Disebabkan Lin Feilu merasa khuatir jika Lin Jingyuan akan keluar dari bilik pengantin dan meninggalkan isterinya bersendirian maka dia memutuskan untuk berjaga dipintu hadapan sebagai langkah berwaspada.
Namun setelah beberapa waktu, Lin Jingyuan bukan sahaja tidak keluar dari bilik tersebut tapi mematikan lampu pelita bilik mereka untuk melengkapkan perkhawinannya membuatkan Lin Feilu merasa kagum dengan perangai abangnya itu. Sedangkan dia sanggup digigit nyamuk diluar bilik, semata mata untuk berjaga agar abangnya tidak melarikan diri.
Bagi mengelak dari mendengar bunyian yang tidak diingini maka Lin Feilu segera beredar dari situ.
Pada keesokkan harinya, Lin Jingyuan membawa Mu Tinygyun ke istana untuk memberi salam kepada Xian Fei dan Lin Di. Kedatangannya membuatkan Xian Fei tersenyum senang.
"Apakah kamu berpuas hati dengan pilihan ibu?"
Lin Jingyuan tersipu malu dengan pertanyaan ibunya itu dan memutuskan untuk segera keluar dari istana kerana merasa canggung.
"Cepatlah jalan!" ucap Lin Jingyuan kepada Mu Tingyun yang berada di belakangnya membuatkan isterinya itu memandang wajah suaminya dengan pandangan yang sedih.
"Kenapa kamu menangis?"
"Mana ada saya menangis?" namun wajahnya semakin merah dan air mata mula bertakung dihujung matanya membuatkan Lin Jingyuan kebingungan.
"Baiklah saya akan memegang tangan kamu dan kita akan jalan bersama sama!"
Mu Tingyun tergamam mendengar ucapan Lin Jingyuan.
"Berikan tangan kamu kepada saya!"
Setelah itu, Lin Jingyuan memegang tangan isterinya sambil meninggalkan istana.
Tiga hari setelah pernikahan, mengikut adat Dalin pasangan pengantin baru akan pulang ke rumah pengantin wanita untuk memberi salam hormat.
Apabila memikirkan reaksi Putera Keempat dihari pernikahannya bersama dengan anak mereka, keluarga Mu Tingyun merasa khuatir kerana risau Putera Keempat tidak akan datang menemani isterinya untuk pulang ke kediaman Zuodu Yushi. Jika perkara itu berlaku, maka reputasi Mu Tingyun akan menjadi buruk.
Ibu Mu Tingyun menangis sepanjang hari setelah pernikahan anaknya kerana risau anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akan dipersiakan oleh Putera Keempat. Sebolehnya mereka juga tidak mahu menerima keputusan perkhawinan itu, tetapi apakan daya ia adalah dekri diraja dan tidak boleh ditolak walau dengan apa alasan sekalipun.
Pada hari tersebut, mereka sekeluarga berkumpul dihadapan pintu kediaman untuk menyambut pasangan pengantin baru.
Beberapa orang gundik Zuodu Yushi turut menunggu kedatangan Mu Tingyun. Namun mereka mempunyai niat yang tidak baik, kerana gundik gundik tersebut mengharapkan melihat wajah Mu Tingyun yang menahan malu disebabkan telah diabaikan oleh suami sendiri.
Namun harapan mereka terkubur apabila melihat kedatangan Mu Tingyun yang telah ditemani oleh Putera Keempat.
Pada mulanya, mereka semua menyangka bahwa kedatangan Putera Keempat adalah disebabkan ingin memberi muka kepada Zuodu Yushi.
Tapi semasa selesai makan tengah hari, kaki Mu Tingyun secara tidak sengaja telah tersadung dengan kaki meja membuatkannya terpaksa berjalan dalam kesakitan. Disebabkan itu, Putera Keempat mendukung isterinya dihadapan semua orang.
Tindakan yang ditunjukkan oleh Putera Keempat bukannya tindakan seorang lelaki yang tidak menyukai isterinya tetapi memaparkan pasangan suami isteri yang harmoni.
Setelah menyaksikan semua itu, pasangan Zuodu Yushi akhirnya dapat menarik nafas lega.
Tersebar khabar angin yang menyatakan bahawa Putera Keempat amat menyayangi isterinya sedangkan sewaktu di alam pertunangan dan di hari pernikahan, ia langsung tidak menunjukkan ekspresi bahagia.
Khabar angin tersebut membuatkan Lin Feilu tersenyum senang kerana tingkah abangnya itu. Mustahil ayah mereka dan Xian Fei tidak memahami anak sendiri, mereka telah mencarikan Lin Jingyuan pasangan yang tepat.
Akhirnya musim sejuk menjelang tiba, disuatu pagi yang dingin Lin Feilu mendengar bunyi lonceng kematian dibunyikan sebanyak sembilan kali dari arah istana.
Jika tujuh kali bunyi dentingan, ia menandakan kemangkatan Raja manakala sembilan kali bunyi dentingan seperti ini, ia bermaksud meninggalnya Maharani.
Lin Feilu terkejut dan serta merta terduduk dari pembaringannya.
"Songyu, apakah kamu dengar bunyi dentingan tersebut?"
"Sembilan bunyi dentingan..maksudnya Maharani telah mangkat".
Nafas Lin Feilu menjadi sesak kerana air matanya tidak berhenti dari mengalir.
"Puteri Kelima, mari kita masuk istana" saran Songyu.
Kerajaan Dalin sedang berkabung, berduka kerana kemangkatan ibu kepada Raja.
Maharani telah meninggal dunia di gunung Wutai sewaktu sedang tidur. Pada hari sebelumnya, dia masih lagi mendengar bacaan mantera dari sami tertinggi dan tersenyum seperti biasa.
Dia pergi dalam keadaan tenang tanpa mengalami sebarang kesakitan.
Setelah lonceng kematian dibunyikan, persiapan pemakaman pun mula disediakan. Lin Qing dan Lin Jingyuan ditugaskan untuk mengambil jenazah Maharani digunung Wutai dan di bawa kembali ke ibu kota.
Beberapa hari kemudian, Lin Ting yang tinggal di gunung Qin turut datang dalam keadaan tergesa gesa.
Sebelum ini, baik di dunia moden atau pun sekarang Lin Feilu tidak pernah merasakan kematian insan yang tersayang membuatkan dia mengalami kejutan akibat rasa kehilangan.
Meskipun dia tidak banyak menghabiskan waktu bersama dengan Maharani tapi Lin Feilu sangat tulus menyayangi wanita itu.
Sebenarnya dia ingin membawa Lin Zhanyuan ke gunung Wutai untuk menenami nenda mereka menyambut tahun baru bersama sama tapi malangnya hajat itu tidak kesampaian.
Sambil berlutut dihadapan keranda Maharani Lin Feilu mengucapkan, "nenda pergilah dengan tenang supaya kamu boleh terlahir semula!"
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...