Chapter 14

133 11 0
                                    

"Saya menghadap tuanku", ucap Kang An dengan rasa hormat kepada kanak kanak lelaki itu.

"Ehh..bukankkah awak adalah pembantu kepada Putera Keempat?"

"Ya, tuanku", jawab Kang An dengan ringkas.

"Kalau begitu, siapa pula budak comel ni? kenapa dia masih berada di luar sedangkan sekarang adalah waktu pembelajaran?"

"Ini adalah Puteri Kelima dan dia tidak perlu untuk hadir ke Taixue. Sebelum Putera Keempat masuk ke kelas tadi, dia memerintahkan saya untuk mengaja Puteri Kelima bagi pihaknya".

"Kenapa selama ini, saya langsung tidak pernah mendengar akan kewujudan Puteri Kelima? walau bagaimanapun, hai puteri kecil?, salam perkenalan," ucapnya sambil memegang kepala Lin Feilu.

Lin Feilu merasa keliru, walaupun Kang An menggelar kanak kanak lelaki ini dengan gelaran 'tuanku' tapi dia yakin budak ini bukanlah salah seorang daripada abangnya. Kemungkinan besar dia merupakan anak bangsawan yang mempunyai status yang tinggi sehingga boleh bertindak sesuka hati di istana tanpa rasa takut.

"Awak rosakkan rambut saya!" balas Lin Feilu dengan wajah yang cemberut.

"Hahaha...kalau begitu, awak boleh mengigit tangan saya sebagai balasan".

"Budak comel, siapa nama awak?"

Lin Feilu langsung tidak menghiraukan pertanyaan tersebut, sebaliknya dia hanya menunjukkan wajah yang masam mencuka.

"Nama saya Xi Xingjiang, apa kata mulai daripada hari ini, kita berkawan".

Sebaik sahaja mengetahui nama budak lelaki itu, Lin Feilu segera mengetahui identiti sebenarnya.

Di istana, terdapat dua orang gundik tertinggi iaitu Ruan Guifei dan juga Xi Guifei. Abang Xi Guifei adalah general terhebat Zhenbei untuk kerajaan mereka. Dia merupakan general yang berpangkat paling tinggi dan dikurniakan pangkat sebagai Zhenbeihou oleh ayahnya beberapa tahun yang lalu.

Gelaran Zhenbeihou adalah gelaran yang tertinggi diberikan kepada rakyat jelata. Siapa yang menyandang gelaran ini akan menjadi kerabat diraja walaupun tidak berasal dari keluarga dan darah yang sama.

Jika begitu, budak lelaki ini adalah anak bongsu general Zhenbei dan merupakan anak saudara kepada Xi Guifei, patutlah dia berani untuk datang lewat semasa sesi persekolahan sedang berlangsung.

Sekarang ini, Lin Feilu mempunyai dua orang yang akan menjadi tulang belakangnya untuk hidup di istana iaitu Putera Sulung dan juga Putera Keempat. Walau bagaimanapun, kedua dua mereka masih kanak kanak yang harus patuh dan mendengar kata dan perintah ibu masing masing. Sekiranya suatu hari nanti, mereka berdua dihalang untuk dekat dengannya maka dia akan ditinggalkan.

Apa yang diketahui olehnya, Xi Guifei merupakan gundik yang dekat dengan ayahnya tapi tidak bergaul dengan gundik gundik yang lain. Malah Xi Guifei juga tidak mempunyai anak, mungkin Lin Feilu boleh memenangi hatinya suatu hari nanti.

Sebelum ini, dia tidak mempunyai alasan untuk menghampiri Xi Guifei tapi mungkin selepas menjadi kawan kepada Xi Xingjiang, dia akan mempunyai jalan yang luas untuk melakukannya.

Xi Xingjiang terlahir dan dibesarkan dalam keluarga ketenteraan yang tegas jadi menunjukkan kelemahan kepada orang sepertinya tidak akan berguna kerana dia akan menganggapnya sebagai perkara yang membosankan dan membuatkan dia menjadi hilang minat.

Untuk mendekati seseorang selain harus menggunakan pendekatan yang betul kita juga harus memahaminya.

"Saya tidak mahu berkawan dengan orang yang jahat dan nakal".

Sambil tersenyum senang, Xi Xingjiang berkata, "saya bukannya orang yang jahat dan nakal tapi merupakan orang yang paling baik di dunia. Jika awak terlepas peluang  untuk berkawan dengan saya pada hari ini, awak yang akan rugi nanti".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now