Chapter 94

80 9 0
                                    


Sekali lagi, anak anak buah Song Jinglan terkejut apabila melihat seorang Raja yang terkenal dengan kedinginan dan kekejamannya melayan seorang wanita dengan sangat baik.

Lin Feilu tidak mengetahui kehadirannya disisi Song Jinglan membuatkan mereka semua mengalami keterkejutan diluar jangka.

Menghidu aroma tubuh Song Jinglan berbau ambergis dan bunga lavender membutkan Lin Feilu merasa tenang.

"Song Jinglan kamu sangat wangi!"

Ucapan Lin Feilu membuatkan Song Jinglan tersenyum senang.

Akhirnya mereka berdua tiba di Tasik Bidadari yang dimaksudkan oleh
Song Jinglan sebelum ini.

Tasik tersebut kelihatan sangat indah kerana pantulan cahaya bintang yang bergemerlapan membuatkan tasik berkilau dan bermandikan cahaya yang memukau.

Perasaan Lin Feilu merasa sangat gembira kerana dapat menyaksikan pemandangan seindah itu disisi orang yang sangat dicintai olehnya.

"Apa yang awak perhatikan?" soal Song Jinglan.

"Song Jinglan ternyata tasik ini bukan sahaja dilawati oleh bidadari tetapi juga dikunjungi oleh dewa dari langit".

"Huh, dimana dewa tersebut?"

"Ia adalah kita berdua, saya ialah bidadarinya dan kamu pula adalah dewa tersebut!"

Song Jinglan hanya mampu menggelengkan sahaja kepalanya melihat kecomelan pujaan hatinya itu.

"Song Jinglan, peluk saya".

Tanpa membuang masa, Song Jinglan segera memeluk Lin Feilu dengan erat.

"Saya mahu kamu berjanji bahawa dimasa hadapan awak akan selalu memeluk saya jika saya merasa lelah".

"Baiklah, saya berjanji akan melakukannya".

"Adakah kamu akan menuruti semua permintaan saya?"

"Selama awak berada disisi saya, maka saya akan sentiasa mematuhi setiap apa yang kamu inginkan".

Jawapan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu merasa merinding tapi bahagia.

Lin Feilu mendapati setiap kali Song Jinglan mula menunjukkan sikap posesifnya, pemuda itu suka mencubit lembut belakang lehernya membuatkan Lin Feilu merasa hairan dengan sikapnya itu.

"Mari kita balik tapi biar saya berjalan sendiri", ajak Lin Feilu.

"Kamu tidak letih?"

"Saya tidak akan merasa letih, asalkan awak memeluk saya".

"Kalau begitu, mari kita balik".

Tidak lama kemudian, mereka pun akhirnya kembali semula ke penempatan sementara mereka. Dan anak anak buah Song Jinglan dapat menarik nafas lega apabila melihat Puteri Yong'an masih hidup!

Pada keesokkan harinya, rombongan mereka akhirnya meneruskan semula perjalanan yang telah tertangguh.

Kerajaan Song terletak dikawasan selatan dan dikenali sebagai 'tanah yang subur'. Sistem pertanian dan perdagangan diatur dengan sangat sistematik. Malah mereka juga mempunyai adat yang sedikit berbeza dengan Dalin serta pertuturan mereka juga lebih lembut daripada tanah air Lin Feilu.

Sambutan hari lahir Lin Feilu yang kelapan belas disambut diperjalanan menuju ke ibu kota.

Jika di Dalin pada masa ini, suasana persekitaran masih lagi sejuk tapi kerajaan Song sudah mengalami awal musim panas. Walaubagaimanapun, persiapan ais sebagai medium penyejuk telah disediakan lebih awal oleh Song Jinglan untuk keselesaan gadis kesukaannya itu.

Tahun ini, Lin Feilu sendiri telah melupakan tarikh hari lahirnya sendiri. Mungkin ia disebabkan oleh faktor kesibukan dan perjalanan yang panjang.

Tiba tiba Song Jinglan memakaikan sesuatu dikaki Lin Feilu membuatkan gadis itu terkejut. "Song Jinglan, apa yang awak lakukan?"

Raja Song itu sedang memasang seutas rantai kaki berwarna merah yang berbuahkan burung phoenix. Rantai kaki tersebut sangat cantik dipadankan dengak warna kulit Lin Feilu yang putih melepak.

Lin Feilu terkejut kerana simbol burung phoenix melambangkan status Ratu dan tidak boleh dipakai dengan sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

"Song Jinglan, apa maksud awak?"

"Ini adalah hadiah hari jadi awak yang kelapan belas dari saya".

"Hadiah hari jadi?"

"Ya".

"Maksud saya mengapa ada simbol burung phoenix di gelang kaki ini?"

"Mengapa dengan simbol ini, awak sukakannya?"

"Simbol burung phoenix hanya boleh digunakan oleh Permaisuri sahaja!"

"Ya betul".

"Jadi?"

Maksudnya Song Jinglan mahukan puteri dari kerajaan lain menjadi Permaisuri di kerajaan pimpinannya? tindakannya itu membuatkan Lin Feilu tergamam.

Tapi para bangsawan dan barisan menteri kerajaan Song pasti tidak akan menyetujui tindakan Song Jinglan itu.

Namun ekspresi Song Jinglan menunjukkan bahawa dia tidak bergurau dengan ucapannya sendiri membuatkan Lin Feilu tergamam sekali lagi.

"Adakah awak tidak sudi menjadi Permaisuri saya?"

"Tentu sahaja saya suka tapi menjadi seorang Permaisuri merupakan satu tugas yang meletihkan kerana harus mematuhi pelbagai aturan kerajaan dan juga harus mengurus masalah yang berlaku di dalam harem".

"Awak tidak perlu merasa khuatir tentang masalah itu kerana tiada siapa yang akan mengganggu kamu kelak".

"Mengapa mesti Permaisuri?"

"Kerana saya ingin memberikan hanya yang terbaik buat kamu".

Jawapan itu membuatkan Lin Feilu merasa terharu dengan keikhlasan Song Jinglan terhadapnya.

"Baiklah demi kamu, saya bersetuju untuk menjadi Permaisuri kerajaan Song. Saya sangat suka dengan hadiah ini".

Kemudian Lin Feilu memeluk tubuh Song Jinglan dengan erat sambil mengucapkan terima kasih.

"Song Jinglan, saya juga ingin memberikan awak hadiah".

"Baiklah, hadiah apa yang kamu ingin berikan kepada saya?"

"Sebelum tu, awak tutup mata dahulu".

Song Jinglan segera menuruti arahan Lin Feilu dengan menutup matanya.

Tiba tiba Song Jinglan merasa satu kucupan singgah dibibirnya. Dengan segera dia membuka mata untuk melihat wajah Lin Feilu.

Lalu Song Jinglan membalas ciuman tersebut dengan lebih hangat daripada kucupan yang diberikan oleh gadis itu.

Ketika ini, Lin Feilu telah terlupa bahawa mereka sedang berada di atas kereta kuda dan bila bila masa sahaja orang lain boleh mengetahui perbuatan mereka itu.

Beberapa minit kemudian barulah Song Jinglan menghentikan ciumannya dan menyatakan, "terima kasih sayangku, saya sangat suka akan hadiahnya!".








Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now