Selepas bersarapan pagi, Lin Feilu memutuskan untuk bersiar siar disekitar kawasan istana seperti yang dilakukannya kelmarin.
Tapi tiba tiba dia menerima kunjungan daripada pembantu Maharani yang mengarahkannya untuk memberi salam kepada ibu Song Jinglan itu.
"Puteri Kelima, lebih baik kita khabarkan perkara ini kepada Yang Mulia terlebih dahulu sebelum awak pergi bertemu dengan Maharani", saran Songyu.
"Tidak perlu. Kamu gantikan sangkar Xiaobai kepada yang lebih besar agar ia merasa selesa. Saya akan bawa Tingchun dan Shixia kesana".
Ketiga tiga mereka segera mematuhi arahan yang diberikan oleh Lin Feilu.
Istana Chonghua terletak dikawasan terpencil. Dari istana Yong'an untuk kesana memerlukan masa selama setengah jam berjalan kaki. Disepanjang perjalanan, Lin Feilu bertanya serba sedikit kepada Tingchun dan Shixia berkaitan dengan Maharani agar dia lebih memahami wanita itu jika mereka bertemu nanti. Malangnya, kedua dua mereka tidak dapat memberi informasi yang banyak kepada Lin Feilu.
"Sebelum ini, mantan Raja mempunyai gundik yang ramai. Walaupun Maharani terdiri daripada empat gundik utama tapi dia tidak berapa disukai oleh mantan Raja. Perkara ini bertambah buruk apabila Raja kita yang sekarang telah terpilih untuk menjadi putera tawanan di Dalin sehingga menyebabkan Maharani terpaksa hidup dengan sangat rendah diri!" ucap Shixia panjang lebar.
"Tapi saya dapati hubungan diantara Yang Mulia dan Maharani tidak begitu baik kerana Yang Mulia jarang mengunjungi istana Chonghua. Malah baginda juga telah mengabaikan gundik pilihan Maharani dan yang lebih buruk Yang Mulia pernah menghukum mati seorang gundik yang juga merupakan sepupu baginda sendiri", tambah Tingchun pula.
"Huh? mengapa gundik tersebut dihukum mati?" soal Lin Feilu ingin tahu.
"Gundik tersebut telah merasuah seorang pembantu di istana Yang Mulia untuk meletakkan sesuatu ke dalam makanan tuanku", ucap Shixia.
Lin Feilu tergamam dengan cerita tersebut kerana tidak menyangka seorang wanita sanggup mengambil jalan yang berisiko semata mata untuk mendapatkan zuriat Raja.
"Kesemua mereka yang terlibat dalam perkara itu telah dijatuhkan hukuman yang berat. Abang dan ayah gundik terebut telah dilucutkan jawatan dan di usir keluar dari bandar Lincheng. Manakala para pembantu dan doktor yang berkerjasama dijatuhkan hukuman mati bersama sama dengan gundik itu".
Gundik tersebut berasal dari keluarga Rong dan tidak mustahil kesemua tindakannya diketahui dan dipersetujui oleh Maharani namun siapa sangka Raja langsung tidak memandang ibunya semasa menjatuhkan hukuman.
Disebabkan itulah, ramai orang yang takut dengan kedinginan yang ditunjukkan oleh Song Jinglan.
"Setelah gundik dari keluarga Rong meninggal dunia, Maharani datang bertemu dengan Yang Mulia bagi meminta penjelasan darinya tapi Yang Mulia berkata.." Tingchun teragak agak untuk meneruskan ucapannya.
"Jika Maharani sangat menyukai gundik tersebut, Maharani boleh..boleh menemankannya bersama di alam yang baru".
Bagaimana Maharani boleh mengharapkan kasih sayang dari anak yang tidak dibesarkan olehnya, dan anak itu juga telah membunuh ayah dan saudaranya sendiri dengan kejam!
Semenjak peristiwa itu, Maharani sudah tidak pernah berkunjung lagi ke istana Lin'an.
Sebenarnya dalam beberapa tahun terakhir ini, Song Jinglan telah berusaha untuk bersikap baik terhadap ibunya kerana memikirkan jasa Rong Yan yang telah banyak membantunya selama ini. Malah ketika Maharani memberikan dia beberapa orang gundik sekaligus, Song Jinglan tidak pernah menolak mahupun mengeluh tapi dia tidak boleh menerima seorang wanita yang licik dan melanggar batas yang telah ditetapkan olehnya.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...