paling cantik, baik hati dan menarik di dunia.
Setelah itu, Lin Feilu segera menarik jari kelingking Lin Ting untuk memateri janji, bahawa mereka berdua akan melakukan pengembaraan bersama sama.
...
Setelah dua hari berlalu dan memastikan bahawa Lin Ting tidak berniat untuk membunuh diri lagi, barulah Lin Feilu kembali semula ke istana.
Sebaik sahaja sampai di istana, Lin Feilu segera pergi bertemu dengan Raja.
Lin Di yang senang melihat kehadiran anak gadis kesayangannya itu mengarahkan Peng Man untuk menyediakan makanan kesukaan Puteri Kelima.
"Setelah musim luruh berakhir, ayah akan memberikan kamu gelar", ujar Lin Di.
Penganugerahan gelar kepada seorang puteri diraja merupakan satu perkara yang jarang sekali berlaku kerana hanya puteri yang pernah memberikan sumbangan besar kepada negara sahaja yang layak mendapatkannya.
Lin Di memberikan Xiaowu gelar tersebut, disebabkan dia telah menyelamatkan nyawa kedua dua puteranya iaitu Lin Qing dan Lin Ting.
"Gelar apa yang ingin ayah berikan kepada saya?"
"Ayah melihat kamu sangat suka memelihara bunga. Dua tahun terakhir ini, kamu telah menanam bunga kamelia hijau yang boleh dijadikan teh. Jadi gelaran kamu adalah Puteri Teh Hijau!"
"Huh?"
"Puteri Teh Hijau sangat sesuai buat Xiaowu, cantik dan menyegarkan!"
Teh hijau? apakah ayah memahami maksud teh hijau yang sebenarnya?
Maksud teh hijau dalam istilah China ialah seorang gadis yang bersikap manis, comel dan lemah dihadapan lelaki hanya untuk mendapatkan sesuatu. Dengan kata lain, ia bermaksud seorang gadis yang manipulatif .
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...