Ini adalah kali ketiga Lin Feilu keluar dari istana namun kali ini dia berpeluang untuk melihat keriuhan kota Dalin.
Lin Feilu dan Lin Nianzhi mengenakan busana sederhana namun aura golongan atasan yang dimiliki oleh mereka berdua tetap tidak dapat disembunyikan. Lagi pula, para pengawal yang ditugaskan oleh Lin Di untuk menjaga keselamatan kedua duanya menjaga mereka dengan sangat ketat.
Suasana ibu kota di zaman silam tidak jauh berbeza dengan suasana yang digambarkan dalam drama televisyen di zaman moden. Kelihatan sangat meriah!
Melihat wajah teruja yang ditunjukkan oleh Puteri Kelima membuatkan Lin Nianzhi memutuskan untuk membawa adiknya itu bersiar siar disekitar ibu kota terlebih dahulu sebelum menuju ke destinasi yang mereka inginkan.
Oleh kerana ingin merasa hidangan yang terdapat diluar istana, Lin Feilu sengaja mengurangkan jumlah sarapan pagi yang dimakannya. Setelah itu, Puteri Sulung membawa Lin Feilu pergi ke restoran Shangjing yang merupakan restoran termahal di Dalin untuk menikmati makanan tengah hari.
Sebaik sampai di restoran tersebut, Lin Nianzhi membawanya naik keatas untuk duduk dibilik khas namun Lin Feilu menolak cadangan itu, "kakak sulung, saya ingin duduk disana".
"Jika duduk disana, makanan kita akan mudah terdedah dengan debu jalanan kerana ia mempunyai tingkap yang terbuka".
"Tapi duduk diruangan terbuka seperti itu, membolehkan kita melihat pemandangan luar dari sini dengan lebih jelas"
Akhirnya Lin Nianzhi akur dengan permintaan adiknya tanpa sebarang bantahan. Lalu Puteri Sulung tersebut memesan kesemua hidangan yang terlazat di restoran itu untuk dihidangkan kepada mereka berdua.
Kawalan yang sangat ketat dari pengawal yang bertugas membuatkan orang ramai tidak berani untuk menghampiri mereka berdua.
Sambil menikmati hidangan yang disajikan, Lin Feilu terus memandang kearah bawah untuk melihat hiruk pikuk ibu kota pemerintahan ayahnya.
Namun, tiba tiba Lin Feilu melihat sekumpulan lelaki membuli seorang gadis yang lemah dijalanan secara terbuka sambil disaksikan oleh orang ramai.
Situasi seperti ini selalu berlaku didalam drama jianghu yang ditayangkan di televisyen, selalunya seorang pahlawan akan muncul dari atas sambil terbang ke bawah menggunakan qigong yang hebat untuk membela nasib wanita malang itu.
Atau pahlawan akan menolong secara rahsia dengan melemparkan jarum beracun kearah pembuli dari lokasi yang tidak diketahui. Dengan itu, ia menambahkan lagi aura misterius kepada pahlawan tersebut membuatkan para pembuli ketakutan.
Tapi semua itu hanyalah dongeng yang dibuat oleh penulis skrip.
Lin Nianzhi yang juga menyaksikan kejadian itu mula hilang sabar kerana kumpulan pembuli tersebut langsung tidak menghormati undang undang kerajaan mereka. Lalu dia mengarahkan pengawal yang bertugas, untuk menolong wanita itu.
"Nanti dulu, selalunya dalam situasi genting seperti ini, seseorang akan muncul untuk menjadi hero bagi membantu wanita itu", ucap Lin Feilu.
"Huh?" Nampaknya Puteri Kelima seorang yang terlalu banyak membaca buku yang tidak masuk akal.
"Berhenti!" ucap satu suara secara tiba tiba dari arah keriuhan tersebut.
Senyuman Lin Feilu semakin melebar apabila hero yang diharapkan, akhirnya muncul sama seperti cerita didalam novel dan drama televisyen.
"Kamu jangan ganggu urusan kami, kalau tidak awak juga akan kami ajar!" ucap ketua pembuli tersebut dengan angkuh.
"Tindakan yang kamu lakukan ini, langsung tidak menghormati undang undang Dalin. Kamu semua boleh ditangkap dan dipenjarakan!"
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...