Khabar angin yang beredar, menyatakan betapa kejamnya Song Jinglan, ia adalah seorang pemerintah yang berdarah dingin! sangat berbeza dengan Song Jinglan yang berada di ingatan Lin Feilu."Mengapa Puteri Kelima takut kepada saya?"
"Saya..saya tidak takut..saya cuma merasa hairan. Mengapa kamu boleh berada disini?" ucap Lin Feilu sedikit gementar.
"Saya kemari kerana ingin memberikan awak hadiah sempena hari lahir kamu. Maaf kerana ia telah terlewat selama dua hari".
Perlahan lahan Lin Feilu mengambil kotak pemberian Song Jinglan lalu membukanya.
Didalam kotak tersebut terdapat sebuah patung yang diukir dari batu jed berwarna putih. Dahulu Song Jinglan pernah memberikannya hadiah yang serupa, cuma ketika itu patung pemberiannya diukir dari kayu.
"Kamu mengambil risiko untuk datang Dalin, semata mata mahu memberikan saya hadiah ini?"
Song Jinglan mengangguk.
"Tapi kenapa kamu mahu membunuh Xi Xingjiang?"
Dengan santai Song Jinglan menjawab pertanyaan itu, "dia ingin menikahimu, tentu sahaja dia harus mati!"
Lin Feilu tergamam mendengar jawapan tidak berasas dari Song Jinglan.
"Apakah Puteri Kelima merasa marah kerana saya ingin membunuhnya?" sambil Song Jinglan mengelus lembut rambut Lin Feilu.
Secara perlahan, Song Jinglan menarik tubuh Lin Feilu kedalam pelukannya, lalu memeluknya dengan sangat erat.
"Adakah Puteri Kelima tidak mahu Xi Xingjiang mati?"
Lin Feilu cuba mendorong Song Jinglan dari terus memeluk dirinya tapi dakapan pemuda tersebut sangat erat.
Akhirnya Lin Feilu terpaksa beralah dan membiarkan Song Jinglan terus memeluk dirinya. Setelah beberapa waktu, Song Jinglan melepaskan pelukannya dan menatap wajah Lin Feilu tanpa berkedip walaupun sesaat menyebabkan jantung Lin Feilu berdegup kencang menerima tatapan tersebut.
Dia yakin, walau betapa kejamnya Song Jinglan kepada orang lain didunia ini, tapi Song Jinglan tidak akan mencederakan dirinya.
"Song Jinglan, tolong jangan lakukannya lagi!"
"Lakukan apa?" soal pemuda itu sambil tersenyum.
"Tolong jangan membunuh lagi".
Song Jinglan merapatkan dahinya dengan dahi Lin Feilu lalu berkata, "jika Puteri Kelima tidak ingin saya membunuh mereka, jadi apa yang harus saya lakukan?"
"Khabar angin yang menyatakan bahawa saya akan berkhawin dengan Xi Xingjiang adalah tidak benar sama sekali!"
Setelah mendengar penjelasan Lin Feilu, barulah Song Jinglan melepaskannya sambil ketawa kecil.
Sebenarnya Lin Feilu merasa malu mendengar penjelasannya itu sendiri. Tapi adakah Song Jinglan akan membunuh setiap pemuda yang ingin berkhawin dengannya.
Maksudnya, Song Jinglan tidak mahu dia berkhawin dengan orang lain namun adakah mereka berdua memiliki masa depan yang sama?
Lin Feilu tidak berani untuk bertanya.
Sepantas kilat, karakter Song Jinglan kembali berubah menjadi Song Jinglan yang lembut seperti dahulu, membuatkan Lin Feilu menjadi bingung.
Lin Feilu menghela nafasnya, "kenapa dengan awak?" soal Song Jinglan.
"Song Jinglan, apakah khabar angin yang beredar tentang kamu membunuh ayah dan adik beradik awak yang lain adalah benar?"
Sambil tersenyum kecil, Song Jinglan mengiakan pertanyaan itu tanpa berniat untuk menutupinya.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...