Pada keesokkan harinya, Lin Feilu terkejut kerana menerima pelbagai jenis hadiah daripada Su Bin. Dia tidak menyangka dengan hanya bermain bersama Lin Wei boleh menerima pemberian yang banyak seperti ini.Melalui ibunya, Lin Feilu mengetahui bahawa Su Bin merupakan sepupu kepada Ruan Guifei.
Ruan Guifei adalah ibu kepada Putera Sulung Lin Ting dan dia adalah wanita yang bertanggungjawab menyuruh abangnya itu untuk membunuh haiwan peliharaannya sendiri.
Berdasarkan penerangan ibunya, Ruan Guifei adalah seorang wanita yang agak angkuh namun sentiasa jujur dengan pengucapannya. Namun Lin Feilu tidak berfikir sedemikian, kerana seorang ibu yang memaksa anaknya untuk bertindak kejam sebenarnya mempunyai tujuan yang lain.
Baginya Ruan Guifei inginkan kuasa, apa yang ditunjukkan pada waktu ini hanyalah sekadar lakonan dan topeng untuk menutup wajah sebenarnya.
Dia bukanlah wanita yang jujur dengan kelakuan dan pengucapannya tetapi merupakan seorang wanita yang berfikir dengan sangat dalam.
Jika difikirkan, keluarga Ruan sangat berpengaruh malah lebih berkuasa daripada keluarga Permaisuri. Mungkin itulah yang menyebabkan Ruan Guifei merasakan bahawa Lin Ting lebih berhak untuk menjadi Putera Mahkota tanpa mempedulikan perasaan anaknya sendiri.
Mungkin disebabkan sikap lembut dan topeng yang digunakan oleh Ruan Guifei sangat baik menyebabkan Raja dan Permaisuri tidak menyedari niat tersembunyi yang dimiliki olehnya menyebabkan mereka tidak pernah mengambil tindakan untuk berwaspada.
Sekiranya Lin Feilu tidak berhubungan dekat dengan Lin Ting mungkin dia juga akan percaya dengan karakter yang ditonjolkan oleh Ruan Guifei seperti mereka yang lain.
Bagi Lin Feilu, Ruan Guifei adalah gambaran Hui Fei yang dahulu. Bermuka manis untuk dipaparkan kepada umum tetapi sebenarnya seseorang yang sangat berbahaya!
Jika Ruan Guifei bersikap licik seperti itu, bagaimana pula dengan Su Bin yang merupakan orang kanan kepada wanita bertopeng ini. Pasti dia juga bukanlah karakter yang mudah untuk ditangani.
Oleh itu, Lin Feilu berpesan kepada ibunya untuk berhati hati kepada Su Bin.
...
Sedari pagi lagi, Lin Wei merengek sambil menangis tanpa henti meminta ibunya untuk menghantar dia pergi ke istana Mingyue. Akhirnya Su Bin terpaksa mengalah dan memenuhi permintaan tersebut.
Walaupun telah diperingatkan oleh Xiaowu untuk tidak bergaul rapat dengan Su Bin namun wanita itu telah datang ke istana Mingyue membuatkan Lan Zhaoyi tidak boleh mengabaikan kedatangannya.
Semasa kedatangan mereka, Puteri Kelima telah pergi ke Taixue untuk belajar namun Lin Wei tetap tekad untuk berada di istana Mingyue walau tanpa kehadiran Lin Feilu sebagai peneman membuatkan Su Bin sakit kepala melihat telatah anaknya.
Lin Wei mengikut gerak langkah Lin Feilu dengan mengetuk pondok Chang er bagi mengarahkan Chang er dan haiwan haiwan lain untuk keluar bermain bersama dengannya.
Tidak lama kemudian, Chang er segera keluar dengan gembira sambil mencium pipi Lin Wei kerana sudah mengenali aroma tubuh Puteri Keenam itu.
"Taman bunga ini dijaga dengan sangat baik", puji Su Bin.
"Ia dijaga oleh Lu'er kerana dia amat menyukai bunga".
Pandangan mata Su Bin beralih kearah arnab yang sedang berlarian di taman tersebut. Walau dengan hanya sekilas pandangan, dia tahu arnab itu adalah milik Putera Sulung.
Sebelum ini, Ruan Guifei mengarahkan Putera Sulung untuk membunuh arnab yang telah dibesarkan olehnya. Su Bin tidak menyangka, secara rahsia arnab tersebut telah dijaga dan dirawat dengan baik oleh Puteri Kelima.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...