Pada keesokkan harinya, Lin Feilu, Lin Ting dan juga Yan Xin segera pergi ke kediaman keluarga Lu untuk melihat apa yang akan berlaku disana nanti.
Sebelum diamanahkan memegang buku seni pedang Jimo, keluarga Lu sememangnya terkenal di dalam dunia jianghu kerana turut memiliki seni bela diri yang tersendiri.
Malangnya ketua keluarga Lu yang sebelum ini telah memateri janji dengan Wu Jimo untuk menjaga buku tersebut telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Tidak disangka, anak kepada warisnya telah melanggar janji sehingga menconteng arang ke maruah keluarga mereka.
Kewibawaan keluarga Lu telah tercalar kerana peristiwa ini, mereka sudah tidak dipercayai lagi untuk memegang amanah tersebut.
Orang orang dari dunia jianghu, memutuskan mencari calon baru yang sesuai bagi menggalas tanggungjawab itu
Solusi terbaik harus dicapai secepat mungkin!
Pada waktu ini, kesemua pendekar jianghu sedang berkumpul, dihadapan pintu utama kediaman keluarga Lu.
Disebabkan kumpulan Lin Feilu telah datang awal, maka mereka mendapat tempat yang strategik untuk menyaksikan apa yang berlaku. "Kak Yan Xin, menurut awak apa yang akan dilakukan oleh keluarga Lu bagi meredakan kemarahan orang ramai terhadap keluarga mereka".
"Apa yang mereka perlu lakukan sekarang ialah mereka harus menyerahkan buku pedang tersebut.
"Serahkan pada siapa?"
"Inilah tujuan utama kedatangan semua orang pada hari ini!"
Sebenarnya hanya berapa orang sahaja yang benar benar peduli dengan sikap tidak amanah yang telah dilakukan oleh anak lelaki keluarga Lu. Selebihnya, kesemua mereka berniat untuk memiliki buku tersebut.
Sambil mengeluh perlahan, Lin Feilu menghulurkan kuaci kepada Yan Xin, "Kak Yan Xin, kamu suka makan kuaci?"
"Huh..saya hanya suka.."
Yan Xin suka makan kuaci tapi kesemua mereka yang berada disini memiliki ilmu bela diri yang hebat, jadi pendengaran mereka akan jauh lebih tajam daripada orang biasa. Memakan kuaci akan menghasilkan bunyi yang tidak selesa di pendengaran mereka nanti.
Kuaci bukanlah pilihan makanan terbaik untuk acara seperti ini. Namun Lin Feilu tidak mempedulikan semua itu dan terus menikmati kuacinya walaupun menerima tatapan dingin daripada beberapa orang yang berada disitu.
"Sebenarnya, kuaci juga boleh dijadikan sebagai senjata. Jika ada musuh yang datang menyerang, lemparkan sahaja kuaci ini dengan kencang kearah wajah musuh tersebut", ujar Lin Feilu dengan penuh semangat sambil memberikan segenggam kuaci kepada Yan Xin.
"Berikan kesemua kuaci itu kepada saya", ucap Lin Ting pula kepada Yan Xin.
Tanpa membuang masa, Yan Xin segera menyerahkan kuaci tersebut kepada Lin Ting. Setelah itu, Yan Xin memperkenalkan nama para pendekar yang berada disitu kepada Lin Feilu.
Tidak lama kemudian, Lin Ting mengembalikan semula kuaci yang diambilnya tadi kepada Yan Xin. Namun kali ini, kesemua kuaci tersebut telah pun dikupas dan diletakkan diatas sehelai sapu tangan berwarna biru, kuaci itu telah sedia untuk dimakan.
"Makanlah", ucap Lin Ting perlahan.
"Terima kasih" balas Yan Xin dengan perasaan yang agak berbunga.
"Sama sama".
Mereka semua telah berkumpul dihadapan kediaman keluarga Lu dari awal pagi lagi dan kini matahari sudah pun naik diatas kepala tapi pintu kediaman keluarga Lu masih tertutup rapat dan belum kelihatan kelibat wakil daripada keluarga tersebut. Menyebabkan orang ramai yang berkumpul, mula hilang kesabaran.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...