Kediaman Cuizhuju milik Song Jinglan bukan sahaja terletak jauh dari istana Mingyue tapi juga dari istana istana yang lain. Mungkin disebabkan itulah menyebabkan keadaan cuaca disana sangat sejuk berbanding di tempat yang lain.
Menyedari perkara itu, Song Jinglan mengarahkan Tiandong untuk menambahkan kuantiti arang agar dapat menghangatkan lagi suasana Cuizhuju malah Song Jinglan turut memberikan Lin Feilu penghangat tangan.
Yang membuatkan Lin Feilu terkejut, penghangat tangan yang digunakan oleh Song Jinglan lebih uzur dan ketinggalan zaman daripada penghangat tangan miliknya yang ia telah berikan kepada Puteri Sulung sebelum ini.
Semasa Song Jinglan memberikan penghangat tangan kepadanya, dia mendapati terdapat kepalan di tangan Putera Tawanan tersebut sama seperti tangan Xi Xingjiang. Namun Xi Xingjiang merupakan seorang yang sering berlatih ilmu pertahanan diri dan bermain senjata, bagaimana pula Song Jinglan yang hidupnya hanya terkurung di Cuizhuju boleh mendapatkannya?
Tapi setelah berfikir seketika, Lin Feilu menyimpulkan bahawa kepalan itu mungkin dia perolehi akibat melakukan kerja kerja yang keras. Kerana disini hanya dia dan pembantunya sahaja, tiada orang lain yang ia boleh harapkan untuk melakukannya.
Song Jinglan merupakan seorang yang bijak, melalui lirikan mata sahaja dia tahu bahawa Puteri Kelima kini sedang mencurigai dirinya namun dia bersikap tenang memandangkan Lin Feilu tidk mengajukan sebarang pertanyaan.
"Apa rancangan awak yang seterusnya?"
"Mengenai perkara itu, Puteri Kelima tidak perlu merasa khuatir", balas Song Jinglan bersahaja.
Lin Feilu semakin rasa bersalah kerana telah melibatkan Song Jinglan dalam perkara ini malah yang lebih mengesalkan ialah dia langsung tidak dapat memberikan sebarang bantuan.
Sambil tersenyum Song Jinglan menyakinkan Lin Feilu, "Puteri Kelima tidak perlu merasa risau kerana saya mempunyai perancangan saya sendiri. Lebih baik, awak kembali semula ke istana Mingyue memandangkan cuaca yang sangat sejuk, saya bimbang awak akan jatuh sakit nanti".
Memandangkan Lin Feilu tidak mahu jatuh sakit lagi, dia segera menyetujui saranan Song Jinglan itu. Sebelum bergerak pergi dia ingin mengembalikan semula penghangat tangan milik Song Jinglan namun dia menolaknya.
"Jika saya membawa pulang penghangat tangan ini, bagaimana pula dengan awak nanti?"
"Saya tidak takut dengan cuaca yang sejuk".
Setelah itu, tanpa membuang masa Lin Feilu segera kembali semula ke istana Mingyue.
Sebaik sahaja tinggal mereka berdua, Tiandong segera bertanya kepada Song Jinglan, "tuanku, mengapa awak menolong Puteri Kelima? pasti Puteri Ketiga akan membalas dendam kepada awak nanti".
"Lin Xi tidak akan membuli kita lagi kerana tidak lama lagi dia akan kehilangan kuasa".
"Huh..??"
"Kerana Lin Xi bukan tandingan Puteri Kelima".
******
Selepas keluar dari Cuizhuju, Lin Feilu tidak pulang ke istana Mingyue sebaliknya menukar haluan untuk pergi taman Baimei yang dipenuhi dengan bunga plum berwarna putih.
Manakala Qingyan merasa tidak sedap hati sebaik mengetahui bahawa Puteri Kelima telah pergi ke Cuizhuju, dia risau sekiranya persahabatan diantara puterinya dengan Putera Tawanan dari kerajaan Song akan memberi dampak yang buruk kepada istana Mingyue namun dia tidak berani menyuarakan perkara itu kerana takut Lin Feilu akan marah.
Haruman bunga plum telah membawa Lin Feilu untuk pergi ke taman Beimei. Sebaik sahaja tiba disana, dia segera mengutip bunga yang telah gugur ditanah kerana ingin membuat sesuatu menggunakan bunga tersebut.
Semasa sedang mengutip bunga bunga itu, Lin Feilu terdengar suara pertengkaran dua orang yang tidak asing dengannya.
"Xi Xingjiang, percaya atau tidak saya akan mengarahkan seseorang untuk menghukum kamu!" Ucap Lin Nianzhi dengan marah yang cuba dikawal olehnya dengan sebaik mungkin.
Lin Feilu tersenyum senang memikirkan peluang untuk mendekati mereka berdua telah tersedia didepan matanya. Dari jauh dia melihat kakaknya itu sedang berdiri sambil menghentakkan kakinya tanda tidak berpuas hati manakala Xi Xingjiang pula sedang duduk santai diatas sebuah jambatan kecil yang berada disitu dengan ekspresi wajah yang janggal.
Oleh kerana, Xi Xingjiang merupakan seorang yang mengamalkan ilmu mempertahankan diri jadi pendengarannya sangat sensitif . Dia dapat mengesan kehadiran Lin Feilu walaupun Puteri Kelima itu telah bersembunyi dengan baik.
Serta merta dia menggunakan teknik qigong (terbang) kehadapan Lin Feilu. "Hi Xiaodouding, kita bertemu lagi".
Lin Feilu menjelingnya dengan tajam sambil berlari untuk bersembunyi di belakang Lin Nianzhi.
"Apa yang awak buat disini?" soal Lin Nianzhi kepadanya dengan nada yang kurang senang.
"Saya dengar seseorang sedang membuli kakak di taman Beimei. Oleh itu, saya segera datang kesini untuk memberikan bantuan".
Mendengar penjelasan Lin Feilu membuatkan Lin Nianzhi merasa serba salah kerana telah menggunakan nada yang kasar kepadanya tadi.
"Hei..orang jahat, jangan buli kakak saya!" ucap Lin Feilu kepada Xi Xingjiang.
"Huh..awak ingat ada sesiapakah yang mampu membuli kakak awak tu? saya hanya duduk dijambatan itu sedari tadi lagi dia dengan tiba tiba datang memekak dan menyuruh saya untuk menyingkir. Jadi sebenarnya dalam hal ini, saya merasakan bahawa sayalah yang telah dibuli olehnya", terang Xi Xingjiang dengan panjang lebar.
Lin Nianzhi semakin marah sebaik mendengar kata kata Xi Xingjiang.
"Kakak saya ni merupakan anak ayah yang paling cantik. Menurut saya tindakannya itu tidak salah kerana orang yang cantik harus mempunyai stail yang tersendiri".
Kali ini, Xi Xingjiang tidak dapat meningkah logik pemikiran Lin Feilu kerana seseorang itu boleh membuli dan membuat masalah hanya kerana memiliki wajah yang cantik.
Sangat tidak masuk akal sama sekali!!
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...