Chapter 89

82 10 0
                                    


"Saya pasti akan memilih salah satu dari mereka".

"Xiaowu, kamu beritahu kepada abang, siapakah orang itu? walaupun pemuda tersebut adalah dewa di langit sekalipun, abang pasti akan memaksanya untuk turun berkhawin dengan kamu!"

"Huh?"

Akhirnya, Lin Feilu memutuskan untuk meminta bantuan daripada Yan Xin melalui kiriman surat dengan meminta kakak iparnya itu mencarikan dia seorang pendekar muda yang tampan, mahir seni bela diri dan yang paling penting harus terlihat menawan ketika memakai baju berwarna putih.

Pada tahun itu, salji turun dengan lebat pada musim sejuk sehingga ke awal musim bunga kerana terdapat beberapa tempat yang masih diselaputi oleh salji yang tipis.

Musim sejuk berlangsung sehingga ke bulan yang keempat, bunga plum terlihat tumbuh segar di ibu kota menampilkan keindahannya.

Manakala keadaan kesihatan Lin Di semakin merosot, dalam dua tahun terakhir ini, baginda amat takut akan cuaca sejuk. Menurut doktor yang merawatnya, Lin Di telah teracun dengan racun dingin yang menyerang tulang namun rasa percayanya terhadap pendeta tersebut masih menebal.

"Puteri Kelima, kamu harus menasihati baginda untuk berhenti mengambil pil pemberian pendeta itu jika tidak keadaan kesihatan tuanku akan merosot hari demi hari", ucap doktor yang merawat Lin Di kepada Lin Feilu.

Dia hanya mampu mengangguk kerana tahu menasihati ayahnya adalah perkara yang paling mustahil untuk dilakukan.

Tapi sebenarnya pemberhentian pengambilan ubat tersebut adalah perkara yang tidak boleh dilakukan kerana ubat itu mempunyai kesan seperti dadah yang membuatkan orang ketagih.

Semasa Lin Feilu melawat ayahnya, dia langsung tidak membangkitkan perkara yang berkaitan tentang pil tersebut kerana takut akan memancing emosi Lin Di. Dia hanya memberikan ayahnya kuih yang telah ia buat sendiri lalu berbual santai dengannya.

Perbualan mereka berdua terganggu dengan kedatangan seorang perisik yang ingin memberikan laporan.

Sebelum ini, Dalin merupakan sebuah kerajaan yang kukuh dari segala aspek maka meletakkan perisik di pelbagai kerajaan adalah perkara biasa.

Perisik merupakan salah satu daripada aset negara, maka para perisik jarang menampilkan diri mereka kecuali ia berkaitan hal penting yang membabitkan keselamatan Dalin.

Semasa menerima kunjungan daripada perisik, senyuman yang terukir di wajah Lin Di segera berubah menjadi wajah serius yang menakutkan membuatkan Lin Feilu yang berada disampingnya turut merasa cemas.

Sebaik membaca surat pemberian perisik tersebut, Lin Di segera memegang dadanya lalu jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

Suasana istana Yanxin bertukar menjadi huru hara.

"Cepat panggil doktor!!" arah Lin Feilu kepada Peng Man.

Tidak lama kemudian, para doktor istana segera berdatangan disusuli oleh Lin Qing dan Permaisuri.

"Apa yang terjadi kepada ayah saya?" tanya Lin Qing yang merawat Lin Di.

"Yang Mulia mengalami serangan jantung kerana tekanan emosi yang datang secara tiba tiba. Mungkin selepas ini, walaupun Yang Mulia tersedar tapi baginda.."

"Jangan risau..katakan sahaja".

"Ini semua adalah disebabkan oleh pil pemberian pendeta itu yang membuatkan tubuh Yang Mulia tidak mampu menerima tekanan..mungkin baginda hanya akan terbaring tidak berdaya diatas katil sahaja selepas ini".

"Xiaowu, bagaimana ayah boleh terkena serangan jantung?"

Lin Feilu segera menyerahkan surat laporan yang diterima dari perisik kepada Lin Qing.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now