Chapter 38

106 11 0
                                    

Setelah dibersihkan oleh Song Jinglan, wajah dan tangan Lin Feilu akhirnya bersih kembali seperti biasa.

Tidak lama kemudian, Tiandong datang membawa bersama buluh yang mereka gali tadi. Song Jinglan memberikan separuh daripada hasil galian mereka kepada Puteri Kelima.

Memandangkan Cuizhuju selalu kekurangan bahan mentah maka mengali buluh adalah merupakan salah satu ikhtiar mereka untuk menambah bekalan makanan.

"Song Jinglan, adakah Cuizhuju kekurangan bekalan arang?"

"Tidak tapi memandangkan salji telah pun mencair jadi saya menyimpan bekalan arang yang ada untuk kegunaan tahun hadapan".

"Untuk tahun hadapan, saya akan menghantar bekalan arang yang lain. Kamu gunakan sahaja bekalan arang yang ada untuk kegunaan tahun ini. Song Jinglan, kamu jangan risau selagi saya masih ada saya akan melindungi kamu untuk selama lamanya", ucap Lin Feilu sambil menepuk dadanya dengan kuat.

"Baiklah, kalau begitu saya akan mengikuti saranan Puteri Kelima", balas Song Jinglan pula.

Selepas itu, dengan penuh bersemangat Lin Feilu menceritakan kepada Song Jinglan akan pengalamannya semasa mengikuti percutian diraja. Tidak ketinggalan Lin Feilu juga turut memberitahu kepada Putera Tawanan itu tentang musang peliharaannya yang telah dikembalikan semula ke dalam hutan

Song Jinglan mendengar setiap cerita Lin Feilu dengan penuh khusyuk sambil tersenyum senang. Lin Feilu tiba tiba teringat akan kata kata orang lama di zaman moden jika seorang lelaki itu mendengar cerita seorang wanita dengan penuh kesabaran serta prihatin maka dia adalah seorang lelaki yang berhati lembut dan boleh diandalkan.

Setelah itu, Lin Feilu mengucapkan selamat tinggal kepada Song Jinglan dan kembali semula ke istana Mingyue.

"Tuanku, mengapa telinga Puteri Kelima berwarna merah ketika awak melihatnya?"

Namun soalan tersebut tidak dijawab oleh Song Jinglan, dia hanya tersenyum nipis membuatkan Tiandong menjadi semakin hairan.

Akhirnya musim sejuk pun berakhir dan digantikan dengan musim bunga yang indah. Busana yang digunakan untuk musim sejuk kini digantikan dengan busana biasa.

Memandangkan istana Mingyue sudah tidak mengalami sebarang kekurangan lagi maka mereka mempunyai pelbagai jenis kain yang bermutu tinggi lalu Xiao Lan menjahit beberapa helai pakaian yang baru buat anaknya itu.

Lin Feilu akan menyambut hari lahir yang keenam di akhir musim bunga. Pada tahun tahun yang sebelumnya, Xiao Lan akan menyambut hari kelahiran Puteri Kelima secara kecil kecilan sahaja namun Xiao Lan yakin pada tahun ini upacara sambutan hari jadi Lin Feilu tidak akan seringkas seperti tahun yang sebelumnya.

Semasa Peng Man mengkhabarkan kepada Lin Di bahawa hari kelahiran Puteri Kelima tidak lama lagi akan tiba maka Lin Di mengarahkan pembantunya itu untuk menyediakan sambutan hari jadi yang istimewa, ianya harus diraikan secara besar besaran agar rasa bersalahnya kerana telah mengabaikan anaknya itu selama ini dapat dikurangkan walaupun sedikit.

Tujuan sebenar Lin Di mengadakan sambutan hari kelahiran Lin Feilu secara besar besaran adalah bertujuan untuk memberitahu semua orang bahawa dia memiliki seorang puteri yang comel dan menjelaskan kepada mereka bahawa status anaknya itu tidak boleh dipandang ringan.

Namun ramai orang di istana yang hairan kerana kasih sayang Raja kepada istana Mingyue bukannya disebabkan Raja sukakan Lan Guiren tetapi Raja sememangnya menyayangi Puteri Kelima dengan sepenuh hati.

Walaupun Puteri Kelima disayangi oleh Raja tapi Xiao Lan tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan tidak mencampuri istana yang lain kecuali pergi ke istana Changming untuk memberi salam kepada Xian Fei.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now